Soalan: bagaimana british menjadi kuasa tunggal di tanah melayu



Soalan: bagaimana british menjadi kuasa tunggal di tanah melayu

Pendahuluan
Pertapakan british di tanah melayu bermula dengan pertapakan kuasa british di pulau pinang, singapura, dan Melaka antara tahun 1786 dengan tahun 1824. Ketiga-tiga koloni itu kemudiannya digabungkan menjadi NNS pada tahun 1826 dan dikawal dan ditadbir secara lansung oleh SHTI di India. Pertapakan british di tanah melayu pada dasarnya untuk mempertahankan kepentingan british di benua india, memlindungi jalan perdagangan di antara india dengan China bagi kepentingan perdagangan candu dan teh dan juga memperluaskan peluang komersial di kepulauan melayu. Namun,keadaan di tanah melayu telah memaksa British mengubah dasarnya. Oleh itu, pelbagai taktik digunakan demi memperluaskan kepentingan british di alam melayu. Tipu muslihat, paksaan dan manipulasi politik digunakan untuk memperoleh hampir sebahagian semenanjung tanah melayu.
1)      Tipu muslihat
Kedah yang mahukan perlindungan british bagi menghadapi ancaman siam telah bersedia menyerahkan pulau pinang kepada Francis Light. Tipu muslihat memang jelas dibuktikan apabila Francis Light terus menduduki pulau pinang walaupaun SHTI enggan memenuhi syarat perlindungan yang termaktub dalam perjanjian persahabatan dengan kedah. Kerajaan kedah berhak menarik balik konsesinya ditentang hebat oleh Francis Light dan sebaliknya sultan dipaksa mengikat perjanjian yang muktamad dengan SHTI. Dalam perjanjian yang ditandangai pada tahun 1791, SHTI bersetuju membayar sebanyak 6000 dolar sepanyol setahun kepada sultan tetapi soal perlindungan langsung tidak disebut.

Tipu muslihat dan manipulasi politik juga dilakukan oleh Stamford Raffles untuk menduduki singapura pada tahun 1819. Masalah yang timbul dalam pendudukan singapura pada awal tahun 1819 ialah singapura masih terletak dalam lingkungan pengaruh belanda dan juga sebahagian kesultanan johor-riau-lingga yang dikuasai oleh seorang boneka belanda iaitu tengku abdul rahman. Pada hakikatnya, british telah mengakui sultan abdul rahman dalam satu perjanjian dengan yamtuan muda bugis pada tahun 1818. Raffles yang menyedari bahawa pendudukan british akan ditentang oleh belanda telah mengabaikan pengiktirafan british terhadap sultan abdul rahman lalu mengakui tengku Hussein iaitu abang saudara abdul rahman sebagai sultan. Bagi mengesahkan  pendudukan british di singapura, raffles menandatangi satu perjanjian dengan tengku Hussein yang baru ditabal menjadi sultan dan dengan seorang pegawai tinggi temenggung yang menguasai johor dan singapura. Menurut syarat-syarat perjanjian tersebut, british diberikan hak untuk membina sebuah tapak perdagangan di pulau berkenaan. Sultan dan temenggung masing-masing dibayar 5000 dan 6000 dolar sepanyol setahun serta diberikan perlindungan atas syarat mereka tidak memindahkan hak milik terhadap tanah mereka kepada mana-mana kuasa eropah lain. Akhirnya singapura diserahan kepada British.

2)      Perjanjian inggeris-belanda 1824
Perjanjian 1824 ini menjadikan british sebagai kuasa eropah tunggal yang mewarisi hak perdagangan belanda di semenajung menurut perjanjian belanda dengan negeri-negeri melayu sebelum itu. Perjanjian ini merupakan satu penyelesaian diplomasi yang berdasarkan kepada konsep pembahagian alam melayu di antara kepentingan politik dan ekonomi british dengan kepentingan belanda. Secara sewenang-wenangnya, dan tanpa membabitkan negeri-negeri melayu, selat Melaka dianggap sebagai sempadan yang memisahkan kepentingan belanda di sumatera dan jawa daripada kepentingan british di semenanjung tanah melayu. Singapura dan Melaka yang pernah diduduki oleh british pada tahun 1795 dan diserahkan semula kepada belanda dengan tamatnya perang napoleon di eropah telah diletakkan di bawah lingkungan pengaruh british. Oleh itu, singapura dan kawasan utaranya terletak di bawah british.

3)      Mengekang kuasa siam
Perjanjian burney
Perjanjian burney merupakan perjanjian pertama yang ditandatangani oleh siam dengan kusa barat pada tahun 1826 dan menjadi asas perhubungan british denga siam. Denagn itu british lebih mudah untuk meluaskan pengaruh demi kpentingan ekonominya. British juga Berjaya menekan dan mengehadkan perluasan pengaruh siam di utara.
Perjanjian burney telah menandakan persempadanan  geografi wilayah-wilayah siam di semenanjung tanah melayu. Melayu perjanjian tersebut british juga telah menyekat kemaraan pengaruh siam ke atas negeri-negeri melayu utara. Perjanjian ini juga telah melindungi kepentingan perdagangan british di NNMU. Kerajaan siam berjanji tidak akan menghalang atau mengganggu perdagangan negeri-negeri di Kelantan dan Terengganu. Perjanjian Burney mengukuhkan hubungan baik antara british dan siam, namun disebalik perjanjian tersebut pencerobohan siam ke atas Kelantan dan Terengganu masih berlaku dan bertambah.

Manipulasi burney telah mengecewakan sultan ahmad dan terpaksa memperakui ketuanan siam ke atas kedah. Sultan kedah tidak dibenarkan tinggal di negeri baginda sendiri iaitu di kedah, juga tidak dibenarkan tinggal di pulau pinang, seberang perai, perak, Selangor dan Burma. Sultan kemudiannya menetap di Melaka dan berusaha untuk mendapatkan takhtanya kembali di kedah. Setelah pelbagai usaha melalui peperangan gagal, baginda berusaha mendapatkan kedah dengan menggunakaan kaedah diplomasi. Usaha baginda Berjaya apabila tahun 1842 siam bersetuju menerima sultan kembali dan menarik keluar pegawai-pegawai siam dari kedah. Namun begitu, kedah masih kekal di bawah pengaruh siam dengan penghantaraan bunga emas tiga tahun sekali. Walaupun memperoleh takhta, baginda telah kehilangan negeri perlis.

Siam telah melanggar perjanjian dengan mencampuri hal berkaitan dengan perak. Raja ligor secara tidak lansung memaksa perak mengikut telunjuk arahan siam dan memaksa menghantar bunga emas sedangkan dalam perjanjian perak tidak dihalang atau dipaksa untuk menghantar ufti atau bunga emas ke siam.

Begitu juga di pantai timur apaila aduan dari pedagang kepada gabenor NNS, Cavenagh supaya menghalau pengaruh siam dan sultan Mahmud dari lingga supaya berundur dari Terengganu. Sultan Mahmud yang mahu merampas takhta dari sultan omar akhirnya di serang oleh british. Angkatan tentera siam dan sultan Mahmud akhirnya berundur serta british Berjaya menghalang pengaruh siam dari merebak ke Pahang. Kedudukan sultan omar tidak tergugat walaupun baginda tidak mahu menerima petuanan siam kerana faktr bantuan british di sana.

4)      Perjanjian low 1826
Pertikaian british di perak yang berkait rapat dengan syarat-syarat berjanjian burney telah membawa berlakunya perjanjian low 1826. Perjanjian low ditandatangi diantara sultan Abdullah muazzam shah, sultan perak dan kaptem james low pada 18 oktober 1826. Syarat-syarat perjanjian telah meletakkan british sebagai pelindung kepada perak daripada siam. British Berjaya menghalang perak daripada mengadakan hubungan diplomatic dan menghantar bunga emas ke siam dan NNM yang lain. Britsih berjanji akan menolong sultan menyingkirkan sesiapa sahaja yang memasuki perak dengan tujuan politik atau seumpamanya yang boleh menjejaskan pentadbiran negeri. Disebalik kejayaan british dalam menghalang pengaruh siam di perak, british sebenarnya mendapat habuan dan faedah yang lebih besar dalam perjanjian low ini kerana potensi negeri perak yang dikatakan mampu menjadi pusat perdagangan bijih timah dan pengkalan bagi menghancurkan lanun.

Sebagai balasan, sultan perak akan menyerahkan kawasan dinding, pualau pangkor dan lain-lain pulau berhampiran denagnnya kepada british. Pegawai-pegawai NNS menggangap pulau-pulau itu sebagai wilayah british walaupun perjanjian Low ini belum disahkan dan dirasmikan oleh pihak london. Perkara ini adalah satu percubaan untuk campur tangan dengan alasan mahu menghapuskan lanun-lanun. Namun begitu perak telah kehilangan penguasaan ke atas daerah Dinding dan Pulau pangkor. Selain itu, british juga dapat membina pangkalan bagi menguasai perdagangan bijih timah di perak. Persoalannya adakah kedudukan sultan perak lebih selamat selepas british membantu menubuhkan pentabiran bebas daripaa siam. Bantuan british ke atas perak bukanlah dengan tangan kososng tetapi perak sedikit demi sedikit perlu mengikuti nasihat dan telunjuk dari british.

5)      Pendudukan secara paksa.
Pendudukan secara paksa dilakukan british apabila R. Fullerton, gabenor pulau pinang menakluki naning, sebuah daerah minangkabau yang terletak di Melaka. Penjajahan langsung british terhadap naning bukan disebabkan ancaman daripada pergolakan politik di sempadan Melaka. Tindakan itu lebih didorong oleh kepentingan ekonomi iaitu bagi mendapatkan hak cukai seperti yang pernah dikehendaki dibayar oleh naning semasa di bawah kuasa belanda. British memaksa naning membayar cukai sebanyak satu per sepuluh daripada hasil keluaran naning, melaksanakan system kehakiman dan undang-undang tanah dan pentadbiran seperti yang dijalankan di Melaka. Apabila naning berkeras menolak tuntutan british itu, tercetuslah perang naning pada tahun 1831-1832. Semasa peperangan ini dol said, penghulu naning telah melibatkan jirannya, raja ali, pemerintah daerah rembau, dan bagi mengasingkan raja ali dari konflik itu, british telah mengadakan satu perjanjian dengan raja ali yang mengiktirafnya sebagai pemerintah yang sah dan rembau sebagai daerah yang merdeka. Dengan manipulasi politik itu, british dapat memulihkan perseimbangan politik di daerah-daerah minangkabau lalu mengalahkan dol said.

Kesimpulan
 Kedududukan british sebagai kuasa tunggal di semanjung tanah melayu telah mewujudkan pengenalan system residen yang menggantikan sitem pentadbiran tradisi dengan system birokrasi berbentuk barat yang menyediakan tapak asa bagi perkebangan ekonomi kapitalis. Di samping itu, kedudukan kesultanan melayu semakin terhais oleh kemasukan british. Bidang kuasa sultan hanya terhad kepada adat istiadat melayu dan agama islam. Sulan tidak lagi mempunyai kuasa untuk menentukan hal ehwal pentadbiran dan pemerontahan di tanah melayu dan iayanya sedikit demi sedikit diganti serta diambil alih oleh british.

Ulasan

Catatan Popular