Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.



Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.

Pengenalan
            Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam revolusi Thailan 1932. Beliau telah membantu kerajaan Pya Bahol mengatasi rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Putera Boworadet. Phibun Songhkram mewakili pihak tentera sering bertelagah dengan Pridi dari pihak awam. Beliau muncul sebagai pemimpin yang kuat apabila menggunakan tentera untuk menjalankan rampasan kuasa sehingga berjaya memegang jawatan Perdana Menteri beberapa kali.
Isi
  1. Sumbangan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam perjuangan  nasionalisme di Thailand.
Pada tahun 1933, memainkan peranan menamatkan pemberontakan golongan bangsawan di bawah pimpinan Putera Bovaradet yang ingin memulihkan kekuasaan raja.
  Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang meletak jawatan.
  1. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan :-
           Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah bekerjasama dengan Jepun  untuk mengelakkan Thailand diserang dan dijajah dan mendapatkan semula hak kekuasaan ke atas wilayah yang pernah dikuasai  seperti Indochina,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
           Pada tahun 1947 setelah kembali sebagai Perdana Menteri, beliau menghidupkan kembali sistem demorakrasi dengan membentuk perlembagaan pada tahun 1949.
           Pada tahun 1951, beliau telah memansuhkan  perlembagaan 1949 kerana berasakan yang perlembagaan tersebut tidak mengekalkan kekuasaannya dan mengembalikan Perlembagaan 1932.
           Beliau bertanggungjawab  mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan ancaman pengaruh komunis dan penghapusan aktiviti orang Cina di bawah Akta Thai-Activities, menutup sekolah dan surat khabar Cina .
           Mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dengan memperkenalkan Akta Perkapalan dan Kanun Hasil Negara.
           Dari sudut sosial, beliau melarang rakyat Siam berkahwin dengan orang Kristian tanpa kebenaran. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotism terhadap Negara.      Menukarkan nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

Kesimpulan
           Sumbangan terpenting Phibun Songkhram ialah  menggerakkan nasionalisme melampau bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan negara. Phibun Songkrham menjalankan dasar  anti_Cina untuk menggalakkan orang Thai menceburi bidang perniagaan dan perdagangan. Phibun Songkrham menjadi diktator tentera yang memegang kuasa mutlak dalam segala-gala hal sehingga beliau hilang sokongan dalam kalangan pegawai kerajaan dan rakyat. 


Ulasan

Catatan Popular