Bincangkanfaktor-faktor yang menjadikan sriwijaya penting dalam konteks sejarah politik serantau dan antarabangsa antara kurun ke-7 hingga kurun ke-13 masihi.



Bincangkanfaktor-faktor yang menjadikan sriwijaya penting dalam konteks sejarah politik serantau dan antarabangsa antara kurun ke-7 hingga kurun ke-13 masihi.

Pendahuluan
Rantau Asia tenggara dikatakan muncul penting pada sekitar abad ke-7 sehinggalah abad ke-13 masihi kerana rantau ini merupakan sebahagian daripada jalinan perdagangan antara China dan asia tenggara. Selain itu, rantau asia tenggara juga merupakan jalan laut utama bagi mengeksport barangan dari asia barat telah menjadi pendorong kepada kemunculan pelabuhan2 kecil di pesisir selat Melaka pada waktu itu. Seterusnya rantau Asia tenggara telah muncul penting pada sekitar abad ke-7 sehingga abad ke-13 masihi adalah disebabkan ia berkait rapat dengan kemunculan srivijaya sebagai kuasa terpenting di asia tenggara pada abad tersebut. Kerajaan sriwijaya dipercayai telah didirikan pada kurun ke-7 dan berakhir pada abad ke-13 iaitu selama 600 tahun. Oleh itu beberapa faktor telah dikenal pasti yang menjadikan sriwijaya penting dalam konteks sejarah politik serantau dan antarabangsa antara kurun ke-7 hingga kurun ke 13 masihi.
1)                  Hubungan istimewa dengan China
Hal ini dapat dibuktikan apabila maharaja srivijaya sendiri bijak memanipulasi dan memahami betapa besarnya nilai system ufti untuk mendapatkan perlindungan diplomatic daripada kerajaan China. Kejayaan srivijaya mendapatkan naungan daripada kerajaan China adalah dengan cara menghantar ufti kepada maharaja China dan ini telah Berjaya mengukuhkan kuasa dan pengaruh srivijaya di rantau asia tenggara. Dikatakan antara tahun 960-983 masihi, srivijaya telah menghantar tidak kurang dari lapan utusan diplomatic ke Negara china. Bagi tujuan mengangkat nama baik srivijaya pula, pada tahun 1003 masihi kuil ibadat bagi maharaja China telah dibina. Melalui jaminan perlindungan dari China inilah yang telah Berjaya mengelakkan srivijaya daripada di serang oleh kerajaan majapahit, siam, dan Burma.

2)               Kedudukan strategic
Kedudukan geografinya yang strategic dan menguntungkan kerana berada di jalan dagang maritim ke benua China. Oleh sebab , letaknya mengadap monsoon timur laut maka kedudukan ini tidak dapat disaingi oleh kerajaan2 lain selagi China memerlukan pelabuhan yang bertaraf antarabangsa.

3)                  Bahan mentah yang berterusan untuk pasaran dalam negeri dan perdagangan dengan China
Kemampuan srivijaya menguasai dan memiliki bahan-bahan mentah yang banyak telah menyebabkannya mampu muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang utama di nusantara. Dalam hal ini, pusat pelabuahan srivijaya bergantung kepada pelabuahan pembekal dalam membekalkan bahan2 mentah.  Penguasaan srivijaya terhadap perdagangan dan politik di selat Melaka pada dasarnya bergantung kepada kebolehan mengikat beberapa buah pelabuahn kepada sebuah Bandar pelabuhan pusat. Oleh itu, Srivijaya telah menghantar utusanna bagi mecari uftian. Uftian yang dimaksudkan disini adalah bukan sahaja merujuk kepada barang-barang rempah sahaja tetapi juga merujuk kepada kesetiaan kawasan-kawasan lain yang berada di bawah taklukan srivijaya untuk kekal bernaung di bawahnya. Penguasaan tempat sumber inilah iaitu negeri2 vassal telah menjamin keberterusan sumber bahan mentah di pusat pelabuhan srivijaya. Sebagai balasannya pelabuhan pembekal ini dibenarkan bebas selagi tidak melawan srivijaya. Antara bahan2 mentah tersebut adalah seperti emas, perak, kemenyan, gading gajah, kapur barus, kulit kura2, lilin lebah, damar, kayu gaharu, kayu cendana, lada dan rempah ratus. Oleh itu, dengan adanya kekayaan sumber bahan mentah ini maka ia telah dapat menjadikan srivijaya sebagai pusat tumpuan pedagang2 dari Negara luar.

4)                  Kemudahan pelabuhan
Kerajaan sirivijaya pada ketika ini berkemampuan untuk memenuhi tuntutan sebagai sebuah pasaran antarabangsa. Dalam hal ini, pusat pelabuhan srivijaya telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan perdagangan mahupun pelabuhan.misalnya,di semua pelabuhan2 di srivijaya ada disediakan stor, tempat penginapan sementara dan gudang2 menyimpan barang. Para pedagang yang datang ke srivijaya telah dilayan dengan baik dan kemudahan serta layanan yang baik inilah juga yang kemudiannya menyebabkan srivijaya dikunjungi oleh ramai pedagang. Pada dua ratus tahun kemudia, kerajaan srivijaya masih lagi kekal mahsyur sebagai pelabuhan, tempat para pedagang boleh mendapat keadilan, etika perdagangan yang baik dan segala kemudahan perniagaan yang dikehendaki sebagai entrepot.

5)                  Hubungan antara raja dengan orang  laut
Faktor asas kekuasaan srivijaya adalah berteraskan kepada hubungan yang terjalin di antara raja-rajanya denagn orang laut yang mendiami pantai dan tebing sungai. Dalam hal ini, Srivijaya sangat bergantung kepada kekuatan dan kemahiran tentera laut sesuai dengan statusnya sebagai sebuah empayar maritim. Orang laut merupakan pasukan perang yang gagah serta memiliki kemahiran mendayung perahu yang baik. Maka, mereka ini merupakan pilihan utama bagi srivijaya untuk dijadikan sebagai anak-anak kapal kerajaan serta menjadi tulang belakang dalam angkatan lautnya. Melalui bantuan orang2 laut kerajaan srivijaya telah Berjaya muncul dan memonopoli perdagangan di alam melayu dan menguasi Bandar-bandar pelabuhan penting di sekitar rantau asia tenggara dan menjadikan srivijaya sebagai emporium perdagangan yang terkenal.

6)                  Taat setia
Pentadbiran kerajaan srivijaya adalah berasaskan kepada konsep iaitu saat setia kepada ketua seseorang adalah mutlak dan tidak boleh dipersoalkan . Para pembesar lain di sepanjang pantai sumatera dan juga semenanjung pada masa itu bersedia mengakui ketuanan srivijaya dan dengan demikian pembesar tersebut akan dapat turut menikmati kemakmurannya serta ikut serta dalam perdagangan. Inilah sebenarnya yang menjadi pengikat kesetiaan orang laut dan kawasan-kawasan taklukan srivijaya yang lain untuk kekal di bawah naungannya dan tulang belakang sehingga srivijaya mampu muncul sebagai entrepot yang terkemuka di nusantara dan mampu menguasai rantau asia tenggara. Di samping itu, bagi mengukuhkan lagi konsep taat setia ini maka istilah derhaka telah diketengahkan. Perkataan derhaka di sini bermaksud pengkhianatan kepada raja iaitu perkataan yang disesuaikan dari perkataan Sanskrit bermakna kesalahan yang tidak akan diampunkan.

7)      penaung agama budha
srivijaya cukup terkenal dengan kedudukannnya sebagai pusat pengajian agama Buddha yang bertaraf antarabangsa . dengan kekayaan yang diperolehi melalui perdagangannya itu maka raja-raja srivijaya dapat menaja pengkajian agama serta membiayai yayasan agama. Selain itu, srivijaya turut merupakan tempat persinggajan para pedagang dan pelajar2 dari China untuk belajar mengenai agama Buddha sebelum melanjutkan pelajarannta di India. Oleh itu, adalah benar bahawa peranan srivijaya sebagai penaung agama Buddha dan budaya telah Berjaya menjadikan muncul sebagai kuasa terpenting di rantau asia tenggara. Srivijaya juga turut dikenalpasti sebagai pusat perdagangan agama budha sehingga abad ke-12

Kesimpulan
Faktor2 yang menjadikan srivijaya penting dalam konteks sejarah politik serantau dan antarabangsa antara kurun ke-7 hingga kurun ke-13 masihi ialah kedudukan geografi yang strategic, hubungan diplomatic yang baik dengan China, hubungan dengan orang laut, adanya kemudahan pelabuhan, konsep taat setia  dan penaung agama budha. Namun begitu , kegemilangan kerajaan ini akhirnya menjadi lemah pada dan runtuh selepas 600 tahun iaitu menjelang abad ke-14. Perpindahan pusat kerajaan dari Palembang ke jambi pada abad ke-11 dan kemudiannya ke pedalaman minangkabauturut menjadi pendorong kepada keruntuhan empayar ini.

Ulasan

Catatan Popular