SOALAN 4 : “Penjajahan Peranchis hanya memburukkan keadaan petani di Vietnam dan Laos.” Setujukah anda? Sila beri hujah sokongan anda.



SOALAN 4 :
“Penjajahan Peranchis hanya memburukkan keadaan petani di Vietnam dan Laos.” Setujukah anda? Sila beri hujah sokongan anda.

1.0 PENGENALAN
Peranchis merupakan salah satu kuasa barat yang giat menjajah Tanah Besar Asia Tenggara. Peranchis berjaya menakluk Vietnam pada tahun 1884 dan Laos pada 1893. Penjajahan Perancis yang berbentuk kolonialisme telah membawa banyak perubahan terhadap Vietnam dan Laos dalam pelbagai aspek khususnya dalam bidang ekonomi dan keadaan petani. Kolonialisme berasal dari kata kolonial (latin) yang membawa maksud tanah permukiman atau jajahan. Kolonialisme adalah suatu sistem di mana suatu negara menguasai rakyat dan sumber daya negara lain tetapi masih tetap berhubungan dengan negeri asal. Terdapat penyokong kolonialisme berpendapat bahawa hukum kolonial menguntungkan negara yang dijajah dengan mengembangkan infrastruktur ekonomi dan politik yang diperlukan untuk dimodenkan dan demokrasi. Teori ketergantungan seperti Andre Gunder Frank, berpendapat bahawa kolonialisme sebenarnya menuju kepada pemindahan kekayaan dari daerah yang dikolonisasi ke daerah kolonisasi, dan pihak koloni menghambat kejayaan pengembangan ekonomi negara yang koloni. Franz Fanon pula, berpendapat bahawa kolonialisme merosak politik, psikologi, dan moral negara yang dikolonisasi. Walau bagaimanapun, kedatangan penjajahan Peranchis ke Vietnam dan Laos yang membawa pegangan kolonialisme ini hanyalah memburukkan lagi keadaan petani di Vietnam dan Laos.




2.0 ISI PERBINCANGAN
Keadaan petani di Vietnam dan Laos sebelum kedatangan Perancis adalah berbeza selepas kedatangan Perancis dalam aspek tanah dan juga sistem pencukaian. Vietnam, sebelum kedatangan Peranchis mengamalkan sistem ekonomi sara diri yang berpegang kepada prinsip ‘dahulukan selamat’. Petani enggan berusaha mencari untung kerana menganggap hal itu akan mengacau kegiatan-kegiatan sara diri yang rutin yang sememangnya terbukti memadai di waktu lampau.[1] Walau bagaimanapun prinsip ini mempunyai beberapa kelemahan yang akan merugikan petani, Di Tonkin dan Annam, pertanian bukanlah satu usaha ekonomi yang bertujuan perniagaan dan mencari untung melainkan pertanian sara diri yang semata-mata bertujuan menghasilkan keperluan bagi mereka yang melakukannya.[2] Selain itu, mereka juga terpaksa menghadapi risiko sekiranya berlaku bencana alam. Dari aspek jaminan sosial pula, semua penduduk usaha sama dalam sumber yang sedia ada untuk menjamin semua terdapat keperluan individu. Adat pemilikan tanah juga dapat menjamin hak petani kerana tanah bukan hak milik individu yang bermaksud setiap penduduk perlu mengusahakan tanah jika tidak mereka akan dihalau keluar dari kawasan tersebut.
            Sebelum abad ke-19 Masihi, pemilikan tanah pada kebiasaannya dimiliki oleh golongan kelas atasan sahaja seperti melalui kurniaan maharaja Vietnam. Namun pada awal abad ke 19, maharaja Gia Long (1802-1820) ‘bintang’ Peranchis cerah di Vietnam telah mengehadkan hak pemilikan tanah yang besar kepada golongan mandarin, para pegawai dan tokoh-tokoh yang berjasa. Hal ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat khususnya para petani untuk memiliki tanah bagi diusahakan dan keutamaan akan diberikan kepada petani kecil dan petani yang tidak mempunyai tanah. Tanah di Vietnam dibahagikan kepada dua jenis iaitu tanah milik persendirian dan tanah milik awam (cong dien). Tanah persendirian ini merupakan tanah yang dimiliki sesebuah ahli keluarga dan juga boleh diwarisi kepada ahli keluarga yang lain untuk diusahakan dan jika si pemilik tanah tidak mempunyai waris yang terdekat maka secara automatiknya tanah tersebut akan dianggap sebagai tanah baru untuk diusahakan oleh orang lain. Manakala tanah milik awam pula merupakan tanah yang sememangnya dikhususkan untuk setiap rakyat Vietnam iaitu tanah yang diusahakan secara bersama. Sistem cukai dikenakan kepada petani yang mengerjakan tanah tersebut berdasarkan kepada senarai pendaftaran cukai di kampung-kampung. Tujuan sistem pencukaian dijalankan adalah untuk memastikan supaya Maharaja mempunyai pendapatan serta untuk menilai pendapatan cukai di kampung-kampung. Namun cukai tanah yang dikenakan adalah tidak membebankan rakyat kerana cukai yang dikenakan itu adalah hanya terhadap petani kecil dan penduduk kampung yang mengusahakan tanah awam sahaja.
Negeri Laos tidak mempunyai hubungan langsung dengan laut dan disifatkan sebagai “backwater”. [3] Terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu Lembah Mekong yang bermula dari Vientiane sehinggalah ke sempadan Kemboja ke arah Pakse seterusnya kawasan pendalaman tanah tinggi dan gunung–ganang yang meliputi hutan rimba. Negeri Laos telah menjadi sebuah negeri penampan. Asas ekonomi Laos pada masa ini adalah tanaman padi yang melibatkan kelompok majoriti dan juga minoriti. Bagi kelompok majoriti Lao, padi ditanam di legeh yang mempunyai sistem pertanian yang tersendiri, sementara kaum minoriti mengerjakannya secara ladang. Di sambung itu, rakyat Laos juga menternak kerbau, ayam dan itik. Selain itu, bagi kelompok seperti Meo dan Hmong, mereka menanam bunga popi untuk membuat candu (Dommen, 1985:137-138).[4]

Kedatangan Peranchis di Vietnam dan Laos telah membawa pembaharuan di kedua-dua negara tersebut terutamanya dalam aspek ekonomi. Pihak Peranchis telah mewujudkan sistem polisi tanah untuk menjaga kepentingan ekonomi Peranchis saja. Hal ini adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai peneroka tanah untuk menanam modal di Vietnam. Melalui polisi ini juga, tanah yang tidak dimiliki oleh penduduk akan diiktiraf sebagai tanah kerajaan. Walaupun penduduk memiliki tanah persendirian tetapi semua tanah tersebut tertakluk kepada undang-undang tanah Peranchis dan ini memberikan ruang yang sangat besar kepada aktiviti pengambilan, perampasan, penjualan dan penyewaan tanah kepada pihak kolonial untuk berkuasa penuh ke atas tanah penduduk. Selain itu, pihak Peranchis juga turut memperkenalkan sistem konsesi tanah iaitu disediakan khas untuk peneroka-peneroka tanah dan pihak syarikat swasta dibenarkan untuk memohon.  Bertujuan untuk menggalakkan lagi pelbagai hasil pertanian untuk pasaran dunia. Tanah diperoleh daripada rampasan tanah yang dianggap ‘sah’ iaitu daripada proses penjualan dan pembelian, lelongan, pajakan dan penyitaan.
Contohnya, semasa pemerintahan Doumer, pegangan hak pemilikan konsesi tanah telah dibuka seluas-luasnya dan angka hak pemilikan tanah meningkat daripada 323 kepada 717 pegangan iaitu daripada 80861 kepada 357481 hektar. Antara kawasan konsesi tanah adalah seperti Tokin dan Cochinchina[5]. Peranchis sedar bahawa mudahnya untuk mendapatkan tanah menyebabkan berlakunya spekulasi tanah di mana tanah konsesi dimiliki tetapi tidak menjalankan aktiviti pertanian. Hal ini telah berlangsung hingga abad ke-20.[6]
Peranchis juga begitu bersungguh-sungguh dalam mengeksploitasikan tanah di Vietnam untuk kepentingan mereka semata-mata. Di Cochinchina, berlakunya sistem penyitaan yang diperkenalkan pada tahun 1860-an iaitu di bawah sistem penstrukturan semula hak pemilikan tanah. Sistem lelongan merupakan sistem tanah konsesi ditawarkan untuk dijual kepada peneroka-peneroka tanah dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Contohnya, di Cochinchina apabila penduduk melarikan diri daripada perkhidmatan tentera, tanah mereka akan dirampas dan diisytiharkan sebagai tanah bebas dan tanah tersebut tidak akan dilakukan pertanian. Harus diingatkan bahawa rampasan tanah bukan sahaja dilakukan oleh pihak pegawai kolonial tetapi juga turut dilakukan oleh ketua-ketua kampung yang tamak.[7] Pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kolonial ini telah menggugat hak pemilikan tanah awam. Tanah awam ini disediakan khas oleh pemerintah iaitu maharaja untuk digunakan oleh petani yang tidak mempunyai tanah atau bagi petani yang mempunyai tanah yang tidak subur. Selain itu, tanah awam juga digunakan sebagai tanah persediaan iaitu tanah tersebut boleh digunakan secara bersama jika berlakunya bencana alam seperti banjir, kemarau atau tanaman dijangkiti penyakit. Walau bagaimanapun, pihak kolonial ingin mengecilkan hak pemilikan tanah awam penduduk. Jadi, pihak kolonial ini telah membenarkan ketua-ketua kampung untuk menjual tanah awam yang disediakan khas untuk penduduk.  Pada tahun 1903, satu dikri juga telah dikeluarkan yang membenarkan penjualan tanah awam di bawah arahan residen Peranchis. Kesannya petani yang miskin menderita kerana kehilangan punca pendapatan. Pada tahun 1923, satu lagi dikri dikeluarkan iaitu dengan rasminya tanah awam yang telah digunakan sekurang-kurangnya selama 20 tahun akan menjadi sepenuhnya hak milik kerajaan. Setelah itu, tanah awam yang telah sah menjadi tanah kerajaan akan diikrarkan sebagai tanah untuk pasaran komoditi. Dari aspek hak pemilikan tanah pula, pada tahun 1864, sistem lelong telah pun dirasmikan iaitu konsesi tanah ditawarkan dengan harga tetap paling minimum ialah 10 francs per hektar. Tanah bagi kepada rakyat Peranchis dalam bentuk konsesi atau orang Vietnam yang setia kepada pihak Peranchis. Peluang yang ada ini iaitu dengan adanya hak milik tanah dan konsesi tanah skala besar telah melahirkan golongan tuan tanah. Ini bermaksud, mereka lebih taat setia kepada pihak penjajah dan menerima cara hidup barat.
Kedatangan Peranchis juga telah menunjukkan tahap monopoli yang tinggi dalam aspek ekonomi di Vietnam. Aktiviti monopoli dilakukan untuk meningkatkan lagi keuntungan tetapi hanyalah mendatangkan penderitaan terhadap rakyat khususnya kepada petani kerana petani tidak mendapat sebarang faedah daripada sistem ekonomi tersebut. Antara monopoli yang dilakukan ialah monopoli terhadap tembakau, garam, alkohol, candu, gula dan mancis. Tiga ,monopoli yang paling utama dikenali sebagai monopoli tiga kepala raksasa atau triple-headed of the monopolies iaitu monopoli garam, monopoli candu dan monopoli alkohol. Aktiviti monopoli yang dilakukan oleh pihak kolonial ini amat menguntungkan ekonomi mereka. Cukai yang diekstrak daripada Cochinchina meningkat sepuluh kali ganda dalam dekad pertama kawalan Perancis. Monopoli negeri dan cukai eksais ke atas candu, garam, dan alkohol akhirnya mendatangkan keuntungan sebanyak 70 peratus daripada hasil operasi kerajaan. Hal ini terbukti apabila mereka memperoleh keuntungan yang dianggarkan bernilai 20 juta piaster pada tahun 1899 telah meningkat kepada 32 juta piaster pada tahun 1903 dan terus meningkat dengan mendadak iaitu kepada 42 juta piaster pada tahun 1911. Berlaku pengembangan ekonomi perkebunan untuk mempromosikan eksploitasi tembakau, nila (indigo), teh dan kopi. Dalam aktiviti monopoli alkohol, pihak kolonial bukan sahaja mengenakan cukai terhadap alkohol malah turut menguasai pembuatan dan penjualan alkohol. Pihak alkohol juga turut memaksa petani untuk menjual wain beras kepada mereka dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu membeli dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi kepada saudagar dari China.[8] Rakyat turut dikenakan bayaran cukai dalam bentuk wang yang sedikit sebanyak membebankan rakyat. Misalnya, cukai tanah dipungut dengan cara yang kasar walaupun hasil pertanian mengalami kerosakan sama ada sedikit ataupun keseluruhan.  Terdapat dua cara untuk mendapatkan wang iaitu dengan menggunakan hasil pertanian ditukarkan untuk mendapat pulangan dalam bentuk wang dan dengan bekerja dengan pihak barat. Selain itu, berlaku juga permintaan terhadap wang meningkat di mana berlaku lebihan hasil pertanian yang menyebabkan harga hasil pertanian menurun. Sistem pencukaian juga meningkat.  Contohnya, cukai kepala meningkat dari 0.165 piasters per orang pada tahun 1880 kepada 1.125 piaster per orang pada tahun 1890.
Pihak Peranchis juga turut membawa pembaharuan ekonomi di Laos yang hanya menguntungkan mereka. Dasar Peranchis di Laos dikenali sebagai kumpulan kolonial menyebabkan urusan pentadbiran tanah jajahan mula dipindahkan kepada pihak awam.
Pengusaha Peranchis  telah bergiat mengeksploitasi sumber alam dan tenaga manusia dengan pembukaan kawasan pertanian. Pembinaan terusan dan saliran air oleh Perancis telah menyebabkan munculnya banyak penempatan baru yang melibatkan pengusaha pertanian padi dan jagung khususnya di daerah Delta Mekong.[9] Peranchis juga dapat mengeksploitasi bahan-bahan asli dengan menggunakan peraturan-peraturan tertentu. Peranchis berminat dengan Laos kerana senang didatangi dan melalui Sungai Mekong dengan bandar Saigon sebagai pelabuhan. Mereka mahukan keadaan yang stabil dapat diwujudkan dan langkah berkesan dan menjamin konsesi-konsesi pertanian. Misalnya, sebelum ini bidang pertanian dikuasai oleh golongan atasan tempatan, kemunculan orang tengah dan kontrak ini telah menimbulkan pemerasan. Sejak tahun 1884, pentadbiran Peranchis mengenakan kawalan ke atas aktiviti pemajakan tanah untuk mengaut keuntungan dan menjaga kepentingan mereka.
Pihak kolonial ini telah memperkenalkan sistem pencukaian yang sekali gus mengubah sistem ekonomi sara diri yang selama ini diamalkan oleh masyarakat Laos kepada sistem ekonomi kewangan. Hal ini telah menyebabkan para penduduk diwajibkan untuk membayar cukai dalam bentuk wang, yang berbeza dengan pembayaran cukai sebelum ini iaitu dalam bentuk barangan yang diperoleh. Masyarakat Laos telah dibebani oleh sistem cukai yang diperkenalkan oleh Peranchis, misalnya, cukai peribadi, cukai kepala dan kerah. Cukai peribadi melibatkan kaum lelaki Laos yang berumur antara 19 tahun hingga 60 tahun di mana mereka diwajibkan membayar 2 piaster setahun. Kelas sosial bagi golongan miskin juga turut dikenakan membayar cukai padahal dulunya golongan ini dikecualikan untuk membayar cukai. Murray menganggap bahawa semua ini adalah kejam bagi golongan yang tidak berupaya iaitu dengan mengatakan bahawa “It was a crimical to be poor.”(Murray,1980). Sistem pencukaian ini adalah di bawah jagaan residen dan pegawai tempatan yang diberi kuasa memungut cukai. Pelaksanaan sistem cukai ini dilaksanakan di setiap tasseng dilakukan dengan ketat. Bagi yang tidak mampu membayar cukai akan kehilangan rumah dan juga tanah yang dimiliki mereka.
Pembangunan kolonial Peranchis yang terbesar di Laos ialah pembinaan jalan raya yang menghubungkan Vientiane dengan Vietnam (McCoy, 1970:83).[10] Dalam pelaksanaan pembinaan jalan raya ini pihak kolonial telah menggunakan sistem kerah. Hal ini telah memberikan kesan yang besar kepada kaum lelaki Lao, setiap tahun mereka perlu melakukan kerja kerah selama 20 hari, sehinggakan ramai penduduk lari untuk mengelakkan kerah dan hanya pulang ke kampung asal mereka apabila setelah jalan raya siap dibina (Thampson 1968:316).[11] Mereka juga menjadi buruh paksa dalam membersihkan semak-samun di kawasan kampung-kampung dan perlu memperbaiki tali telegraf, kourier, pos dan mengalihkan batu dari Sungai Mekong. Kedatangan Peranchis juga telah menindas golongan tempatan yang kurang mahir dan kurang aktif. Hal ini terbukti apabila dasar Peranchis yang menggalakkan kemasukan orang dari Vietnam dan China supaya memenuhi keperluan kolonial Peranchis sehingga menguasai pentadbiran dan ekonomi tempatan, malah menyebabkan kegiatan yang tidak bermoral iaitu maksiat dan perjudian berlaku. (Thompson,1968). Tegasnya di sini, kedatangan Peranchis adalah gagal membawa sebarang perubahan yang bermanfaat kepada rakyat tempatan kecuali melipatgandakan pengeluaran candu yang menguntungkan mereka. Masyarakat tempatan Laos terutamanya golongan petani mula menunjukkan reaksi yang negatif terhadap penjajahan Peranchis sehinggakan telah berlaku beberapa pemberontakan terhadap golongan kolonial ini. Walau bagaimanapun, pemberontakan yang dilakukan oleh mereka gagal kerana gerakan anti-kolonial ini dilakukan secara berasingan iaitu tidak bersatu padu dan melibatkan kawasan-kawasan atau ras-ras tertentu sahaja.[12] Pada tahun, 1896 telah berlaku penentangan terhadap Peranchis yang melibatkan kelompok suku Kha kerana Peranchis mahu menjadikan kawasan galian dan hasil hutan di Dataran Tinggi Bolovens dikerjakan secara komersial. Buktinya, Peranchis telah menghalau semua orang Loa dan pemimpin pemberontak sebaik sahaja pemberontakan tamat bagi memudahkan eksploitasi ekonomi di kawasan tersebut. (Gunn,1985:56-58).[13] Pada tahun yang sama juga berlaku lagi satu pemberontakan yang melibatkan orang tengah Lam Kha. Mereka penting dalam menguruskan perdagangan di antara suku-suku Kha dengan orang Loa dan sebagai alat pentadbiran kolonial. Namun, mereka dikatakan banyak melakukan pemerasan dan penipuan yang melampau sehingga menimbulkan kemarahan orang Kha dan mereka dipecat oleh Peranchis. Hakikatnya, kerakusan Lam Kha bukanlah punca kemarahan suku Kha tetapi hanya sebagai tabir kemarahan terhadap Peranchis yang selama ini menekan kehidupan mereka melalui kutipan cukai kepala dan kerah. Di bahagian utara, penentangan ganas oleh daripada suku Tai dan saudagar-saudagar candu dari China telah meletus pada tahun 1914. Pada tahun 1918-1921 pula berlaku lagi dua pemberontakan yang melibatkan Meo di sebelah utara dan antara tahun 1938-1939 melibatkan pemberontakan oleh suku Kha di bahagian selatan. Pemberontakan yang pertama bersifat anti-bangsawan dan anti-kolonial yang kemudiannya berjaya membawa perubahan dalam cara Peranchis mentadbir kelompok minoriti (Gunn,1986:107-121)[14]. Namun, penyelesaian yang dibuat gagal untuk membendung perasaan tidak puas hati suku ini yang kemudian peka terhadap perjuangan kelompok Sayap Kanan.[15] Pada tahun 1938-1939 pula meletus pemberontakan di sekitar Sarravane disebabkan beban cukai yang tinggi dan sistem kerah yang menindas, malah jauh lebih kejam daripada yang berlaku di Annam (Gunn,1988:207-216). Pemberontakan ini bolehlah disifatkan sebagai penentangan terhadap pemerintahan asing dan ‘perubahan’ yang cuba dibawanya.














3.0 RUMUSAN
Tindakan manusia dalam teori antropologi yang selama ini dipelajari disebabkan oleh rasionalis dan moralis yang didorong oleh faktor lingkungan iaitu tindakan manusia. Teori tersebut dibawa oleh Scott dan Popkin dalam antropologi ekonomi sebagai pendalaman dari antropologi budaya yang dikenal dengan istilah ekonomi personalisme.
Dalam sebuah karyanya Scott (1973) The Moral Economy of the Peasant, digambarkan bahawa kehidupan petani adalah masyarakat yang harmoni dan stabil. Komuniti petani ini adalah suatu kelompok sosial yang memiliki kepentingan untuk menjaga kelangsungan keterikatan antara individu. Mereka ini adalah masyarakat yang “mendahulukan selamat”. Suatu pilihan tindakan penolakan dikembangkan lagi oleh James Scott(1983) dalam bukunya“Weapons of The Weak:Everyday Forms of Peasant Resistance”. Penentangan adalah semua tindakan daripada anggota masyarakat kelas bawah untuk mempertahankan diri agar meneruskan hidupnya. Perjuangan yang dilakukan para petani ini merupakan perjuangan yang biasa namun dilakukan terus-menerus. Hal yang menarik dari konsep Scott ini adalah penentangan hanya bersifat individual. Terdapat 3 kategori penentangan iaitu yang pertama bersifat individual, spontan dan tidak berorganisasi. Kedua, tujuan penentangan agar ada reaksi dari pihak yang dilawan. Ketiga, penentangan ini bersifat ideologi atau mengarah pada penentangan simbolik. Berbeza dengan perjuangan yang bersifat “frontal” iaitu penentangan adalah penolakan terhadap sesuatu yang tidak boleh dilawan. Sifat penentangan itu sendiri adalah informal, tersembunyi dan tidak teratur. Scott menjelaskan bahawa penentangan petani adalah kerana perubahan lingkungan dan kekuatan pemodal yang menyebabkan transformasi budaya dalam kehidupan desa. Hal ini menunjukkan bahawa para petani yang digambarkan sebagai pihak yang lemah memiliki senjata dalam melawan kaum pemodal berupaya. Konsep hegemoni ditunjukkan oleh Scott bahawa pemodal menghimpit kehidupan petani. Scott (1976) mengemukakan bahawa untuk menyelamatkan diri dari struktur kehidupan mereka, masyarakat petani perlu menjalani gaya hidup gotong royong, tolong menolong, melihat sejumlah persoalan yang dihadapi sebagai persoalan kolektif serta pembahagian hasil sama rata. Pertanian berbentuk komersialisasi hasil pertanian merupakan ancaman bagi para petani, ia akan mengakibatkan petani meninggalkan desa dan kemudian menjadi pengangguran di kota. Situasi ekonomi yang memburuk, PHK (pemutusan hubungan kerja), tuntutan keluarga, anak sakit sementara masyarakat berdiam diri turut dialami oleh petani. Tindakan berlawanan terhadap dominasi yang menghimpit dapat dilihat dari penipuan, penggelapan wang tetangga atau mencuri yang jauh dari prinsip moral mereka tetapi terpaksa dilakukan kerana keadaan yang memaksa. Perlawanan seharian juga dapat dilihat dari pemberian nama ejekan, pembohongan, sabotaj bahkan perlawanan yang tidak dapat dilihat oleh lawan mereka sendiri seperti bunuh diri.[16]
Teori Scott mendapat kritik keras dari Samuel Popkin (1979) yang mengemukakan bahawa sistem bagi hasil sama rata pada masyarakat petani lebih disebabkan oleh keengganan pemilik tanah untuk membiarkan petani menjual sendiri hasil pertanian ke pasar. Popkin dalam bukunya The Rational Peasant:The Political economy of rural society in Vietnam, menyebutkan bahawa tindakan menentang atau melakukan perlawanan bukan kerana moral ekonomi untuk mempertahankan komuniti tradisional yang ada. Petani adalah orang-orang kreatif yang penuh perhitungan rasional bahkan bila kesempatan terbuka maka mereka ingin mendapatkan akses ke pasar. Jadi bertentangan dengan Scott yang menyebutkan kolonialisme dan kapitalisme merupakan musuh petani karena mengancam eksistensi komuniti melainkan kerana “eksistensi ekonomi individual”. Pada prinsipnya petani bersikap mengambil posisi yang menguntungkan dirinya. Kalau kemudian petani meninggalkan desa untuk pergi ke kota, pada dasarnya bukan akibat intensifikasi pertanian, melainkan kerana para petani adalah orang rasional. Mereka seperti kebanyakan orang lain dan ingin kaya. Prinsipnya para petani adalah manusia yang penuh perhitungan untung rugi bukan hanya manusia yang diikat oleh nilai-nilai moral. Bila mereka bereaksi terhadap faktor-faktor yang menekan mereka maka bukan kerana “tradisi mereka” terancam oleh ekonomi pasar yang kapitalistik namun kerana mereka ingin memperoleh kesempatan “hidup” dalam ekonomi baru ini.[17]
Moral ekonomi petani adalah suatu analisa tentang apa yang menyebabkan seseorang perilaku, bertindak dalam kegiatan perekonomian. Hal ini dinyatakan sebagai gejala sosial yang berkemungkinan besar sangat berpengaruh terhadap kehidupan sosial. Secara umum, moral ekonomi petani terbahagi kepada dua iaitu perilaku ekonomi subsistem dan perilaku ekonomi rasional. Perilaku ekonomi subsistem adalah perilaku ekonomi yang hanya diarahkan untuk memenuhi kebutuhan hidup paling minimal. Perilaku seperti itu tidak lahir dengan sendirinya atau sudah demikian adanya (taken for granted), melainkan dibentuk oleh kondisi kehidupan lingkungan alam dan sosial-budaya yang menempatkan petani pada garis batas antara hidup dan mati, makan dan kelaparan. Sedangkan perilaku ekonomi rasional kecenderungan masyarakat petani untuk menganut pemikiran rational peasant. Seorang petani pemilik tanah yang rasional tentu akan lebih suka memperkerjakan tetangganya sendiri dengan dasar pertimbangan hubungan tolong menolong dan patron client, daripada mengambil buruh tani di pasar bebas. Akan tetapi, tidak bererti bahawa seorang pemilik tanah akan selalu tunduk kepada norma dan moral pedesaan. Semua tergantung pada situasi dan kondisi pada masa dan tempat tertentu.


[1] J.H. Broeke, The Structure of the Netherlands Indian Economy (New York : Institute of Pacifice Relations:1942) hal.30-31 dipetik daripada James C.Scott. (1976). Moral Ekonomi Petani : Ekonomi Dan Sosiologi Etika Subsistensi, New Heaven.terjemahan Hasan Basari (Jakarta:1981) hal.32
[2] James C. Scott.(1976) Moral Ekonomi Petani : Ekonomi Dan Sosiologi Etika Subsistensi New Heaven. terjemahan Hasan Basari (Jakarta:1981) hal.32
[3] Philippe Devillers.(1971) Sejarah Indo-China Moden : Perkembangan Sosio-politik hingga abad ke-20. terjemahan Ruhanas Harun (Kuala Lumpur:1988) hal.127
[4] Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara : Tanah Besar Zaman Klasik, Dewan Bahasa dan Pustaka, (Kuala Lumpur:1991) hal.56

[5] Murray.(1980) The Development of Capitalism in Colonial Indochina (1870-1940) Los Angeles and London
hal 55
[6] James C. Scott.(1976) Moral Ekonomi Petani : Negara Sebagai Pemungut Pajak New Heaven. terjemahan Hasan Basari (Jakarta:1981) hal.163
[7] James C. Scott.(1976) Moral Ekonomi Petani : Negara Sebagai Pemungut Pajak New Heaven. terjemahan Hasan Basari (Jakarta:1981) hal.167
[8] James C. Scott.(1976) Moral Ekonomi Petani : Negara Sebagai Pemungut Pajak New Heaven. terjemahan Hasan Basari (Jakarta:1981) hal.171
[9] Philippe Devillers,(1971) Sejarah Indo-China Moden: Perkembangan Sosio-politik hingga abad ke-20 terjemahan Ruhanas Harun (Kuala Lumpur:1988) hal.145
[10]Abu Talib Ahmad., Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara : Imperialisme, Kolonialisme Dan Perubahan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kuala Lumpur:1991) hal.112
[11] Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara : Imperialisme, Kolonialisme Dan Perubahan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kuala Lumpur:1991) hal.112
[12] Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara : Imperialisme, Kolonialisme Dan Perubahan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kuala Lumpur:1991) hal.114
[13] Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara : Imperialisme, Kolonialisme Dan Perubahan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kuala Lumpur:1991) hal.113
[14] Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara : Imperialisme, Kolonialisme Dan Perubahan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Kuala Lumpur:1991) hal.114
[15] Contoh bagi golongan Sayap Kanan ialah Viet-Minh dan Pathet Lao
[16] Fenomena bunuh diri sebagai protes sosial atau keputusasaan karena himpitan sosial yang tidak kunjung mereda pernah ramai dalam mass media terjadi pada tahun 2007. Seorang penjual bubur ayam yang merasa kehidupannya tidak bererti setelah beberapa kali diangkut petugas akhirnya menggantung diri. Tragedi ini mengingatkan bahawa ada kekosongan moral dalam masyarakat kita yang lebih suka bermain dengan simbol-simbol kebaikan tapi kering dimensi sosialnya. Namun demikian, bunuh diri sebagai bentuk moraliti dalam perspektif budaya di Gunung Kidul juga perlu dicermati. Bunuh diri dianggap sebagai takdir karena adanya ”pulung gantung” sesuatu yang di luar kekuasaan manusia.
Manungsa sakdermo nglakoni

Ulasan

Catatan Popular