Kesan pendudukan jepun di Thailand



Kesan pendudukan jepun di Thailand
Pendahuluan
            Semasa perang dunia kedua, Negara-negara di asia tenggara terlibat secara lansung dalam peperangan tersebut. Jepun berusaha menguasai Negara-negara di asia tenggara selain mengusir penjajahan barat. Jepun yang menggunakan slogan ‘asia untuk orang asia’telah menarik perhatian dan sokongann masyarakat asia. Sepanjang pemerintahan jepun dari tahun 1941-1945 jepun telah melaksanakan pelbagai dasar terhadap kehidupan penduduk di asia tenggara. Thailand juga tidak terkecuali menerima kesan daripada pendudukan jepun di asia tenggara. Walaupun jepun tidak pernah menjajah Thailand, namun pada masa yang sama, Thailand turut merasa tempias daripada pendudukan jepun. Hubungan jepun dan Thailand sebenarnya sudah wujud pada abad ke-7 melalui pelarian jepun yang beragama kristian. Hubungan ini menjadi lebih rancak semasa pemerintahan rama v dan maharaja meiji. Ketika ini para pemimpin dan bekas-bekas samurai jepun telah dipengaruhi idea-idea membebaskan asia daripada belenggai penjajahan barat. Namun, pendudukan jepun juga banyak mendatangkan kesan terhadap social, politik dan ekonomi Thailand.
Politik
1.      Mengamalkan dasar pro-jepun
Semasa pendudukan jepun, Thailand telah mengamalkan dasar pro-jepun semasa berlakunya perang dunia ke-2. Dasar pro-jepun ini telah diamalkan oleh perdana menteri Thailand iaitu Luang Phipun songkram. Tindakan menyebelahi pihak jepun dilihat sebagai tindakan yang bijak diambil oleh phiun. Beliau percaya bahawa jepun akan menang dalam perang tersebut. Tindakan Thailand untuk menyokong jepun dalam perang dunia ke-2 telah memberi peluang kepada jepun untuk meluaskan kawasan penjajahannya ke atas Myanmar dan tanah melayu. Hal ini kerana pihak jepun telah menjadikan Thailand sebagai jalan untuk mereka masuk ke tanah melayu dan Myanmar.
2.      Thailand mampu mengekalkan kemerdekaannya.
Melalui sikap phibun yang memberi hak laluan kepada jepun telah mengelakkan Thailand daripada di serang oleh jepun. Seterusnya, Thailand mampu mengekalkan kemerdekaannya daripada dijajah oleh jepun. Thailand juga mendapat manfaat daripada memberikan laluan kepada pihak jepun untuk menyerang Myanmar dan tanah melayu iaitu wilayah-wilayah yang diserahkan kepada british dan perancis diperoleh semula sebagai membalas iaitu wilayah laos, kemboja dan negeri-negeri melayu utara.

3.      Thailand mengisytiharkan perang keatasa pihak berikat(amerika syarikat)

Phibun secara terbuka telah memberi sokongan kepada jepun melalui perjanjian antara siam-jepun dan mengisytiharkan perang terhadap parti berikat. Kedua-dua langkah ini mendapat sokongan daripada rakyat siam serta dewan perhimpunan.

4.      Pergerakan anti-jepun
Pergerakan anti-jepu n dapat dibahagi kepada dua peringkat iaitu sebelum dan selepas bulan ogos 1944. Pada peringkat pertama pergerakan ini telah diwakili oleh tiga kumpulan yang berpusat di Washington dan Bangkok. Seni promoj, belas duta Thai di Washington merupakan pengasas pergerakan ini di Washington yang dinamakan seri thai (thai bebas) dan petubuhan ini dianggotai ramai pelajar thai yang menuntuk di university amerika. Seri Thai mendapat bantuan kewangan daripada amerika syarikat yang disalurkan melalui perkhidmatan sulit seberang laut.
           Di Bangkok, pergerakan anti-jepun dipimpin oleh pridi. Diantara tujuan pergerakan ini ialah mengurangkan keberkesanana kerajaan phipun, menjalankan kegiatan sabotaj terhadap tentera jepun, menyebarkan propaganda supaya rakyat tidak mempercayai kerajaan phibun dan tentera jepun dan mengadakan hubungan dengan pihak berikat.

Ekonomi

1.      Kemerosotan ekonomi
Sejak kedatangan jepun, simpanan wang kerajaan siam di London dan NY telah dibekukan dan ini mengakibatkab kejatuhan nilai bath sebanyak 33 %. Keadaan ini telah meyebabkan urusan import dan eksport terhenti. Sementara padi hanya dieksport ke jepun, tanah melayu dan singapura. Saudagar jepun telah menggantikan kedudukan penting yang dipegang oleh saudagar british.

2.      Berlakunya inflasi
Inflasi yang berlaku dengan hebatnya dan ini dirumitkan lagi oleh percetakan wang kertas yang berlebihan. Sejak tahun 1939-1940, harga satu kg gula telah meningkat sebanyak 39 kali ganda. Menurut Batson, Kadar inflasi sejak tahun 1939 dikatakan terus meningkat sebanyaka 409.09 &

3.      Pasaran gelap mengambil keuntungan.
Kemelesatan ekonomi Thailand telah menyebabkan pasaran gelap mengambil keuntungan yang berlebihan dan barangan terpaksa disorok sehingga membawa kepada rasuah yang berleluasa.

4.      Rasuah
Tentera jepun sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk mendapatakan sesuatu yang mereka perlukan. Penipuan dianggap sebagai satu amalan biasa. Dan menipu orang jepun disamakan dengan tanggungjawab mempertahankan pertiwi. Satu kelas baru rakyat thai mementingkan prinsip’ lebih bajyak penyeludupan lebih banyak kekayaan telah muncul. Rasuah merupakan warisan perang yang paling buruk kepada Negara Thai.

Social.
1.      Masyarakat menderita
2.      Kemusnahan harta benda dan nyawa.
Kesimpulan
-jepun terpaksa meyerah kalah pada 1945 apabila pihak amerika mengebom Nagasaki dan Hiroshima. British mahu mengenakan tekanan kepada Bangkok kerana tindakan Phibun mengisytiharkan perang keatasnya. Namun, tekanan itu Berjaya diselesaikan melalui perjanjian politik 1946 yang hanya mengenakan tekanan ekonomi yang minimum ke atas siam. Perjanjian ini kemudiannya dimansuhkan pada tahun 1954 untuk memulihakan hubungan biasa di antara Bangkok dan London.

Ulasan

Catatan Popular