PENGHASILAN BUNYI VOKAL DAN DIFTONG



1.0            Pengenalan
Fonologi ialah cabang ilmu yang mengkaji bunyi- bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Bunyi yang berfungsi ini bermaksud bunyi yang digunakan dalam pertuturan bahasa tersebut dan bunyi ini dikenal sebagai bunyi bahasa. Bunyi bahasa ini disusun mengikut sistem kajian fonologi bertujuan untuk menganalisi sistem tersebut. Kajian tentang fonologi dapat dibahagikan kepada dua cabang iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik ialah bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat- alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Harimurti Kridalaksana (1984), dalam kamus Linguistiknya memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Selain itu, Marsono dalam bukunya, fonetik (1986), mendefinisikan fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa”.
Terdapat tiga pendekatan yang digunakan oleh ahli bahasa dalam pengkajian fonetik, iaitu penyebutan, pendengaran dan sifat-sifat bunyi. Dalam pendekatan penyebutan, pengkaji meneliti cara bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini disebut sebagai fonetik artikulasi. Pendekatan pendengaran pula melibatkan penggunaan alat- alat yang canggih untuk menkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui pendekatan ini, bunyi- bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya dapat dikesan. Seterusnya deskripsi tentang bunyi- bunyi tersebut dapat dilakukan. Dalam pendekatan sifat bunyi,  alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi dan laringgoskopi digunakan untuk mengkaji sifat-sifat fizikal bunyi yang diucapkan. Dengan berbuat demikina, bunyi-bunyi bahasa dapat digolongkan dalam kategori masing-masing. Cabang fonetik ini dikenal juga sebagai fonetik akustik. Fonemik pula ialah cabang fonologi yang menganalisis system sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam sesuatu bahasa dan seterusnya menghasilkan sistem tulisan atau ejaan bagi bahasa tersebut.
Menurut D.Jones (1958), mengatakan secara umunnya, bunyi bahasa dibahagikan kepada tiga golongan iaitu vokal, konsonan dan semi-konsonan. Perbezaan ini didasarkan pada ada tidaknya halangan atau gangguan proses artikulasi pada alat artikulasi. Kami telah memilih soalan (a)  dan (e)



2.0 Definisi Vokal

      Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang (Radiah Y, Noriah M, Nor’ Aini I, 2010), bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus udara keluar terus-menerus tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita suara sahaja. Halangan hanya terjadi pada pita suara tidak lazim disebut artikulasi (J.W.M. Verhaar, 1977) kerana vokal dihasilkan dengan halangan pita suara maka pita suara bergetar. Glotis  dalam keadaan tertutup tetapi tidak rapat sekali. Dengan demikian, semua vokal adalah bunyi  bersuara. Dalam dasar  sebutan baku bahasa Malaysia, ada dinyatakan bahawa bunyi perlu disebut fonemik. Maka semua huruf vokal ‘a, e, I, o, u’ perlulah disebut sebagai [a], [e], [i], [o], [u] tetapi ‘e’ mungkin disebut sebagai [e] seperti dalam elak, ekar, edah ataupun sebagai [ə] seperti dalam embun, entah, enggan. Maka huruf ‘e’ boleh disebut sebagai [e] atau [ə]. Jadi dalam sebutan baku bahasa Malaysia, terdapat lima huruf vokal tetapi bunyi vokalnya ialah enam (Radiah Y, Nor’Anini I 2005). Bunyi-bunyi vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah. Terdapat tiga jenis bunyi vokal yang dihasilkan iaitu vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Inggeris terdiri daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [ɛ], [a], [u], [o],[ɔ], dan [ə] (A. Hamid, Nurfarah L.A 2007) .  Vokal dibezakan menjadi vokal nasal dan vokal oral. Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis. Vokal nasal dalam dialek Kelantan dan Acheh misalnya: [ã, ẽ, ĩ, ũ]. Vokal nasal dalam bahasa Perancis misalnya : on [õ], en [ə] dan [ɛ] dalam matin ‘pagi’ [matɛ]. Vokal dapat dibahagikan kepada vokal panjang dan pendek. Tanda panjang biasanya dengan tanda garis pendek di atas atau dengan titik dua di atas sebelah kanan bunyi panjang itu. Misalnya [a] panjang ditulis [a:] atau [ā], [u] panjang ditulis [u:] atau [ū] dan sebagainya. (A. Hamid, Nurfarah L.A 2007).







Rajah 1 : Keratan lidah sebagai carta vokal Bahasa Melayu
            Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting dalam penghasilan bunyi  jenis vokal. Bahagian hadapan lidah, misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan, iaitu vokal [i], [e] dan [a]. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahagian belakang lidah menghasilkan bunyi- bunyi vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ɔ]. Perbezaan bunyi antara vokal- vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahagian lidah itu boleh diangkat setinggi mungkin untuk menghasilkan vokal tinggi [i], dan [u], kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi, iaitu vokal [e] dan [o]. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vokal separuh
rendah [ɛ] dan [ɔ].
            Vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah berperanan menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi. Untuk lebih jelas lagi,berikut diturunkan gambar rajah yang menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa menghasilkan bunyi- bunyi vokal.






Rajah 2.0 : Kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi- bunyi vokal

      Rajah kedudukan bahasa Melayu diatas menunjukkan kedudukan lidah mengikut bahagian- bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian dihadapan lidah dan dibahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan dibahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula ialah garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan.  Bagi membunyikan vokal [i] dan vokal [u] misalnya, lidah perlu dinaikkan setinggi mungkin sementara bagi membunyikan vokal [a], kedudukan lidah letaknya rendah sekali.  Berdasarkan rajah kedudukan vokal Bahasa Melayu pada rajah 4.1, maka vokal bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti yang berikut :-
2.1 Vokal asli bahasa melayu
Vokal Hadapan
a)      Vokal depan sempit (Tinggi) [i]









Rajah 3.0 : Penghasilan vokal [i] dan keadaan bibir semasa menghasilkan vokal [i]
Artikulasi Fonem vokal [i]
            Untuk membunyikan vokal[i] bibir dalam keadaan terhampar. Kemudian depan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supayaudara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilakn ialah bunyi [i]. Berikut diberikan contoh kehadiran bunyi vokal [i] dalam perkataan.

Awal
tengah
Belakang
Ikan
Biru
Tali
Ikut
Bila
Beri
Ipar
Kita
Beli

           




b)     Vokal Depan Separuh Sempit [e]









Rajah 4.0 : Penghasilan vokal [e] dan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e]

Artikulasi fonem vokal [e]

            Alat atrikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir adalah bundar. Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses yang berikut turut berlaku. Pada permulaannya keadaan bibir bundar. Kemudian tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. Lelangit lembut dan anak tekan dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkanpita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah  bunyi [e]. Bunyi ini hadir dalam perkataan seperti contoh yang berikut.

Awal
tengah
Belakang
Ekor
Katel
Sate
Ela
Beraŋ

eloɁ
Heret





c)      Vokal depan luas(rendah) [a]








Rajah 5.0: Penghasilan vokal [a]dan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [a]

Atrikulasi fonem vokal [a]
            Vokal depan luas[a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut.bibir dalam keadaan hampar. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutupi rongga hindung supaya udaradari paru-paru tidak data keluar daripada rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut.
Awal
Tengah
Akhir
Araŋ
Dadu
Pita
Alah
Paku
Rasa
Amal
Bukan
tiba









Vokal Tengah    
d)     Vokal tengah pendek [ə]








Rajah 6.0 : Penghasilan vokal [ə]Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ǝ]

Artikulasi fonem vokal tengah [Ə]

           Alat atrikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir adalah bundar. Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah ini, proses yang berikut turut berlaku. Pada permulaannya Keadaan bibir hampar.Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelengit keras.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut  menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasil ialah bunyi [Ə] (lihat rajah). Bunyi ini hadir dalam perkataan seperti dalam contoh yng berikut:

Awal
Tengah
[ƏmaɁ]
[pƏnat]
[Əmbun]
[bƏrat],
[Ənam]
[cƏrgas]






Vokal Belakang
     
e)      Vokal belakang sempit (tinggi) [u]








Rajah 7.0 : Penghasilan vokal [u] dan keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [u]

Artikulasi fonem vokal [u]

            Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang sempit, proses yang berikut harus dilakukan. Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelengit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara       tidak dapat keluar melalui hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar [U].
Awal
tengah
belakang
[ubi],
[buka
[baĵu],
[unta],
[bubur],
[labu]
[undur
[subur
Kelambu







f)       Vokal belakang separuh sempit [o]








Rajah 8.0 : Penghasilan vokal [o] Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [o]

Artikulasi fonem vokal (o)

            Vokal ini dihasilkan melalui proses seprti berikut. Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutupi rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dariparu-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal belakang separuh sempit [o]. Kehadiran bunyi vokal ini adalah seperti dalam contoh yang berikut.

Awal
tengah
Akhir
Oleh
Boleh
Solo
otaɁ
sotoŋ
soto
[obor
koŋkoŋ
foto

2.2 Vokal pinjaman
             Terdapat dua lagi bunyi vokal, iaitu [ɛ] dan [ɔ]. Vokal ini merupakan pinjaman daripada bahasa inggeris. Vokal ini tidak digunakan dalam penulisan tetapi terdapat dalam dialek- dialek tempatan seperti dialek Kelantan, contohnya dalam perkataan [makɛ], [malɛ], [ɔrɛ], [kitɛ]. Dalam Bahasa Melayu, bunyi [ɛ] dan [e] dilambangkan dengan huruf  “e”, manakala bunyi [ɔ] dan [o] dilambangkan dengan huruf “o”


a)Vokal depan separuh luas (separuh luas)[ɛ]








Rajah 9.0 : Penghasilan vokal [ɛ]Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [ɛ]

Artikulasi fonem vokal [ɛ]
      Untuk menghasilkan bunyi vokal separuh luas, proses yang berikut turut berlaku. Mula-mula bibir dihamparkan separuh luas.depan lidah dinaikkan separuh rendah kea rah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal [ɛ]. Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri olehbunyi vokal ini dalam dialek Kelantan.

Awal
Tengah
Belakang
ɛsoɁ
ɛloɁ
ɛjɛɁ
bɛso
getɛɁ
pɛlɛɁ

b) Vokal Belakang Separuh Luas (Separuh Rendah) [Ͻ]





Rajah 10.0 :Penghasilan vokal [ɔ] Keadaan bibir semasa memhasilkan bunyi [ɔ]
Atrikulasi fonem vokal [ɔ]
      Artikulasi fonem vokal [ɔ].Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas, proses berikut berlaku. Bibir dibundarkan.Belakang lidah dinaikkan ke arah lelengit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan .Menggetarkan pita suara ke rongga mulut.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [Ͻ] (lihat rajah). Bunyi ini terdapat . Dalam dialek Kelantan seperti yang berikut:

Awal
Tengah
Belakang
[Ͻbat],
[pϽkϽɁ]
[kitϽ]
[ϽtaɁ],
[bϽrϽh]
 [bilϽ]
[Ͻpeh]
[pƏcϽh],
[bƏlakϽ]

Perbandingan Vokal Melayu dalam Dialek-Dialek Melayu
     Dialek ialah kelainan bahasa yang dituturksn oleh sekumpulan penutur yang menutur bahasa yang sama. Di Malaysia, terdapat perbezaan kosa kata dialek- dialek melayu mengikut negeri. Sistem vokal dalam bahasa standard dan sebahagian besar daripada dialek-dialek Melayu di peringkat bukan standard, terdiri daripada vokal kardinal primer (Danial Jones). Di bawah ini merupakan senarai perbendaharaan vokal dalam dialek yang dipertimbangkan. BS (Bahasa Standard), Jh (Johor), Pk (Perak), Ked (kedah), Pn (Pulai pinang), NS (Negeri Sembilan), Sr (Sarawak), Ph (Pahang), Mel (Melaka), Tr (Terengganu), Sel (Selangor) dan Kel (Kelantan).
1.         BS, Jh                                      : /i, e, Ə, a, u, o/
2.         Pk, Ked, Pn, NS, Sr    : /i, e, ε,Ə, a, u, o,Ͻ/
3.         Kel                                          : /i, ё, Ə, a, u, ö, ɔ
      Bahasa standard dan dialek johor mempunyai sistem enam-vokal manakala dialek Melayu yang lain mempunyai sistem lapan- vokal. Kumpulan kedua merupakan dialek daripada Perak, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sarawak. Manakala kumpulan ketiga merupakan dialek Kelantan yang hanya wujud vokal depan dan belakang sahaja. Kumpulan pertama dan kedua merupakan vokal kardinal primer manakala kumpulan ketiga vokal kardinal sekunder. Antara perbezaannya adalah seperti berikut;
i)          Vokal depan dalam dialek Kelantan, /i, ё, ε/, tidaklah begitu dikedepankan                                     seperti /i,e/ dalam kumpulan Pk- Ked- Pn- NS- Sr.
ii)         Vokal- vokal belakang /u, ö, ɔ/ dalam dialek Kelantan tidaklah dibundarkan                                   sedangakan vokal-vokal belakang dalam kelompok Pk- Ked- Pn- NS- Sr                                                dibundarkan.
      Bentuk bahasa Melayu yang lebih tua merupakan sumber kepada kemunculan dialek- dialek ini dan titik permulaan dalam kemunculan dialek- dialek lain. Kewujudan fonetik bagi /ε/ dan /ɔ/ berhampiran dengan pewujudan fonetik bagi /e/ dan /o/ berbeza hanya dalam darjat perluasan manakala vokal /ε/ dan /ɔ/ merupakan vokal luas yang mempunyai darjat perluasan yang melebihi vokal separuh luas /e/ dan /o/. Oleh itu perbandingan antara kelompok Jh-BS dengan dialek-dialek lain telah melahirkan kesepadanan- kesepadanan seperti yang berikut;
1.         a)                     Jh-BS                       Kel           Pk-Ked-Pn-NS-Sr
i)         e                       -       /e, ε/              /e, / ε /
ii)         o                      -       /ö, ɔ/             /o, ɔ /

b)         i)                     /e- ε- ε/
/elƏ- ёlƆ- εla /
ii)                     /e- ё- e /
/sate- satё- satε- sate /


c)          i)                     /0- ö- o/
/botoɁ- botöɁ- batoɁ/
 ii)                    /o- ɔ/
/bonkoɁ- bɔkɔɁ- bonkoɁ/
     Vokal /o/ dalam Jh-BS sama dengan vokal /ɔ/ dalam dialek Kelantan dan vokal /ɔ/ dalam dialek- dialek Pk- Ked- Pn- NS- Sr tetapi hanya sama dalam kata- kata tertentu sahaja.
2.         BS       Jh         Ph        Mel Tr Sel       Pk        Ns        Kel
    Ə     Ə         Ə         Ə         Ə         Ə         Ə         ɔ         ɔ
    Kawasan dialek yang memiliki kelainan-a tidak ditunjukkan pada peringkat bukan standard seperti yang terdapat dalam kawasan pepet dalam konteks pewujudan fonetik dan fonemik bagi grafem “a” yang terdapat pada akhir kata.
3. Subdialek dalam Kelainan- Pepet
Jh- Ph- Mel- Tr- Sel- Pk                                  NS                  Kel
          /bajƏ/                                                    /bajɔ/                /bajɔ/
           /apƏ/                                                    /apɔ/                 /apɔ/

4. Semua sumdielek dalam kelainan-a
                 /baja/
                 /apa/
Perkara yang akan berlaku apabila penutur dari berbagai- bagai dialek bertemu
     Setiap orang dilahirkan dalam subkawasan dialek tertentu dan setiap orang mendapat pendidikan sekolah yang menggunakan dua bahasa iaitu bahasa standard dan dialek tempatan yang digunakan dalam seauatu kawasan. Perbezaan dialek tidak terbatas kepada perbezaan fonologi tetapi turut meliputi perbezaan morfologi, sintaksis dan leksis. Perbezaan ini ditemui dalam penggunaan morfem terikat contohnya dalam penggunaan akhiran -kan dalam kata kerja untuk menunjukkan makna kausatif yang didukung oleh kata kerja dalam dialek Johor. Per....- kan dalam bahasa standard dibandingkandengan per-... yang mempunyai makna yang sama dengan -kan atau per-...kan dalam dialek Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
      Dalam aspek sintaksis, darjah penyimpangan daripada dialek ke dialek agak rendah tetapi darjah penyimpangan dalam aspek leksis adalah lebih tinggi. Di samping itu, dialek- dialek Melayu mempunyai darjah penyimpangan yang lebih tinggi dalam aspek fonologis berbanding dengan aspek morfologi, sintaksis dan leksis.
       Di peringkat bukan standard, apabila penutur dari pelbagai subkawasan bertemu, hubungan bahasa antara mereka boleh dilihat dalam salah satu aspek gejala berikut:
I.          Gejala menenggelamkan ciri- ciri dialektal dan menggantikan dialek tempatan        dengan            salah satu kelainan standard.
Ii.         Gejala mempertahankan ciri- ciri dialektal oleh penutur masing- masing dan tiap-                tiap penutur mempunyai mekanisme memasang kesepadanan antara dialek yang                         mungkin timbul dalam aspek linguistik.
      Apabila dua orang penutur yang menggunakan dialek yang berbeza bertemu, kemungkinan salah satu pihak mengalami kesukaran untuk memahami perkataan- perkatan tertentu yang dituturkan oleh satu lagi penutur.
        Pada peringkat standard, apabila dua orang penutur berlainan dialek bertemu, maka akan lahirlah satu dari dua gejala berikut:
i.          Gejala mempertahankan kelainan standard masing- masing
ii.         Gejala meneggelamkan satu kelainan dan di tempatkan oleh kelainan yang lain
     Gejala kedua bergantung kepada latar geografi dalam hubungan bahasa. Peneggelaman kelainan pepet boleh berlaku jika latar geografi mempunyai hubungan bahasa dalam kawasan kelainan-a.
      Dalam kelompok penutur bahasa Melayu, setiap penutur tidak akan menutur bahasa berkenaan dengan cara yang sama. Kewujudan keadaan penggunaan bahasa yang sebegini memeperlihatkan bahawa penggunaan bahasa atau penggunaan sesuatu bahasa yang sama sekali pun dalam kalangan manusia tidak seragam. Di samping itu, bukan faktof geografi sahaja yang yang mempengaruhi sesuatu dialek malah faktor sosial seperti umur, jantina, status sosial, etnik dan sebagainya turut mempengaruhi dialek.
Kesimpulannya, jumlah kardinal ialah lapan jenis, iaitu vokal [i], [e], [ε], [a], [u], [o], [Ͻ] dan [Ə]. Vokal asli bahasa Melayu hanya enam jenis iaitu vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan [Ə]. Bunyi vokal semuanya bersuara kecuali vokal [Ə] yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang dan vokal-vokal lain adalah nyaring dan lantang.
3.0 Diftong
Definisi diftong
   Bunyi diftong berkait rapat dengan vokal kerana vokal merupakan asas untuk menyebut sesuatu bunyi diftong itu. Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan serta berlaku dalam satu hembusan nafas. Diftong mempunyai satu puncak kelantangan dan bertindak sebagai satu fonem dan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata. Pada lahirnya, diftong terdiri daripada dua huruf vokal iaitu [ai], [au], dan [oi].  Namun demikian, dua huruf tersebut melahirkan satu bunyi sahaja. Hal ini demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila satu vokal menggeluncur (glide) dengan cepatnya ke satu vokal lain. Diftong [ai] terhasil apabila vokal [a] menggeluncur dengan cepatnya ke vokal [i]. Diftong [au] terhasil apabila vokal [a] menggeluncur dengan cepatnya ke vokal [u]. Diftong [oi] terhasil appabila vokal [o] menggeluncur ke vokal [i]. Contohnya, untuk menyebut bunyi [ai ], ia bermula dengan cara menyebut [a] kemudian digeluncurkan udara ke arah tahap menyembunyikan [i] tetapi tidak sampai ke titik sebutan [i]. Maka apa yang berlaku sebenarya ialah penggeluncuran udara dari satu tahap vokal ke satu tahap vokal yang lain.
            Diftong boleh jadi menaik atau menurun, terpulang kepada arah penggeluncuran udara semasa menyebutnya. Berdasarkan kepada perbezaan kenyaringan, kepanjangan, dan tekanan yang dimiliki oleh salah satu vokal daripada diftong itu, maka diftong boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
i.                    Diftong naik – bunyi vokal keduanya disebut lebih nyaring, lebih       panjang, dan lebih tekanan daripada bunyi vokal pertama.
ii.                  Diftong turun – bunyi vokal pertama disebut lebih nyaring, lebih panjang, dan lebih tekanan daripada bunyi vokal keduanya.
Menurut Arbak Othman (1986) pula mendefinisikan diftong sebagai rentetan dua vokal yang mengandungi satu puncak kelantangan, yang tatkala mengahasilkannya tidak ada hentian sebentar atau hiatus yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya itu. Diftong bersifat silabis iaitu mempunyai satu puncak kelantangan.
     Walaubagaimanapun, diftong hendaklah dibezakan dengan vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata yakni ma dan in.
Carta Fonem Diftong Bahasa Melayu
CARA PENGHASILAN
DIFTONG
Vokal depan luas ke vokal depan sempit
ai
Vokal depan luas ke vokal belakang sempit
au
Vokal belakang separuh sempit ke vokal depan sempit
oi

Gambar rajah menunjukkan carta diftong dalam Bahasa Melayu.

Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu ai, au, dan oi.
Antara ketiga-tiga diftong tersebut, diftong ai merupakan diftong yang paling banyak digunakan dalam pembentukan kata, manakala bunyi diftong oi amat kecil jumlahnya dalam kosa kata bahasa Melayu.  Selain itu, kecuali diftong oi, kedua-dua diftong ai dan au dapat hadir di bahagian hadapan, tengah dan belakang kata asli dan kata serapan bahasa Melayu.

a)DIFTONG [ AI ]
Untuk membunyikan diftong ai, lidah berada pada kedudukan membunyikan vokal hadapan luas [a], dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hujung lidah dinaikkan tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal [i]. Hujung lidah terkena pada gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Buka antara rahang adalah antara luas dan sederhana dan bibir dihamparkan.
Artikulasi Fonem Diftong [ ai ]
Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang terhampar.
[ ai ]
Awal
Tengah
Akhir

Aidilfitri
Hairan
Aduhai
Aidiladha
Kailan
Lerai
Aising
Syaitan
Abai
Aikido
Haiwan
Pantai

Gambar rajah  di atas menunjukkan  penghasilan fonem diftong  [ ai ]

Sebutan Diftong [Ai] Dalam Dialek Parit
Dialek Parit

‘pakai’                   [ pake ]
‘pandai’                 [ pande ]



b)DIFTONG [ OI ]
Bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke satu vokal yang lain.  Caranya ialah lidah, pada mulanya, diletakkan pada keadaan membunyikan satu vokal, kemudian digeluncurkan  ke arah membunyikan vokal yang lain lalu menjadi gabungan dua bunyi vokal. Untuk membunyikan diftong oi pula, lidah diletakkan sebagaimana menghasilkan bunyi vokal  belakang separuh sempit [o], dan dengan cepatnya digeluncurkan lidah ke arah cara membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak. Pada geluncuran pertama bentuk bibir adalah bundar tetapi menghampar semasa hampir selesai melafazkannya. Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Artikulasi Fonem Diftong [ oi ]
Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh :
      
[ oi ]
Tengah
Akhir

boikot
kaloi

amboi

peroi

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi ].

Sebutan Diftong [ Oi ] Dalam Dialek Parit
Kehadiran diftong dalam dialek Perak adalah sama. Contohnya :
Dialek Parit

 ‘amboi’                   [ amboi ]
 ‘kalui’                     [ kaloi ]


c)DIFTONG [Au]
Bunyi diftong [Au] ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi seperti melafazkan bunyi [a] dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal belakang tertutup [u]. walaubagaimanapun bahagian belakang lidah ini tidak benar menaik seperti mana melafazakn bunyi[u]. bentuk bibir pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi apabila hampir selesai lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukakan rahang antara sederhana dan luas.


Artikulasi Fonem Diftong [au]
Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan terhambar kepada keadaan yang bundar. Sebagai contoh:
Au
Awal
Tengah
Belakang

Aurat
Tauhu
Balai

Autograf
Tauge
Lampau

Auditorium
Taucu
Imbau

Auto
Tauliah
Kemarau


Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [au]







Sebutan diftong au dalam dialek melayu Sarawak
Dalam dialek Melayu Sarawak diftong [au] akan dileburkan  menjadi [o]. Antara perkara yang mempunyai unsur tersebut adalah seperti berikut:

Dialek Melayu Sarawak

 mengigau               [ ngigo]
 kerbau                     [kerbo]
tembakau                  [tembako]
limau                        [limo]
panau                        [pano]
langau                      [lango]


KESIMPULAN






Ulasan

  1. Assalamualaikum tuan. Boleh tak saya minta izin untuk gunakan kajian tuan sebagai rujukan saya? Terima kasih tuan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    BalasPadam
  3. Radang Paru-paru sesak nafas (Copd)

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring



    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular