pendudukan jepun diburma



1.0  Pengenalan
Asia Tenggara yang begitu strategik kedudukannya di antara laluan Timur ke Barat menyebabkan penjajah Barat berlumba-lumba untuk menguasai rantau Asia Tenggara ini. Masing-masing berebut untuk menjadi kuasa tunggal yang besar di Asia Tenggara baik di Tanah Besar mahupun di Kepulauan Asia Tenggara. Selain itu, Asia Tenggara juga kaya dengan hasil bumi yang menguntungkan seperti bijih timah, arang batu, rempah ratus dan sebagainya juga merupakan salah satu sebab mengapa penjajah ingin menguasai Asia Tenggara. Sejak abad ke 15, kedatangan penjajah telah bermula iaitu dengan kedatangan Portugis kemudiannya diikuti oleh Sepanyol serta kuasa-kuasa besar yang lain. Akhirnya, Tanah Melayu serta Burma telah dikuasai oleh British. Sepanyol pula telah menjadi kuasa tunggal di Filipina. Begitu juga Belanda yang telah menguasai Indonesia dan Perancis pula menguasai bahagian  Indochina.
Namun begitu pada tahun 1941, kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara dikejutkan dengan pendudukan Jepun. Secara rasminya, pada tahun 1942, Jepun telah menguasai sebahagian besar atau boleh dikatakan kesemua negara di Asia Tenggara ini sehingga Ogos 1945. Jepun menguasai Asia Tenggara dengan berbekalkan slogan yang dibawa iaitu “Lingkungan Kesemakmuran Asia Raya”[1] telah mempengaruhi seluruh penduduk Asia Tenggara. Malangnya, slogan yang dibawa oleh Jepun ini langsung tidak membantu penduduk di Asia Tenggara daripada cengkaman penjajah malahan slogan ini merupakan satu helah bagi Jepun untuk menjadi kuasa tunggal di seluruh Asia Tenggara. Berdasarkan tugasan yang diberikan, dalam esei ini akan membincangkan mengenai pendudukan Jepun di Burma pada tahun 1942 sehingga 1945. Oleh itu, beberapa persoalan timbul mengenai dasar yang telah diperkenalkan oleh Jepun di Burma sama ada dasar itu bersifat positif atau negatif terhadap penduduk dan juga bagaimana zaman ini telah melahirkan golongan elit baru. Semua persoalan ini akan dibincangkan dan dibahaskan dalam esei ini.
2.0  Pendudukan Jepun di Burma
Hubunngan Jepun dan Burma telah terjalin sekian lama lagi. Hubungan ini bermula melalui perdagangan pada tahun 1899 dan semakin erat selepas termeterainya Protokol perdagangan Jepun-India sekitar tahun 1905. Kemudian, minat Jepun terhadap Burma muncul sekitar tahun 1939 sehingga 1942 kerana Jalan Burma-China yang dianggap penting bagi rejim Chiang Khai Shek telah dibuka secara rasmi pada tahun 1937.
 Minakan Kikan merupakan akiviti sulit yang bersifat ketenteraan selepas tahu 1939. Minakan Kikan ini ditubuhkan pada bulan Februari 1941 dengan tujuan untuk menutup Jalan Burma-China. Bagi melaksanakan tujuan tersebut pihak Jepun menggunakan nasional tempatan dengan nama komred 30 dan kemudiannya kumpulan ini dijadikan pula pasukan Tentera Kemerdekaan Burma (BIA) pada Disember 1941. Anggota temtara ini juga telah memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan pada zaman Jepun dan selepasnya. [2]
Demikian serba sedikit berkaitan kemaraan Jepun ke Burma. Pendudukan Jepun di Asia Tenggara ini tidak lama sepeti penjajahan Barat. Tempoh masa Jepun menjajah di antara Disember 1941 sehingga 1945. Walaupun dalam jangka masa yang singkat tetapi tetap memberi kesan terhadap politik, ekonomi mahupun sosial di Asia Tenggara ini. Golongan nasionalis juga muncul semasa pendudukan Jepun ini.
2.1  Politik
Umum mengetahui bahawa tempoh pendudukan Jepun yang singkat ini telah meninggalkan kesan yang penting kepada Burma. Pentadbiran tentera telah wujud dengan rasminya di Burma pada Ogos 1942 dan ditamatkan pada bulan Ogos 1943 sebaik sahaja Burma telah diberikan kemerdekaan oleh Lt. Jeneral Iida Shojiro iaitu Panglima Tertinggi Tentera Jepun yang berkuasa sepenuhnya di Burma. Peranan Iida yang terpenting disini adalah untuk memilih pemimpin-pemimpin Burma dari bulan Mei sehingga Jun 1942. Pemilihan ini adalah untuk mendidik pemimpin-pemimpin supaya dapat memimpin sebuah negara Burma yang merdeka suatu hari nanti. Oleh sebab demikian, beliau memberi tumpuan yang lebih terhadap pemilihan pemimpin tertinggi Burma kerana calon yang dipilih berkemungkinan besar akan menjadi Perdana Menteri.[3]
Bagi Iida Shojiro, kebanyakkan calon Thakin tidak sesuai utuk dipilih ketika itu. Penaung kumpulan Thakin, Kodaw Hmaing sudah tua dan juga tidak boleh diharap untuk melakukan tugas-tugas yang berat. Pemimpin yang lain pula seperti Thakin Mya Thawin mempunyai terlalu lembut perwatakkannya sementara bagi Thakin Nu dan Thakin Aung San dikatakan tidak mempunyai syarat-syarat yang diperlukan. Akhirnya Dr. Ba Maw telah dipilih untuk menjadi pemimpin tertinggi Burma. Pentadbiran peribumi ini dinamakan Pentadbiran Burma Pusat yang diwujudkan selari dengan pentadbiran tentera (dualisme pentadbiran).[4]
Walaubagaimanapun, pentadbiran di bawah pimpinan Dr. Ba Maw ini amat terhad dan sentiasa perlu merujuk kepada Iida Shijoro. Malahan dalam bidang ekonomi, perlombongan dan pengangkutan, pemimpin Burma tidak diberikan kuasa dan peluang untuk campur tangan. Ke semua itu di pegang oleh Iida Shojiro. Selain itu, Jepun juga membenarkan penubuhan sembilan buah jabatan seperti kewangan, pertanian, perhutanan dan perlombongan, dalm negeri, perhubungan, buruh dan pengairan, kehakiman, kerja raya, dan pembangunan semula serta kesihatan dan kerjaya tempatan. Kesemua jabatan ini merupakan satu penerusan daripada sistem yang dilaksanakan oleh British sebelum ini.[5]  Walaupun jabatan-jabatan ini diketuai oleh seorang menteri Burma tetapi pegawai tentera Jepun turut memainkan peranan yang pentig seperti mengetuai biro tertentu hampir di setiap jabatan.
Bukan sahaja di bahagian pusat, di bahagian daerah juga dengan jumlah bilangan yang kekal seperi sebelum tahun 1942, bangsa Burman khususnya telah mengambil alih jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Dr. Ba Maw menghadapi cabaran yang besar dalam mengisi kekosongan petadbiran pada peringkat daerah ini sehingga bekas-bekas pentadbir serta ahli politik dari kumpulan Thakin terutamanya terpaksa dibuat bagi mengisi kekosongan ini. Inilah yang dimaksudkan dengan kerahan tenaga belia dalam bidang pentadbiran. Walaupun telah diberi peluang untuk mentadbir tetapi Jepun tetap tidak menghormati mereka. Bidang kuasa Timbalan Pesuruhjaya pun kecil dan hanya meliputi hal-hal umum serta kepolisian.
Seterusnya pada 1 Ogos 1943, Jepun telah memberikan kemerdekaan kepada Burrma seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Selari dengan kemerdakaan yang telah diberikan maka tertubuhnya satu pentadbiran “boneka” dibawah pempinan Dr. Ba Maw yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Manakala, golongan Thakin pula telah diberi peluang untuk memegang banyak jawatan dalam kabinet baru antaranya Thakin Mya telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Thakin Aung San pula sebagai Menteri Pertahanan.[6] Walaupun ini sebagai satu kerajaan “boneka” yang telah dibentuk oleh Jepun tetapi terdapat juga kesan yang baik iaitu memberi pemimpin tempatan pengalaman untuk memerintah negara sendiri dengan yakin. Namun begitu, kemungkiran janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada Burma turut menyumbang kepada kesedaran nasionalisme di Burma. Golongan Thakin tidak berpuas hati dengan hak kemerdekaan yang telah diberikan Jepun kepada Burma. Hal ini demikian kerana kemerdekaan yang diberikan hanyalah satu kemerdekaan yang kosong kerana tentera Jepun masih lagi berkuasa di negara Burma.
2.2  Ekonomi
Bukan sahaja dari segi pentadbiran dan politik memberi kesan kepada penduduk Burma malahan ekonomi juga turut mempengaruhi serta memberi kesan kepada penduduk tempatan. Semasa pemerintahan British, perkembangan ekonomi berteraskan pertanian padi, eksploitasi balak dan logam. Ini menjadikaan Burma hanya bergantung pada pasaran antarabangsa dari segi eksport dan import. Oleh sebab itu, semasa pendudukan Jepun telah memberi kesan yang buruk kepada Burma apabila semua aktiviti import dan eksport telah dihentikan oleh pihak Jepun. Ini kerana segala pengangkutan laut telah diberi keutamaan kepada keperluan tentera. Sebelum ini Jepun telah berjanji untuk membawa kesemakmuran kepada penduduk tempatan tetapi sebaliknya yang berlaku. Pihak Jepun lebih mengutamakan keperluan tenteranya berbanding penduduk tempatan.[7]
Oleh itu, Jepun telah mengambil inisiatif lain dengan menjadikan ekonomi Burma seperti sebelum kedatangan British iaitu dengan mengamalkan ekonomi sara diri. Pihak Jepun terus memonopoli ekonomi Burma dari segi pengeluaran pertanian termasuk penjualannya, perlombongan, pembalakan dan perdagangan. Manakala dalam sektor pengedaran dan perdagangan runcit pula, Jepun memberikan kepada persatuan peniaga tempatan mengambil bahagian yang lebih besar berbanding sebelum perang. Semasa pendudukan Jepun ini, para petani digalakkan untuk mengerjakan sebanyak mungkin tanah pertanian tetapi keluasan sawah padi  menghadapi kemerosotan. Masalah ini berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu harga barangan pertanian yang terlalu rendah, kekurangan buruh pertanian dan lembu bajak serta wujudnya keadaan sosiopolitik yang tidak stabil.
Pelbagai uasaha yang telah dilakukan oleh Dr. Ba Maw untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi masih gagal. Sebagai contoh, meningkatkan pengeluaran padi dengan cara mengurangkan sewa tanah sebanyak 50 peratus, menetapkan harga padi serta kerajaan menjadi pembeli utama. Semua usaha ini gagal malahan masalah lain pula yang muncul. Masalah pengangkutan yang menyukarkan pengedaran beras dan juga berlaku kebuluran di bahagian Burma Hilir. Sejujurnya semasa pendudukan Jepun, ekonomi penduduk tempatan terus dibebani dengan kekurangan makanan, menghadapi inflasi dan eksploitasi daripada syarikat-syarikat Jepun.[8] Disebabkan kekjaman Jepun ini, kehidupan para petani begitu terseksa. Para petani dikerah untuk membina jalan kereta api yang menghubungkan Thanbuzayat di Tenasserim ke Nongpladek di Siam. Tujuannya untuk memudahkan pengedaran beras dan barangan pengguna dilakukan tetapi malangnya selepas kereta api ini siap dibina pada Oktober 1943, barangan pengguna yang dijanjikan kepada penduduk tempatan tidak kunjung tiba berikutan pengeboman tentera Berikat yang semakin giat. Pembinaan kereta api maut ini menyebabkan hampir 30 000 daripada 50 000 orang buruh Burma mati akibat daripada masalah kekurangan makanan, tempat kediaman yang tidak sempurna, keadaan kerja di kawasan yang tidak sesuai iklimnya dan juga kekejaman penyelia Jepun.[9] Rancangan pentadbiran Dr. Ba Maw dalam sektor ekonomi dan buruh tergendala pelaksanaanya dan keaadaan semakin teruk selepas Ogos 1943. Peperangan yang berlaku telah mengubah sikap Jepun untuk kemerdekaan Burma serta memecahkan pucuk kepimpinan dan rakyat kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pertama bersikap anti-British dan menyokong Jepun kerana beranggapan imperialisme Jepun hanya semenara sahaja. Kumpulan kedua pula ialah kumpulan yang terdiri daripada pegawai-pegawai tentera seperti Aung San. Kumpulan ini mahukan Burma menukar kesetiaannya kepada British yang sudah melancarkan serangan untuk menakluk semula Burma.
3.0  Kemunculan Golongan Elit Baru
Pada mulanya penduduk Burma mengalukan kedatangan Jepun ke Burma. Malahan Jepun telah menubuhkan gerakan Anti-British iaitu Minami Kikan. Penubuhan Minami Kikan yang merupakan pertubuhan yang ditubuhkan semata-mata untuk menyingkirkan British dari bumi Burma. Jepun juga telah memberi sokongan dengan memberi bantuan latihan ketenteraan kepada rakyat tempatan yang berminat untuk menyertai bidang ketenteraan. Secara tidak langsung menggalakkan lagi semangat nasionalisme dikalangan rakyat tempatan dan para nasionalis. Latihan dan pengalaman ketenteraan telah memberikan banyak pengalaman kepada rakyat Burma menentang British. Sebelum peperangan meletus di Asia, Jepun telah melatih dan membantu menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma (B.I.A) dibawah pimpinan Aung San dan Ne Win. [10]
Semasa pendudukan Jepun, telah melahirkan gerakan anti-Jepun yang diketuai oleh Thakin komunis seperti Soe, Thein Pe, dan Thant Tut serta telah berjaya mendapatkan sokongan rakyat yang banyak berbanding dengan pertubuhan B.I.A . Ini disebabkan oleh kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup telah mewujudkan semangat anti- Jepun dikalangan rakyat Burma. Maka muncullah golongan Thakin yang mahu mengusir tentera Jepun di Burma.  Sebenarnya, kemunculan Thakin sudah sekian lama lagi, semenjak penjajahan British. Cuma pada ketika itu, golongan Thakin ini terdiri daripada golongan muda dan peranannya tidak dilihat begitu penting. Golongan Thakin ramai yang terlibat dalam pertubuhan anti-Jepun ini. Jika mahu membincangkan kesemuanya tidak mencukupi. Oleh itu, saya memberi penekanan kepada orang yang telah mengubah sejarah Burma ini iaitu Thakin Aung San dan Thakin U Nu.
3.1  Thakin Aung San
Pada mulanya merupakan salah seorang anggota asal kumpulan “Komred 30” yang ditubuhkan untuk menentang British. Beliau juga merupakan Menteri Pertahanan dalam kabinet pentadbiran Dr. Ba Maw serta Panglima Tertinggi Ketenteraan Kemerdekaan Burma (BIA). Pada tahun 1943 semasa golongan komunis membentuk pertubuhan anti-fasis, Aung San menubuhkan Liga Kebebasan Rakyat. Akhirnya, kedua-dua pertubuhan ini bergabung pada tahun 1944 untuk membentuk Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis (AFPFL) dan dalam penubuhan AFPFL ini merangkumi elemen ketenteraan, komunis, sosialis serta kumpulan-kumpulan etnik. Elemen-elemen ini menyebabkan organisasi ini amat penting dan kuat pengaruhnya kepada rakyat.[11]
Selepas kekalahan dan pengusiran Jepun dari Burma pada tahun 1945 akibat daripada pemberontakan yang dilakukann oleh AFPFL, orang-orang British meluaskan pemerintahannya ke atas Burma sekali lagi. Pihak British tidak mahu mengiktiraf kerajaan yang dipimpin oleh Aung San malahan Burma akan diperintah oleh seorang Gabenor British. Hal ini mengundang kemarahan Aung San, dan beliau telah menyusun semula organisasi AFPFL dengan sokongan penuh dari semua ahli politik. Beliau bersedia unuk berjuang habis-habisan untuk kemerdekaan sepenuhnya dan tidak mahu mengulangi episod dimana pihak Jepun telah memberikan kemerdekaan kepada Burma tetapi tidak sepenuhnya. Ini menyebabkan Aung San lebih berhati-hati daripada sebelumnya.[12]
Walaupun Aung San merupakan serang pemimpin yang baru namun beliau telah menunjukkan keutuhan yang tinggi serta mempunyai potensi yang besar dalam memimpin negara. Ini dapat dilihat semasa pendudukan Jepun, bagaimana beliau menentanng kezaliman dan kekejaman Jepun dan akhirnya seleuruh rakyat Burma tampil menyokong beliau. Pengorbanan Aung San tidak sia-sia, akhirnya beliau telah di minta oleh British untuk datang ke Britain bagi rundingan mengenai masa hadapan Burma. Akhirnya pada 27 Januari 1947, perjanjian telah dimeterai dimana Burma akan diberikan kemerdekaan penuh dalam tempoh setahun mulai daripada tarikh tersebut. Kemudian pilihanraya diadakan pada bulan April 1947 dan seperti yang dijangka AFPFL telah memenangi hampir kesemua kerusi. Ini menunjukkan kekuatan politik yang dipimpin oleh Aung San.[13]
Namun malang tidak berbau apabila Aung San dan hampir kesemua menterinya telah dibunuh oleh U Saw. Siasatan dilakukan dan mendapati U Saw bersalah kerana merancang pembunuhan beramai-ramaai dan beliau telah dijatuhkan hukuma bunuh. Kematian Aung San ini ketika beliau hampir mencapai kemerdekaan. Negara Burma kehilangan seorang pewira negara, pegasas dan juga pemimpin AFPFL. Kemudian pucuk kepimpinan Burma ini telah digantikan dengan Thakin U Nu.
3.2 Thakin U Nu
Selepas kematian Aung San, teraju kepimpinan beralih pula kepada U Nu iaitu seorang penggaunut Buddha yang alim. Beliau secara kebetulan tidak hadir di majlis ketika rakan-rakan sejawatnya mati dibunuh. Pada Oktober 1947, U Nu telaah menandatangani perjanjian terakhir dengan pihak British dan akhirnya Burma telah menjadi sebuah negara republik merdeka pada 4 Januari 1948. Thakin U Nu telah dilantik sebagai Perdana Menteri dan seorang pembesar kaum Shan yang bernama Sao Shwe Thaik telah dilantik sebagai Presiden republik baru negara Burma.
Hampir sepuluh tahun AFPFL memerintah kerajaan dan banyak juga usaha yang dilakukan untuk mencari jalan bagaimana mahu keluar daripada kemelut kesulitan ekonomi akibat daripada perang. Bukan itu sahaja, pepecahan juga berlaku dalam AFPFL dan juga berlakunya perang saudara akibat daripada golongan komunis dan puak Karen cuba merebut kuasa pemerintahan pada tahun 1958. Selain itu, sistem pemerintahan U Nu yang kurang cekap menyebabkan perbalahan dan perpecahan berlaku. Sebagai contoh cara pemerintahannya, beliau telah memberikan keistimewaan kepada kaum yang disukainya seperti kaum Shan. Ini menunjukkan pemerintahan U Nu berat sebelah dan memberikan keistimewaan kepada golongan yang disukai sahaja. Ini menimbulkan kemarahan ramai penduduk tempatan. Bagi mengambil kembali hati rakyat, beliau telah sistem kredit luar bandar yang dibayai sepenuhnya oleh kerajaan. Sepatutnya U Nu menggalakkan rakyatnya untuk meluaskan lagi penanaman padi bagi tujuan ekport supaya ekonomi negara Burma lebih stabil seperti negara Thailand. Malangnya, U Nu tidak berbuat demikian dan hanya membazirkan duit kerajaan dan menjatuhkan ekonomi negara. Dengan itu, U Nu telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Ne Win seorang Ketua Angkatan Tentera yang cekap.[14]
4.0  Kesimpulan
Pendudukan Jepun sememangnya telah memberi impak yang besar kepada kerjaaan Burma. Terdapat impak yang positif dan juga impak yang negatif. Antara impak positifnya ialah pemimpin tempatan diberi peluang untuk mentadbir kerajaan sendiri dibawah pimpinan Dr. Ba Maw. Walupun kerajaan ini hanya sekadar “boneka” yang ditubuhkan oleh kerajaan Jepun, namun sedikit sebanyak pemimpin tempatan banyak mempelajari selok belok untuk mentadbir kerajaan. Kesan negatifnya, kezaliman dan kekejaman Jepun terhadap penduduk tempatan telah meniupkan semangat nasionalisme yang baru dalam diri pimpinan mahupun penduduk tempatan.
Burma adalah salah satu negara yang mengalukan kedatangan Jepun ke negaranya. Kerajaan Burma mahu mengusir British daripada Burma dan kebetulan ketika itu Jepun telah menyebarkan propaganda yang kononya ingin membantu penduduk Asia. Malangnya, propanganda yang di laung-laungkan itu hanya indah khabar dari rupa. Penduduk Burma lebih terseksa dengan kebuluran makanan, kadar inflasi yang tinggi dan peningkatan kematiaan akibat pembinaan kereta api maut. Perdana Meneri Burma ketika itu, Dr. Ba Maw cuba meyelesaikan masalah tetapi tidak berjaya. Perkara yang penting sekali, Dr Ba Maw tidak berusaha untuk menentang kerajaan Jepun. Ini kerana beliau meupakan pemimpin yang pro-Jepun. Akhirnya muncul golongan anti-Jepun ini dan bangkit meminta pertolongan British untuk mengusir Jepun pula dari Burma. Secara keseluruhannya, golongan elit baru tidak muncul hanya semangat nasionalisme yang baru ditiupkan dalam diri pemimpiin tempatan. Jika dilihat, selepas kekalahan Jepun, Dr. Ba Maw dan kabinetnya telah hilang dan nama mereka tidak muncul selepas itu. Oleh itu, pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin nasionalisme di Burma telah lama wujud. Tiada golongan elit baru yang mencetuskan semangat nasionalisme yang ada cuma pemimpin lama yang meneruskan perjuangan untuk memerdekakan Burma dari cengkaman Jepun.







5.0  Bibliografi
Abu Talib Ahmad, (1991). Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
        dan Pustaka.
Abu Talib Ahmad, (2000).Sejarah Myanmar. Seri Kembangan: Dewan Bahasa dan Pustaka
David Joel Steinberg, David K. Wyatt dan John R.W. Smail, ( 1981). Mengenali Sejarah Asia
       Tenggara Moden. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joginder Singh Jessy,( 1986). Sejarah Asia Tenggara (1824-1965). Kedah : Darulaman.
John Bastin dan Harry J. Benda, (1992). Sejarah Asia Tenggara Moden: Penjajahan, Nasionalisma dan Kebijajahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka






[1] Joginder Singh Jessy, Sejarah Asia Tenggara (1824-1965),  Darulaman, Kedah, 1986, hlm  366.
[2] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm 162.
[3] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm 171.
[4] Abu Talib Ahmad,  Sejarah Myanmar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Seri Kembangan, 2000, hlm 244.
[5] Abu Talib Ahmad,  Sejarah Myanmar,  hlm 244.
[6] Joginder Singh Jessy, Sejarah Asia Tenggara (1824-1965), hlm  393.
[7] Abu Talib Ahmad,  Sejarah Myanmar,  hlm 269.
[8] Abu Talib Ahmad,  Sejarah Myanmar,  hlm 271.
[9] John Bastin dan Harry J. Benda, Sejarah Asia Tenggara Moden: Penjajahan, Nasionalisma dan Kebijajahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm 181
[10] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm 175.
[11] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, hlm 175.
[12]. Abu Talib Ahmad,  Sejarah Myanmar,  hlm 313.
[13] Joginder Singh Jessy, Sejarah Asia Tenggara (1824-1965), hlm  400.
[14] John Bastin dan Harry J. Benda, Sejarah Asia Tenggara Moden: Penjajahan, Nasionalisma dan Kebijajahan, hlm     233.

Ulasan

Catatan Popular