sejarah tongchai



PENGENALAN
            Bagaimanakah konsep sejarah di celah ini boleh muncul dalam arena sejarah? Persoalan ini yang harus diperjelaskan oleh sarjana Asia Tenggara dalam penulisan sejarah. Sebelum ini sejarah di seluruh rantau Asia Tenggara hanya diperkenalkan sebagai sejarah nasional iaitu sejarah yang merangumi aspek politik, ekonomi dan teras budaya dalam proses pembinaan bangsa di sesebuah negara. Oleh itu, kedudukan sejarah nasional ini telah diangkat tinggi oleh pemerintah tempatan dan pemerintah kolonial dengan menjadikan subtopik mata pelajaran sejarah dalam buku teks di sekolah-sekolah yang berpusat pada sejarah nasional .[1] Oleh itu, pelajar-pelajar hanya didedahkan dengan sejarah nasional namun sejarah ini mempunyai banyak kelemahan dan kelompongan yang tidak dapat ditutup oleh sarjana seperti hanya tertumpu kepada pihak yang menang dan kalah diketepikan, dikuasai oleh golongan majoriti, bergantung kepada sejarah global dan tiada konsep sendiri serta hanya tertumpu pada bidang politik sahaja.[2] Contohnya, sejarah nasional di Asia Tenggara hanya memfokuskan aspek politik dalam proses pembinaan dan kemajuan sesebuah negara itu yang sering ditonjolkan dalam penulisan sejarah nasional seperti pengasas negeri-negeri, kebangkitan nasionalisme, pembinaan sistem politik, konflik dan rebutan kuasa serta kedudukan dan pemerintahan raja.[3]
Namun begitu, bagaimana pula dengan aspek yang lain dalam kehidupan manusia seperti ekonomi, budaya, seni dan agama ini? Malangnya, aspek-aspek ini tidak diberi penekanan dalam penulisan sejarah Asia Tenggara ini turut memberi sumbangan pada pembentukan dan kemajuan Asia Tenggara. Contohnya, aspek ekonomi di Thailand yang banyak memberi sumbangan kepada negara Thailand dengan meningkatkan kemajuaan ekonomi negara itu melalui sektor pertanian. Namun begitu, dalam sejarah nasional ini hanya menyatakan secara umum tentang aktiviti ekonomi yang ada di negara Thailand ini dan ia tidak menerangkan secara terperinci tentang kawasan-kawasan yang terlibat dalam penghasilan penanaman padi yang terbesar ini. Disebabkan pelbagai konflik dan isu yang timbul dalam sejarah nasional ini menyebabkan seorang sarjana dari Thailand iaitu Thongchai Winnichakul telah membuat keputusan untuk memperkenalkan satu konsep baru yang baru diciptanya iaitu konsep sejarah di celah. Mengapakah beliau memperkenalkan konsep baru ini dalam bidang sejarah? [4]
KONSEP SEJARAH DI CELAH
            Apakah yang dikatakan sebagai sejarah di celah itu sebenarnya? Sejarah di celah merupakan sejarah yang tidak tercatat dalam sejarah nasional atau sejarah yang terpinggir daripada naratif sejarah nasional dan ini telah menukarkan cara pemikiran masyarakat tentang naratif negara seterusnya membuka peluang untuk membuat pealihan sejarah.[5] Hal ini demikian kerana sejarah di celah ini merupakan sejarah yang berkaitan dengan kelompok minoriti di sesebuah negara, kewujudan mereka tidak mendapat perhatian daripada kelompok majoriti menyebabkan sejarah mereka tidak mendapat perhatian dalam penulisan sejarah nasional. Jadi sejarah di celah ini telah ditindas oleh sejarah nasional yang telah merentasi identiti kebangsaan dan sejarah negara itu sendiri dengan mengkaji sejarah tempatan berdasarkan intipati kenegaraan setiap tingkat feudal. Selain itu, kajian etnologi dan geografi yang merangkumi aspek budaya, agama, ruang minoriti dan tempoh masa serta sensitifviti bagi perbezaan budaya, perubahan bahasa, ruang atau geografi, pemikiran dan agama.[6] Ironinya sejarah yang dipinggirkan ini perlu dikaji dengan lebih khusus oleh ahli sejarah di setiap negara di Asia Tenggara.
Konsep sejarah ini diperkenalkan untuk mengantikan tempat sejarah nasional yang sering digunakan oleh ahli sejarah. Oleh itu, sarjana Thongchai Whinnichakul mahu ahli sejarah membiasakan diri dengan menggunakan konsep budaya dan konsep sains sosial dalam melakukan kajian mereka bagi mengelakkan masalah berat sebelah dalam sesebuah sejarah.[7] Selain itu, dalam sejarah di celah ini juga konsep sejarah margin dan sejarah penyempatan telah diketengahkan dan menjadi perkara yang penting dalam menghasilkan sesebuah sejarah. Persoalannya menggapa konsep sejarah margin dan sejarah penyempatan ini penting dalam konsep sejarah di celah?
SEJARAH MARGIN
            Sejarah margin atau lebih dikenali sebagai sejarah yang terpinggir atau disebalik tadbir atau sejarah yang digelapkan oleh sejarah nasional. Pelbagai istilah yang boleh digunakan untuk mengambarkan sejarah margin ini. Tapi benarkah istilah-istilah yang digunakan ini untuk mengambarkan tentang apa itu sejarah margin? Margin merupakan konsep yang sesuai untuk meneroka kualiti imaginatif dan pembentukan budaya tempatan atau global dengan lebih spesifik. Hal ini kerana setiap negara di rantau ini mempunyai sejarah yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, perbezaan yang wujud dalam sejarah inilah yang dikenali sebagai had-had dalam pensejarahan.[8] Selain itu, sarjana Anna Tshing juga menyatakan bahawa sejarah margin itu bukanlah sejarah geografi atau lokasi dekriptif. Sebaliknyan istilah margin yang digunakan oleh sarjana Anna Tshing adalah untuk merujuk kepada sebuah petempatan yang dianalisis untuk menjelaskan bahawa kedua-dua pihak mengekang budaya yang telah diserap, kualiti pengecualian menindas budaya, potensi kreatif serta menghidupkan dan mengatur semula kategori yang mengwujudkan sesebuah kumpulan.[9]
            Namun begitu, sejarah margin merupakan sejarah yang mengkaji tentang sejarah yang tidak dikaji oleh sejarah nasional yang berkaitan dengan geografi dan bukan geografi. Oleh itu, sejarah lokasi berperanan untuk mengkaji geografi, budaya dan tempoh masa sebelum sesebuah negara itu menjadi bangsa atau tidak menjadi bangsa. Contohnya dari aspek geografi yang berlaku di wilayah seperti Karen, Mon, Kachin, acheh dan Irian Jaya merupakan wilayah yang terasing daripada negara yang merdeka. Oleh itu, golongan minoriti dalam setiap wilayah ini telah berusaha untuk memperjuangkan sejarah autonomi dan menentang integrasi untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam proses pembinaan bangsa. Hal ini kerana sejarah minoriti ini telah ditindas oleh sejarah nasional sehinggakan sejarah minoriti ini terus dilenyapkan daripada tercatat dalam negara bangsa. Seterusnya kajian terhadap bukan geografi yang merangkumi aspek etnik dan agama bagi kelompok monoriti di negara Asia Tenggara. Bagaimanakah etnik dan agama dapat membentuk kewarganegaraan, diskriminasi, pengecualian dan penindasa terhadap golongan minoriti? Melalui pembentukan kewarganegaraan dalam masyarakat Patani di Thailand mereka terpaksa mengalami perubahan bangsa melalui proses pengsiam iaitu seluruh masyarakat Patani kini dikenali sebagai rakyat Siam dan berwarganegarakan Thailand. Kesan daripada proses perubahan bangsa ini menyebabkan negara Patani telah hilang asal usul  sejarah mereka yang tersendiri dan kini hanya dikenali sebagai sejarah Thailand yang telah diperkenalkan kepada lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.[10]
Seterusnya kajian sejarah margin ini telah dibahagikan kepada dua iaitu sejarah tempatan dan sejarah national. Sejarah tempatan ini telah dikaji dan dihasilkan oleh ahli sejarah tempatan kerana penghasilan ahli sejarah tempatan ini lebih baik kerana mereka lebih memahami mengenai budaya, bahasa dan lokasi tempat sejarah itu. Ahli sejarah tempatan ini hanya menceritakan tentang masyarakat tempatan tanpa campur tangan daripada pihak luar kerana masyarakat yang terdiri dalam sejarah tempatan ini adalah golongan minoriti dalam sesebuah negara. Selain itu, sejarah tempatan juga boleh berubah menjadi sejarah nasional sekiranya ia berkongsi dengan sejarah umum terlebih dahulu. Oleh itu, sejarawan perlu peka dan mempunyai kemahiran dalam mengkaji dan menghasilkan sejarah tempatan agar tidak bergantung atau berpusat pada sejarah nasional. Jadi sejarawan perlu meletakkan skop kajian yang lebih kecil bagi memudahkan ahli sejarah untuk membuat kajian dengan lebih terperinci terhadap sesuatu kajian dan lebih mudah untuk ahli sejarah mengenalpasti bukti-bukti yang berkaitan dengan sesuatu sejarah itu.[11] Namun begitu, berbeza pula dengan sejarah nasional yang tergolong daripada mereka yang berkuasa, menang dan elit. Sejarah nasional ini telah dikaji oleh ahli sejarah barat yang telah memasukkan unsur pemikiran barat dalam penulisan sejarah nasional yang jauh beza daripada luar pemikiran masyarakat tempatan. Hal ini demikian kerana ahli sejarah barat telah menggunakan konsep-konsep dari luar untuk menonjolkan penulisan sejarah nasional itu seperti konsep fudelisme, nasionalisme. Selain itu, penulisan sejarah nasional yang dihasilkan oleh barat ini lebih bersifat bias apabila mereka lebih menonjolkan pihak-pihak kolonial yang telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan Asia Tenggara dengan mengagung-agungkan nama mereka dalam penulisan sejarah nasional. Malah pemerintah-pemeritah tempatan seperti raja dan bendahara telah dipinggirkan dengan dijadikan watak sampingan  dalam penulisan sejarah nasional. Oleh itu, perkara ini telah memberi kesan kepada masyarakat tempatan terutamanya masyarakat minoriti kerana hak mereka telah dinafikan oleh pihak kolonial. Jelaslah bahawa sejarah nasional ini hanya mengkaji sesuatu sejarah itu secara umum dan menyeluruh, ia tidak mengkaji sesebuah sejarah itu secara khusus menyebabkan timbulnya pelbagai isu mengenai sejarah nasional ini membuatkan mereka berasa keliru dengan kajian mereka. Ironinya, menyebabkan munculnya beberapa andian yang mencabar intipati negara yang sekali gus dapat mengubah pemikiran masyarakat tentang naratif kebangsaan dan berpeluang untuk melakukan peralihan daripada sejarah nasional.[12] Namun bagaimanakah peluang itu dapat digunakan untuk mengubah pemikiran masyarakat?
SEJARAH PENYETEMPATAN
            Sejarah penyetempatan adalah menempatkan sesuatu bukan pada tempat asalnya seperti yang berlaku dalam kajian sejarah Asia Tenggara yang mana sarjana barat hanya mentafsir sahaja sejarah tempatan, mereka tidak mengkaji secara terperinci. Selain itu, melalui sejarah penyetempatan ini telah berlakunya proses globalisasi yang boleh dilihat dimana-mana sahaja malah proses ini dilihat sebagai satu alternatif yang sangat baik kerana telah membawa sejarah tempatan ke arah yang lebih baik kerana proses globalisasi ini turut mempengaruhi keadaan tempatan.[13] Oleh itu, kesan daripada proses globalisasi ini telah membawa kepada variasi tempatan yang telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya seperti sintesis, pengubahsuaian, sesaran dan pengantian pada sesebuah tempatan. Namun begitu, semasa proses penyetempatan ini berlaku, budaya di sesebuah negara itu tidak akan digantung atau dihapuskan. Hal ini demikian kerana proses penyetempatan ini telah melibatkan aspek budaya, pengetahuan serta sains dan teknologi. Ironinya, satu pengaruh globalisai yang lebih awal dari India telah datang dan masuk  ke dalam Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan kebanyakkan sejarawan beranggapan bahawa Asia Tenggara telah dijajah dan dikuasai oleh pengaruh imperialisme India melalui proses indialisasi.[14] Namun begitu, sejarawan telah disedarkan bahawa Asia Tenggara tidak pernah dijajah oleh kuasa India namun mereka sebenarnya telah diindianisasikan melalui budaya. Hal ini berlaku kerana pengaruh India mahu menunjukkan telah lama berada dalam budaya tempatan namun budaya ini tidak begitu ketara dan tidak memainkan peranan dengan sebaiknya dalam proses “transcultur”. Pada hakikatnya kedatangan proses Indialisasi ini bukanlah secara jajahan seperti yang diperkatakan oleh ahli sejarawan itu tetapi proses ini datang ke Asia Tenggara secara berperingkat-peringkat melalui budaya yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara.[15]
Oleh itu, terdapat dua golongan yang bertanggungjawab terhadap proses Indialisasi ini iaitu golongan genius tempatan atau orang yang aktif di tempatan. Golongan ini berperanan untuk menerima budaya Indialisasi dan menyesuaikan unsur-unsur budaya India ini dapat dimuatkan ke dalam budaya tempatan. Seterusnya adalah peranan ahli sejarah yang bertanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat tempatan bahawa pengaruh India dalam budaya tempatan adalah luas. Namun, orang India tidak pernah mengambil kesempatan untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai sebuah negara India atau menjalankan proses pembaratan iaitu Euro Amerikan di Asia Tenggara. Ahli sejarah juga menyatakan bahawa proses globalisasi tidak akan berlaku jika proses penyetempatan tidak wujud. [16]Di samping itu, Humi Bhaba juga telah menyambut pertemuan yang telah berlaku di lokasi sebagai “di antara” atau “di luar” yang merupakan laman web atau detik-detik transformasi budaya yang telah bergerak aktif dengan pengaruh transnasional dalam masyarakat tempatan. Namun, laman web in telah di pinggirkan daripada arus perdana budaya, tetapi mereka masih oleh menghantar perubahan kepada alam budaya keseluruhan. Di samping itu, sejarah penyetempan ini juga merupakan sumbangan utama kepada bidang “ethnology” dan “theoretical”. Hal ini demikian kerana global menunjukkan bahawa satu fenomena yang besar menyebabkan berlakunya tekanan sehinga global dan tempatan telah menjadi pasangan yang terpisah.[17] Sejauhmanakah proses penyetempatan ini berkesan dalam kajian ethnologi dan juga secara teorinya?
SIAPAKAH YANG LAYAK MENULIS SEJARAH DICELAH
            Sejarah di celah ini telah dipertanggungjawabkan kepada golongan “home Scholar” atau “historian of the home”. Golongan ini merupakan golongan yang layak untuk mengkaji tentang sejarah di celah kerana mereka sangat pakar dan mempunyai kemahiran yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa lagi dalam bidang sejarah. Golongan ini merupakan mereka yang menetap di kawasan tersebut tetapi tidak semestinya orang tempatan. Hal ini demikian kerana orang luar juga turut berpeluang untuk mengkaji dan menulis tentang sejarah di celah sekiranya mereka mampu untuk menguasai bahasa, budaya dan adat resam masyarakat tempatan. Apabila orang luar ini sudah mahir dengan bahasa orang tempatan pasti mereka juga mampu untuk menguasai budaya orang tempatan itu juga namun hak orang tempatan untuk mengkaji sejarah di celah ini turut tidak dinafikan. Hal ini demikian kerana memang wajar jika penulisan ini dihasilkan oleh sarjana tempatan namun penulisan sarjana tempatan tidak semestinya berperspektifkan Asia Tenggara seperti yang dihujahkan oleh Smail bahawa perspektif tidak ditentukan oleh keturunan atau asal usul pengkaji tetapi penulisan yang dititik beratkan adalah penulisan yang dapat diasingkan daripada unsur bias.[18] Hal ini demikian kerana penulisan yang dihasilkan itu bukan lah sejarah yang bersimpati kepada orang Asia Tenggara yang cuba untuk menutup segala kesalahan yang telah dilakukan oleh rakannya dan mendedahkan segala kesalahn yang telah dilakukan oleh pihak lawannya. Di sini telah menunjukkan perbezaan serta kelebihan tentang perspektif Asia Tenggara yang terletak pada sudut penglihatan sejarah yang telah memberi tempat utama kepada orang Asia Tenggara di atas pentas sejarah. Selain itu, terdapat juga perspektif dalaman yang bertujuan untuk orang tempatan dapat mengikuti urutan atau naratif sejarah yang menonjolkan kesinambungan masyarakat kini dengan masyarakat lampau melalui unsur-unsur keunikan dalam dinamik evolusi masyarakat Asia Tenggara.
            Golongan home scholar ini mampu menghasilkan sejarah di celah tanpa melakukan pengadilan moral. Hal ini demikian kerana, golongan ini dapat membuat penilaian secara objektif terhadap penulisan masing-masing. Kateria penilaian amat penting untuk menetukan cara pembinaan naratif sejarah seseorang pengkaji agar tidak bersifat emosi ataupun subjektif tetapi boleh mempertahankannya secara objektif.[19] Oleh itu, di sini timbul persoalan terhadap sejauhmanakah golongan home scholar ini mampu untuk mencapai pendirian berkecuali dan objektif dalam penulisan mereka?
SEJAUHMANAKAH KONSEP INI MAMPU MENINGKATKAN KEMAJUAN PENGAJIAN ASIA TENGGARA
            Konsep ini mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara adalah melalui mengwujudkan konsep atau teori baru dalam bidang sejarah. Sebagai contoh, paradigma sejarah autonomi membawa pendekatan yang lebih bersifat sosiologi kerana pendekatan ini lebih berfokuskan pada kajian susunan sosial dan amalan budaya yang dijadikan sebagai asas autonomi dan kesinambungan. Oleh itu, pengkaji telah memindahkan pandangnya daripada faktor luaran kepada faktor dalaman sesebuah masyarakat. Selain itu, para pengkaji juga telah menggunakan sumber-sumber tempatan dan konsep-konsep yang datang daripada bahasa dan budaya masyarakat tempatan. Hal ini telah dihuraikan oleh Craig Reynolds sebagai pendekatan kajian yang menekankan sifat khusus kebudayaan sesuatu masyarakat. Sejarah autonomi ini memberi kelebihan dalam karya sejarah dalam sejarah Asia Tenggara yang diilhamkan oleh paradigma sejarah berteraskan autonomi masyarakat tempatan. Selain itu, konsep autonomi ini menuntut dan mempercayai bahawa sifat autonomi ini bukan sahaja wujud dalam minda ahli sejarah malah dalam masyarakat tempatan juga. Konsep autonomi ini telah membawa maksud bahawa setiap masyarakat mempunyai ciri-ciri unik sosiobudayanya. Ciri-ciri ini merupakan asas ketabahan masyarakat melibatkan interaksi berterusan antara dinamik dalaman masyarakat dengan unsur-unsur luaran. Oleh itu, terdapat beberapa kemusykilan yang telah dibincangkan dalam paradigma ini antaranya ialah perubahan persepktif sejarah Asia Tenggara, pendekatan sejarah yang menekankan sudut pandangan dalaman dan paradigm kajian sejarah digunakan untuk mendukung, nilai-nilai sosial dan politik.[20]
            Disamping itu, merubah prespektif sejarah Asia Tenggara dengan menghasilkan semula sejarah Asia Tenggara yang baharu. Sarjana Bastin telah bersetuju dengan perubahan persektif Asia Tenggara ini kerana presektif lama itu lebih memperbesarkan kepentingan unsur-unsur barat berbanding masyarakat tempatan sehinggakan sejarah kolonial yang mendominasi sejarah Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana kuasa-kuasa kolonial Eropah sedang dalam proses pengunduran dari tanah jajahan di Asia Tenggara dan negara bangsa baru sedang dibentuk oleh itu gelombang nasionalisme ini masih lagi kuat dalam menghanyutkan masyarakat tempatan rantau ini. Selain itu, tulisan sejarah secara ilmiah dan iktisas ketika itu juga masih didominasi oleh pihak barat yang dilatih dalam kaedah kajian yang mengutamakan sumber rasmi dan bertulis daripada barat menyebabkan tulisan sejarah ini dikongkong oleh sejarah barat. Oleh itu, seruan awal untuk pembaharuan perspektif penulisan sejarah telah datang daripada sarjana asing seperti J. C van Leur, D. G. E. Hall dan K. G. Tregoning. Mereka telah mengatakan bahawa tulisan sejarah Asia Tenggara yang bersifat “Europe-centric” dan berspektif  “luaran” harus diganti dengan penulisan dari perspektif “dalaman” dan Asia-centric. Perubahan perspektif ini berterusan kerana mendapat penglibatan daripada generasi pertama ahli sejarah professional tempatan yang telah menerima pendidikan tinggi dan mula bertugas di universiti tempatan. Tregonning menyatakan bahawa perubahan perspektif ini kerana orang tempatan telah dipinggirkan dalam sejarah mereka sendiri dan ini bukan merupakan satu kesilapan yang kecil malah ia wajar dibetulkan dengan menjadikan orang Asia sebagai fokus utama dalam kajian bukannya orang barat.[21]











PENUTUP
            Kesimpulannya, sejarah di celah ini merupakan sejarah yang telah mendapat tekanan daripada sejarah nasionalisme yang menyebabkan sejarah itu menjadi sebuah sejarah yang terpinggir. Namun sejarah yang dikaji tanpa memusat pada bidang politik semata-mata sebaliknya dikaji secara menyeluruh mampu untuk meningkajatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara dengan memberi penekanan terhadap kajian tempatan dan sensitivity budaya seterusnya hak sejarah tempatan tidak akan dinafikan. Malahan pengkajian sejarah di lakukan dengan menggunakkan konsep sejarah di celah ini ia mampu untuk mempengaruhi sejarah nasional sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, masyarakat tempatan seharusnya tidak hanya menjadi pengikut orang barat semata-mata malah mereka seharusnya mengambil peluang ini untuk mencipta teori-teori baru dan menulis semula sejarah negara mereka mengikut acuan mereka sendiri dan tidak menjadikan negara sebagai makmal  untuk orang barat membuat uji kaji tentang teori yang baru mereka seperti teori Nasionalisme yang dianggap telah hadir dalam masyarkat tempatan tidak tepat masanya.
            Di samping itu, masyarakat tempatan hendaklah mengambil peluang ini untuk mengkaji dan menghasilkan penulisan sejarah berdasarkan kesusteraan dan bidang sains sosial agar sejarah yang ingin dihasilkan itu tidak terkongkong tetapi sejarah yang akan dihasilkan itu lebih bersifat meluas dari pelbagai aspek dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bidang semata-mata. Malah penulisan baru yang cuba dibawa oleh sarjana  tempatan ini mampu untuk memberi impak yang berkesan kepada para pembaca dan pelajar pada masa akan datang.[22]



[1] John D Legge, “Writing of Southeast Asian History”. Dalam: The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. Disunting oleh Nicholas Tarling (peny.). (Universiti Cambrige, 1992),  hlm. 5.
[2] Abu Talib, “Writing at the Interstices: Southeast Asian Historian and Post-national History in Southeast Asian.”. Dalam: New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura,  2003),  hlm. 5.
[3] Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia,  2000), hlm. 15.

[4] Abu Talib,  New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura,  2003), hlm. 4.
[5] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura,  2003), hlm. 11.
[6] Abu Talib,  New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003),  hlm. 23.
[7]O. W. Wolters, History, Culture, And Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia Program Cornell University Ithaca, 1999),  hlm. 108.
[8] Abu Talib,  New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003),  hlm. 10.
[9] Abu Talib,  New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 15.
[10] Abu Talib,  New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 12.
[11] John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992),  hlm. 40.
[12] John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992),  hlm. 41.
[13] Abu Talib,  New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003),  hlm. 13.
[14] O. W. Wolters, History, Culture, And Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia Program Cornell University Ithaca, 1999),  hlm. 108.
[15] John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992),  hlm. 8.
[16] John D Legge,: The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992),  hlm. 9.
[17] Abu Talib,  New Terrains in Southeast Asian History. ( Universiti Singapura, 2003),  hlm. 14.
[18] Abu Talib,  New Terrains in Southeast Asian History. ( Universiti Singapura, 2003),  hlm. 16.
[19] Mahani Musa,  Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000), hlm. 5.
[20] Mahani Musa,  Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000), hlm. 9.
[21] Mahani Musa,  Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000), hlm. 4.
[22] Mahani Musa,  Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000), hlm. 17.

Ulasan

Catatan Popular