proses fonologi
Kuliah 2
Proses Fonologi:
* Perubahan
bunyi hasil daripada pergabungan morfem dalam membentuk perkataan ataupun ayat
– i.e. morfem bersebelahan dalam kata, lingkungan awal kata, atau lingkungan
akhir kata (sempadan di antara kata).
* Jenis
proses fonologi:
-Asimilasi
-Proses struktur
suku kata (pengguguran, penyisipan,
peleburan, perubahan kelas utama dan metatesis)
-Perlemahan dan
penguatan (sinkope dan apokope, reduksi
vokal, pendiftongan, peralihan vokal)
-Peneutralan (peneutralan konsonan, peneutralan vokal)
Asimilasi:
Ialah proses
sesuatu penggalan itu mengambil fitur daripada penggalan yang bersebelahan
dengannya (titik artikulasi yang sama).
Konsonan
mengambil fitur daripada vokal.
Vokal mengambil fitur konsonan
Konsonan
mempengaruhi konsonan lain
Vokal
mempengaruhi vokal lain
a.
Konsonan Berasimilasi dengan Fitur vokal
·
Proses
umum asimilasi bentuk ini boleh dilihat ialah proses pempalatalan dan pelabiala.
·
Pemplatalan: kedudukan
lidah bagI vokal depan itu ditindankan ke atas konsonan disebelahnya. Cth dalam
bahasa Rusia: sesetengah konsonan dipalatalkan apabila ia mendahului vokal
depan.
vku@s rasa vkusyen berasa
da@r hadiah daryit memberi
do@@m rumah domyisko pondok
bo@mba bom bombyit mengebom
·
Pelabialan: kedudukan
bibir bagi vokal bundar itu menyebabkan berlakunya artikulasi skunder pada
konsonan. Cth. dalam bahasa Nupe, bahasa Afrika Barat (konsonan
dipalatalkan sebelum vokal depan
dan labial sebelum vokal bundar).
egyi kanak-kanak egwu lumpur
egye bir egwo rumpur
ega orang
asing
·
Dalam
bahasa Inggeris, Kewujudan kelaianan yang terdapat dalam ‘electric’, ‘electricity’, dan ‘analogous’,
‘analogy’ mencerminkan satu
pemplatalan sejarah diikuti oleh satu peralihan pada titik artikulasi.
b.
Vokal Berasimilasi dengan Fitur Konsonan
·
Fitur
kosonan ditindankan ke atas vokal. Modifikasi pada vokal itu bersifat alofon.
Cth. dalam bahasa Inggeris:
see [si)y] seen [si)yn],
cat [kQt] can’t [kQnt]
·
Dalam
bahasa Chatino, di Mexico: vokal tanpa tekanan menjadi tak bersuara di antara
konsonan tak bersuara.
tiye@/ limau nipis tihi@ keras
kino@ sandal kisu@ avakado
suwi@ cuci su/wa@ anda hantar
ki/ api kita@ anda akan hantar
c.
Konsonan Berasimilasi dengan Fitur Kosonan
·
Rangkap
konsonan bersesuaian dari segi penyuaraan spt dalam bahasa Inggeris: akhiran
kata jamak, kata ganti orang ketiga tunggal dan kala lampau (tenses) – Cth. s
dan t selepas kosonan tak bersuara, z dan d selepas kosonan bersuara.
kÃps cups kÃbz cubs
pQts pats pQdz pads
bQkt backed bQgd bagged
·
kosonan sengau/nasal berhomorgan dengan konsonan
berikutnya (berada pada titik artikulasi yang sama). Cth. bahasa Yoruba, di
Afrika Barat:
ba bersembunyi
mba sedang
bersembunyi
f pecah
mf sedang
memecah
tE sebar
ntE sedang
meyebar
sun tidur
nsun sedang tidur
l pergi
nl sedang
menuju
k tulis
Nk sedang
menulis
gun panjat
Ngun sedang
memanjat
wa datang
Nwa sedang
menuju
·
Dalam
bahasa Inggeris, awalan negetif ‘in-‘ berhomorgan dengan hentian berikutnya:
cth. inadvisable, tetapi impossible,
imbalance, intolerance, indecisive, iNcoherent.
·
Begitu
juga dalam bahasa Melayu:
tambaN [tambaN]
t«ndaN [t«ndaN]
soNsaN [soNsaN]
tandZuN [taødZoN]
p«N + baca [p«mbatSa]
p«N + doNak [p«ndoNa/]
p«N + garu [p«Ngaru]
p«N + potoN [p«motoN]
p«N + tanda [p«nand«]
p«N + karaN [p«NaraN]
d.
Vokal Berasimilasi dengan Fitur Vokal
·
Vokal
daripada satu suku kata boleh menjadi hampir samadengan vokal suku kata yang
lain (hormoni vokal). Cth. Bahasa Turki: vokal tinggi dalam imbuhan akhiran
bersesuaian dari segi belakang dan bundar dengan vokal kata akar/dasar.
ev rumah
evim rumah saya
go_nu_l hati
go_nu_lu_m hati
saya
go_z mata
go_zu_m mata saya
bas& kepala
bas&im kepala saya
gul ros
gulum ros saya
kol lengan
kolum lengan saya
·
Dalam
bahasa Jerman: vokal belakang didepankan sebelum akhiran tertentu yg mengandung
vokal depan tinggi; ini dikenali sebagai umlaut.
ya_r tahun
yQ_rliC tahunan
s_tund« jam
s_tu_ndliC setiap
jam
gu_t bagus
gu_tiC baik hati
no_t perlu
no_tiC mustahak
got tuhan
go_tin dewi
hunt anjing
hu_ndin anjing betina
Proses Struktur Suku Kata
·
Konsonan
dan vokal boleh digugurkan atau disisipkan.
·
Dua
penggalan boleh dipadukan menjadi satu penggalan.
·
Sesuatu
penggalan boleh menjalani perubahan fitur kelas utama, cth. vokal menjadi
geluncuran.
·
Dua
penggalan boleh saling bertukar. Salah satu daripada proses ini boleh
menyebabkan berlakunya perubahan pada struktur suku kata.
Pengguguran konsonan (deletion)
·
Dalam
bahasa Perancis, perkataan yang berakhir dengan konsonan digugurkan jika
perkataan berikutnya bermula dengan konsonan. Cth.
p«tit
ami kawasan kecil
p«ti gars$ budak lelaki kecil
groz ami kawasan
besar
gro gars& budak lelaki besar
trop etrwa terlalu
sempit
tro larz&« terlalu
luas
trEz etrwa sangat sempit
trE larz&« sangat
luas
·
Dalam bahasa Melayu: konsonan r di akhir kata (kata
dasar), r pada akhir morfem terikat (awalan) + (kata dasar) berawalan konsonan,
r di akhir (kata dasar) + morfem terikat (akhiran) berawalan konsonan,
dalam penggandaan dan ayat akan
digugurkan. Cth.:
Morfem bebas:
tukar tuka:
sukar suka:
lakar laka:
Awalan (berakhiran r) + kata dasar (berawalan
konsonan):
t«r + tare/ t«:tare/
p«r + mudah p«:mudah
Kata dasar (diakhiri r) + akhiran (berawalan konsonan):
tukar + kan tuka:kan
lakar + kan laka:kan
Penggandaan
k«dZar-m«N + k«dZar k«dZa:m«N«dZa:
b«r + tukar-tukar b«:tuka:tuka:
Ayat:
Bakar anak
murid yang pintar dalam sekolah saya.
baka:ana/muredjaNpinta:dalams«kolahsaj«.
Pengguguran Vokal
Dalam bahasa
Perancis, vokal dalam artikel pasti le atau la digugurkan apabila
kata berikutnya bermula dengan vokal. Ini bermakna dalam bahasa Perancis dua
vokal hadir bergandingan tidak dibenarkan. Cth:
l« gars& budak
lelaki itu
l ami kawasan itu (maskulin)
la fij« budak perempuan l
ami kawasan itu (feminin)
Begitu juga
dalam bahasa Inggeris, vokal pada akhir kata digugurkan sebelum sesuatu akhiran
yang berawalan vokal. Cth:
Malaysia + an Malaysian
Mexico + an Mexican
cello + ist cellist
Penyisipan
Konsonan (Epenthesis/Insertion)
Dalam bahasa
Hanunoo di Filipina, konsonan h disisipkan untuk memisahkan rangkap
vokal. Ini berlaku apabila kata dasar itu diimbuhkan dengan vokal i.
Cth:
/upat empat /upati jadikan empat
/unum enam /unumi jadikan enam
/usa satu /usahi jadikan satu
tulu tiga tuluhi jadikan tiga
Ada pendapat
mengatakan bahawa akhiran di atas bukannya imbuhan i sebaliknya adalah
imbuhan hi. h digugurkan sekiranya kata akar itu berakhir dengan
konsonan.
Penyisipan Vokal
Perkataan bahasa
Latin tidak boleh berakhir dengan rangkap konsonan likuida. Dalam kes ini,
vokal e disisipkan untuk memisahkan rangkap tersebut. Cth:
patris bapa (genitif)
pater bapa
(nominatif)
agri padang
(genitif)
ager padang
(nominatif)
libri buku (genitif)
liber buku
(nominatif)
Peleburan Konsonan
Dua konsonan
yang bersebelahan digantikan oleh satu konsonan yang memiliki fitur daripada
kedua-dua konsonan yang asal (asimilasi). Dalam bahasa Korea, apabila bunyi
bukan malaran dan h berada bersebelahan, kedua-duanya akan digantikan
dengan bunyi malaran yang beraspirasi.
nak
gugur + hwa bunga ® nakhwa bunga
berguguran
kup bengkok + hita ® kuphita membengkok
c&oh baik + ko ® c&okho baik
&
mengeluarkan telur.
Peleburan Vokal
ai dan au dalam bahasa Latin masing menjadi e dan o
dalam bahasa Roman. Cth:
Bahasa Latin bahasa
Sepanyol
aidifi@kium edifi@sio bangunan
aikwa@lem egua@l rata
ka@usa ko@sa benda
pa@upere po@bre miskin
Ulasan
Catat Ulasan