soalan exam sintaksis bahasa melayu



-





UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Peperiksaan Semester Pertama
Sidang Akademik 2014 /2015

Disember 2014/ Januari  2015

HMT 311 – SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Masa: 2 jam






Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi LIMA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

ARAHAN KEPADA CALON:

1.    Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2.    Jawab SEMUA soalan Bahagian A dan DUA soalan daripada Bahagian B.

3.    Tulis nombor soalan di bahagian atas setiap helaian.

4.    Mulakan menjawab soalan pada helaian baru.

PERHATIAN: Anda tidak dibenarkan menggunakan ayat-ayat dalam petikan atau data yang diberi sebagai jawapan kepada soalan yang mengkehendaki anda membina ayat sendiri.



…2/-


[HMT 311]

- 2 –
Bahagian A: Soalan WAJIB dijawab.

1.    Dengan merujuk kepada DATA A, jawab [a] hingga [h].


              DATA A
P1       Setiap rakyat Malaysia telah merakamkan kesedihan dengan tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
P2       Kami merasakan bahawa masanya telah tiba untuk kerajaan Malaysia meneliti permasalahan yang menimpa MAS
 mutakhir ini.


[a]        Senaraikan EMPAT kata kerja aktif transitif  yang terdapat dalam  P1 dan P2.
[4 markah]
[b]        Bagi SETIAP kata kerja dalam jawapan [a], tuliskan rumus FKnya.
[9 markah]
[c]        Bagi SETIAP kata kerja dalam jawapan [a], berikan bingkai struktur argumennya.
[12 markah]
[d]        Berikan EMPAT konstituen yang berfungsi sebagai objek.
[8 markah]
[e]        Berikan SATU FNkompleks yang berfungsi sebagai objek.
[2 markah]
[f]         Nyatakan fungsi tatabahasa bagi unsur yang bergaris.
[2 markah]
[g]        Berikan EMPAT ayat simpleks yang boleh anda rungkai daripada P1 dan P2.
[8 markah]
[h]        Berdasarkan skema X-berpalang, bina rajah pohon bagi merepresentasikan ayat berikut:
  Kami merasakan bahawa masanya telah tiba.
[5 markah]

…3/-
[HMT 311]

- 3 -

Bahagian B: Jawab mana-mana DUA  soalan.

2.        Dengan merujuk kepada DATA B,  jawab [a] dan [b].   

                                   
. DATA B
P1       Khalid membangkitkan isu pakaian menutup aurat bagi pramugari di dalam pesawat MAS ketika beliau membahaskan Bajet 2015 Peringkat Kementerian Pengangkutan.

P2       Timbalan Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa
harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah harga yang
 termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam pesawat MAS termasuk arak.



[a]        Dengan menggunakan konsep-konsep sintaksis yang tertentu, cerakin ayat dalam P1 dan P2 kepada bahagian-bahagiannya sebagai bukti yang kedua-dua ayat tersebut  merupakan ayat kompleks.
[10 markah]

[b]        Berdasarkan skema X-berpalang, bina rajah pohon bagi merepresentasikan konstituen  berikut:
[i]         ketika beliau membahaskan Bajet 2015 Peringkat Kementerian Pengangkutan
[ii]        isu pakaian menutup aurat
[15 markah]

                                                                                                           
                       





…4/-

[HMT 311]

- 4 -

3.         Jawab  [a] hingga [c].

[a]        Bagi setiap rumus  FK di bawah, bina SATU ayat bahasa Melayu yang menepati spesifikasi yang dikehendaki.
            [i]         FKà Kpasif diri kedua  (FP)
            [ii]        FKà Ktak transitif berkomplemen FADJ    (FKOMP)
            [iii]       FKà Kekatransitif    FNkompleks    (FADV)
[iv]       FKà Kmonotransitif    FN    (FADV)

        [8 markah]
[b]        Pada ayat yang anda bina dalam [a], labelkan bahagian-bahagian ayat tersebut dengan  kategori sintaksis yang betul (seperti yang terdapat dalam rumus yang diberi). Gunakan kurungan siku atau kaedah lain yang sesuai  untuk tujuan pelabelan ini.
        [11 markah]
[c]        Bincangkan perbezaan struktur ayat [ii] dan [iv].
        [6 markah]







   …5/-
[HMT 311]

- 5 -


4.         Jawab  [a] dan  [b].

[a]        Salin semula Jadual 1 dan lengkapkan  dengan maklumat yang diminta.
            JADUAL 1
Kolum 1
Rumus binaan ayat
Kolum 2
Bagi setiap rumus dalam Kolum 1, bina SATU ayat yang gramatis dalam konteks tatabahasa preskriptif (Nik Safiah Karim et al. (2010).
Kolum 3
Bagi setiap rumus dalam Kolum 1, bina SATU ayat yang diterima dalam konteks tatabahasa deskriptif
[i]FKà Kkopula adalah



           
[ii]FKà Kkopula ialah 



       [12markah]

[b]        Berdasarkan jawapan anda dalam [a], huraikan penggunaan ialah dan adalah  dalam konteks tatabahasa preskriptif seperti yang ditetapkan dalam Nik Safiah Karim et al. (2010).
                                                                                                                               [13 markah]

                                                                                                        


                                                                        -oooOooo-

        …6/-
                                                           

































































           
















Ulasan

Catatan Popular