IDEOLOGI NEGARA MEIJI.





IDEOLOGI NEGARA MEIJI BRKEMBANG MENGIKUT POLA YANG DITENTUKAN OLEH CENDIKIAWAN SERTA PEMIKIR SELAIN BIROKRAT KERAJAAN. DALAM BIDANG SEJARAH PENGARUH KERAJAAN SANGAT KETARA SEKALI”. (Marius Jansen) BINCANGKAN.



1.ISI KANDUNGAN.

1.0 PENGENALAN.


2.0 IDEOLOGI PEMBENTUKKAN NEGARA NEGARA MEIJI.

2.1 IDEOLOGI “BUMMEI KAIKA” (KETAMADUNAN DAN PENCERAHAN).

2.2 IDEOLOGI “FUKOKU KYOHEI” (KEKAYAAN NEGARA),
(KEKUATAN TENTERA).

2.3 IDEOLOGI “RISHIN SHUSSE” ( MENCAPAI KEJAYAAN).


3.0 PERANAN CENDIKIAWAN, PEMIKIR DAN BIROKRAT KERAJAAN DALAM             PERKEMBANGAN NEGARA MEIJI.

POLITIK.

3.1 KETENTERAAN.

3.2 SISTEM PENTADBIRAN DAN PERLEMBAGAAN 1889.

SOSIAL.

3.3 PENDIDIKAN.

EKONOMI.

3.4 PERTANIAN.

3.5 PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN.


4.0 PENGARUH KERAJAAN DALAM BIDANG SEJARAH.

4.1 PENUBUHAN BIRO SEJARAH.

4.2 JABATAN SEJARAH JEPUN.


5.0 PENUTUP.


LAMPIRAN.

1.0 Pengenalan.

     Thongchai Winichakul merupakan sejarawan yang berasal Bangkok, Thailand. Beliau merupakan seorang yang berketurunan Sino Thai. Beliau telah menamatkan pembelajaran sarjana muda dalam bidang Seni di Thammasat University pada 1981. Kemudiannya beliau melanjutkan pembelajarannya di Sydney pada 1984 sehingga 1988.Selepas itu, beliau kembali ke Bangkok mengajar di Universiti Thammasat sehingga 1991. Beliau kemudiannya dilantik penolong profesor di University of Wisconsin. Beliau telah tinggal di Madison, dinaikkan pangkat Profesor Madya pada tahun 1995, dan profesor penuh pada tahun 2001 sebagai Professor dalam Fakulti Sejarah di USA. Beliau merupakan seorang perintis idea baru dalam memperkenalkan kaedah penulisan sejarah iaitu konsep “sejarah di celah” khususnya di Asia Tenggara.

     Hal ini berlaku kerana sejarah nasional di Asia Tenggara hanya memfokuskan sumbangan daripada aspek politik dalam proses pembinaan dan kemajuan sesebuah negara itu. Sumbangan politik yang sering ditonjolkan dalam penulisan sejarah nasional adalah seperti pengasas negeri-negeri, kebangkitan nasionalisme, pembinaan sistem politik, konflik dan rebutan kuasa serta kedudukan dan pemerintahan raja. Sebagai contoh, di negara Thailand yang mana kedudukan Raja Cholang longkun telah diangkat tinggi dan diagung-agungkan oleh sejarah nasional yang berpendapat bahawa Raja Cholang longkun ini telah banyak berjasa dalam perkembangan di Thailand. Walhal banyak lagi perkara sebenar yang tersembunyi dan tidak dikaji oleh para sejarawan.


     Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai konsep “sejarah di celah” sepertimana diperjelaskan oleh Tongchai Winnichakul dalam peranannya yang menyumbang kearah kemajuan penulisan sejarah di Asia Tenggara

2.0 Konsep “Sejarah Di Celah”.
2.1 Takrifan Konsep.
     Sejarah di celah merupakan sejarah yang tidak tercatat dalam sejarah nasional atau sejarah yang terpinggir daripada naratif sejarah nasional. Hal ini demikian kerana sejarah di celah ini merupakan sejarah yang berkaitan dengan kelompok minoriti di sesebuah negara yang mana kewujudan mereka tidak mendapat perhatian daripada kelompok majoriti yang menyebabkan sejarah mereka tidak mendapat perhatian dalam penulisan sejarah nasional. Menurut Abu Talib Ahmad, konsep ini bermaksud “the history of the locations and moments between being and not being a nation, becoming and not becoming nation”.[1] Konsep ini merupakan satu kaedah baru dimana ia menggantikan sejarah kebangsaan. Tongchai juga menyuarakan bahawa Asia Tenggara perlulah menghasilkan teori yang boleh diikuti masyarakat tempatan kerana terdapat perbezaan yang besar dengan konsep dan budaya antara Asia Tenggara dan barat. “aimed at the social science Research Council, has been that “the trump card” of regional studies their detailed liguistic and cultural knowledge of specific regions and peoples”.[2] Thongchai juga mahu ahli sejarah membiasakan diri untuk menggunakan konsep budaya tempatan dan konsep sains sosial dalam melakukan kajian mereka.



     “... Interface with local understanding is extremely important and must me studied”.[3] Petikan ini jelas sekali menjelaskan bahawa pentingnya memahamai dan menguasai kawasan yang hendak dikaji bagi mengelakkan masalah berat sebelah dalam sesebuah sejarah.

2.2. Sejarah Margin.

     Sejarah margin atau lebih dikenali sebagai sejarah yang terpinggir atau disebalik tadbir atau sejarah yang digelapkan oleh sejarah nasional. Pelbagai istilah yang boleh digunakan untuk mengambarkan sejarah margin ini. Sejarah margin ini diklasifikasi terbahagi kepada dua jenis pengkajian iaitu sejarah tempatan (local history) dan sejarah nasional (national history). “... rediscovers a local suppressed or bypassed by the national narrative”.[4] Sejarah margin ini bertujuan untuk mengkaji bahagian sejarah yang tidak dikaji oleh para sarjana. Hal ini kerana kebanyakkan kajian sejarah hanyalah tertumpu kepada sejarah nasional dan selalunya sejarah tempatan tidak diambil kira sebagai sesuatu yang penting.



2.2.1 Sejarah Tempatan.

      Local histories,instead of being regarded as alternative are accomodated and intergrated into national history”.[5] Sejarah tempatan merupakan sejarah yang terpinggir dan tidak dianggap penting sebagai alternatif ditempatkan dan disepadukan ke dalam sejarah negara. “we should explore all the extremities where the domain of national history ends and another history begins”.[6] Pengkajian sejarah lebih teliti merangkumi isu budaya, agama, geografi dan lain-lain faktor dimana sejarah itu berlaku. Melalui kaedah ini, kekurangan sejarah nasional dapat dilihat dengan jelas. Menurut Thongchai, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh mencabar andaian mengenai intipati dengan mengubah cara kita berfikir tentang naratif kebangsaan.

2.2.2 Sejarah Nasional.

     “.... How nation came into being through the political, economic process of nation building, or by assuming the essence of a nation, such as core culture or by identification with a race, homeland and so on”.[7] Sejarah nasional kebiasaannya menceritakan tentang proses pembinaan sesebuah negara itu yang berfaktakan aspek politik, ekonomi, dan andaian intipati sesebuah negara seperti teras budaya, bangsa, tanah air dan sebagainya. “Nationhood is always identified by a number of authentic essences, be it the genuine culture, superior race, royal power or ancentry linked to a normative history”.[8] Intipati kenegaraan itu sendiri kebiasaanya berkait rapat dengan keaslian budaya, keunggulan bangsa, kuasa diraja ataupun jurai keturunan dalam sejarah normatif. Kebiasaanya, penulisan sejarah nasional adalah berdasarkan logik dan sudah ditakdirkan ataupun dirancang. “Most national histories are telelogical narratives,stories or preordained destinations”.[9] Oleh itu, banyak peristiwa sejarah tempatan yang penting telah digelapkan walhal ia juga memainkan peranan penting dalam proses berlakunya sejarah itu sendiri.

2.3  Sejarah Penyetempatan.

     Sejarah penyetempatan merupakan satu konsep dimana ia menempatkan sesuatu perkara yang bukan pada kedudukannya. Contohnya, kebanyakkan para sarjana Barat yang membuat kajian mengenai sejarah di Asia Tenggara dimana mereka mentafsir sejarah tempatan sesuka hati walhal mereka tidak mengetahui apakah maksud sebenar yang disebaliknya. “Globalization cannot avoid translation, which involves the appropriation and interpretation of the globalizing language in order to be intelligible in local contex”.[10] Sejarah di Asia Tenggara banyak kearah indianisasi sehingga terdapat para sarjana awal yang mengkaji sejarah di Asia Tenggara ini beranggapan bahawa Asia Tenggara pernah dijajah oleh India “Some earlier historian thought that Southeast Asia was clonized by an imperial power from India”.[11] Berbanding dengan para sejarawan tempatan dimana mereka lebih mengetahui isi sesuatu budaya dan tindakan masyarakat yang dikaji.

     “... the limit of globalization are reached at those site where the global and the local collide and where they produce affect, whether as synthesis, modification, displacement, or in some form”.[12] Sejarah penyetempatan berhubung kait dengan globalisasi dimana ia menjadi terhad apabila wujudnya pertembungan budaya dan menghasilkan kesan sama ada sebagai sintesis, pengubahsuaian, anjakan, atau dalam bentuk tertentu. Menurut Homi Bhaba, keadaan ini membawa kepada gelombang perubahan apabila pertembungan budaya dan penyetempatan berlaku seterusnya penghasilan budaya akan berlaku melalui penterjemahan dan pengagihan yang melibatkan penghibridan dari saluran dan sumber “.. Global-local are inseparable parts of the same process...”.[13]

     Kebanyakkan hasil penulisan sejarah yang dikaji oleh para sarjana barat adalah bersifat berat sebelah ataupun global sentrik. Kepentingan dalam proses penyetempatan telah diabaikan oleh sejarah nasional dan kajian global dimana ia memainkan peranan penting dalam penyampaian sejarah itu secara menyeluruh. Para sarjana barat hanya mentafsir sejarah tempatan yang dikajinya berdasakan teori-teori mereka dimana ia memandang rendah budaya masyarakat tempatan kawasan yang dikaji dan dianggap kolot. Menurut Thongchai, “ ... Global knowledge has its limits and wherever one reaches those limit,local or area knowledge becomes necessary”.[14] Hal ini menunjukkan bahawa kajian global mempunyai had-had tersendiri dimana sesudahnya ia mencapai tahapnya, pengetahuan mengenai tempat ataupun kawasan yang dikaji amatlah diperlukan. Oleh itu, O.W Wolter mnyifatkan Thongchai sebagai titik perubahan dalam pengkajian sejarah di Asia Tenggara dimana ia “ ... making the essential point that global forces are not irresistible and that their interface with local understanding is extremely important and must be studied”.[15]

2.4  Sejarah Tanah Air dan Sejarah Pascanasional.

     Kebelakangan ini sejarah tanah air dan sejarah pascanasional mendapat banyak perhatian dan tumpuan dalam kalangan para sarjana tempatan dimana selama ini sejarah tanah air dan sejarah pascanasional ini didominasi oleh kalangan para sarjana dari barat. Perkara ini adalah disebabkan beberapa faktor yang mana ia menaikkan lagi semangat dan minat dalam kalangan para sarjana tempatan bagi merungkai isi yang terdapat dalam sejarah tanah air dan sejarah pascanasional. Antara faktor yang menaikkan lagi semangat dalam kalangan para sarjana tempatan adalah kritikan daripada orientalis barat terhadap sejarah di Asia Tenggara. “The call for the scolars of the home is a result of an anticolonial and imperialist conscience that hopes to correct situation”.[16] Galakan sarjana tempatan dalam penulisan sejarah di Asia Tenggara adalah disebabkan wujudnya perasaan anti kolonial dan anti imperialisma bagi memperbetulkan keadaan.

     Selain itu, kekukuhan ekonomi di rantau Asia Tenggara juga merupakan faktor yang menggalakkan lagi semangat ataupun maruah serta keyakinan para sarjana tempatan di rantau ini. Keyakinan dalam kalangan para sarjana tempatan bertambah dengan adanya badan Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP) serta ASEAN untuk menjadi salah satu badan besar dan menyegarkan kembali sarjana tempatan dalam jangka masa panjang.

     Menurut Wolter, “Cites intellectual reasons for Southeast Asian hisrtory to be written by Southeast Asians, argruing taht there is a peciliar historical consciousness in the region such that its people would write history in their own way”.[17] Pengkaji dan para sarjana tempatan haruslah dihasilkan melalui cara dan kaedah yang tersendiri. Konsep dari barat hanyalah mencemarkan lagi pengetahuan asli tulen. “...Western concepts are pinpointed as the agents of contamination to what would otherwise be genuine indigenous knowledge”.[18] Hal ini kerana konsep serta pandangan daripada barat adalah jelas sekali tidak bersesuaian dengan masyarakat tempatan di Asia Tenggara. Sebagai contoh sepertimana yang berlaku di Thailand, idea daripada barat tidak bersesuaian dengan masyarakat Thailand dan para intelek Thailand. Hal ini telah berlansung di Thailand dalam jangka masa yang panjang. “Sometimes a history by the home historian is,ipso facto, taken to be an antidote to Orientalism”.[19] Menurut Ileto, kadangkala sejarah tanah air ini dijadikan penawar bagi pihak orientalis ataupun “ipso facto” dalam kritikannya keatas sarjana barat di sejarah Philiphina.


3.0 Siapakah yang sepatutnya menulis “sejarah di celah”?

     Menurut Abu Talib Ahmad, “…two underlying assumptions that usually lend authority to the home scholar: first, faith in the higher value of being a native scholar, and second the allegedly pristine nature of indigenous knowledge”.[20] Perkara ini menjelaskan bahawa “home scolar” merupakan individu yang paling layak menulis sejarah di celah dimana mereka memiliki pengetahuan asli seperti pengetahuan sedia ada tempatan dan mempunyai kelebihan semula jadi. Persoalan ini juga turut dipersoalkan oleh Tongchai iaitu “We simply cannot measure the level or the quality of being by any rational means”.[21] Tongchai menerangkan bahawa pengetahuan asli dan kelebihan semulajadi dalam kalangan sarjana tempatan tidak boleh diukur kerana ia merupakan sesuatu yang sedia ada.



     Home scolar” merupakan orang yang layak mengkaji sejarah tempatan kerana memahami sensitiviti budaya dan memiliki kemahiran tempatan. Sarjana tempatan yang  lebih memahami budaya, bahasa, dan pakar dalam mengkaji sesuatu budaya tempatan di Asia Tenggara. Hal demikian dapat dilihat dalam kenyataan seperti “an assumption that a native scholar has an innate edge, is a politically correct authority, or enjoys a natural privilege in studying his or her own culture and history, in contrast to a foreigner, is nonsense”.[22]

     A home scholar may have some advantages in his or her intimacy with the local language. but this is intrinsic nor given…On the contrary, the belief in such an intrinsic quality is a delusion that could lead to native blindness”.[23]Home scolar” juga lebih layak untuk menulis “sejarah di celah” kerana persepsi sentrik yang berbeza dengan sejarawan barat dari segi persepsi kepekaan bahasa dan sensitiviti budaya. Sarjana barat tidak mempunyai pengetahuan asli dimana mereka “native blindness” dalam budaya dan adat masyarakat tempatan di Asia Tenggara.

 Their homegrown knowledge creates a particular market or audience that has not faced serious critical challenges”.[24] Sarjana barat merupakan orang yang paling layak menulis sejarah di tanah air mereka sendiri dimana mereka mampu menghasilkan sebuah sejarah yang berkualiti secara terperinci berbanding sarjana barat yang boleh dikatakan sambil lewa dengan menganggap sesebuah peristiwa itu tidak penting.





4.0 Kelemahan sejarah Nasional.

     Konsep yang diperkenalkan oleh Tongchai ini adalah untuk memperbetulkan kembali keadaan sejarah nasional khususnya di rantau Asia Tenggara dimana ia hanya melibatkan golongan yang menang. Manakala golongan yang kalah ataupun terpinggir tidak dapat perhatian. “We may think of a history of a nation's people from the margins, how ethnic religious minorities are positioned with the construction of citizenship, of discrimination, exclusion, and suppression of various kinds of minorities”.[25] Penyataan ini telah menunjukkan keadaan golongan minoriti yang sering dipinggir.

     Kebanyakkan sejarah negara adalah merupakan kisah teleologikal dan cerita destinasi yang telah ditakdirkan oleh pihak tertentu dimana ia mementingkan sesebuah pihak sedangkan peristiwa yang sebenar-benarnya tidak didedahkan. Hal ini kerana kebanyakkan sejarah di Asia Tenggara ditulis oleh bukan dalam kalangan sarjana tempatan. “The home scholars generally have better opportunities to hone their senstivities to detect the process, moments, and location of cultural ecounters...”.[26] Para sarjana tempatan lebih mengetahui dan mempunyai kelebihan dalarm memahami situasi dalam masyarakat mereka berbanding para sarjana barat yang hanya menilai melalui pandang global dan bersifat eurosentrik.



5.0 Sejauh manakah konsep “Sejarah Di Celah” mampu meningkatkan kemajuan pengajian sejarah di Asia Tenggara?.

     “ ... also able to break up the false desicion of academic labor”.[27] Dengan terciptanya teori baru oleh Tongchai, pandangan dan konsep sejarah yang terdapat di  Asia Tenggara dapat diperbetulkan kerana selama ini sejarah ditulis oleh golongan sarjana barat yang menulis mengikut teori dan kaedah mereka semata-mata. Banyak peristiwa sejarah lain yang turut memainkan peranan dalam sejarah tempatan itu sendiri. Perkara ini disebabkan sarjana tempatan lebih mengetahui dan memahami mengenai perspektif masyarakat tempatan dengan mempunyai kelebihan “indigenous knowledge” iaitu pengtahuan asli.


     Seterusnya, konsep sejarah di celah ini dapat meletakkan sejarah tempatan atau sejarah yang terpinggir sebagai sejarah yang penting. “... cultivate suffient depth of regional knowledge to be qualified and anxious to play more than amarginal role in a centre affairs”.[28] Konsep ini menekankan kepentingan sejarah yang terpinggir daripada naratif kebangsaan sebagai sesuatu yang penting dan perlu diambil kira dan perlulah diusahakan kembali serta dikembangkan sebagai sebuah sejarah yang penting dalam tanah air di rantau Asia Tenggara ini.




     Tambahan pula, sejarah di celah ini juga mampu meningkatkan pengkajian sejarah di Asia Tenggara dalam kalangan sarjana tempatan. “They could be confident and ambitious enough to make theoretical contribute as well”.[29] Keyakinan dalam kalangan para sarjana tempatan serta kebolehan yang dimiliki oleh mereka mampu meningkatkan pengkajian sejarah di Asia Tenggara. “ ... expertise in local matters with particular language and cultural sensitivity,into advantages for theorization” .[30] Perkara ini adalah disebabkan mereka mempunyai kelebihan dalam memahami bahasa dan budaya masyarakat tempatan sendiri.












6.0  Kesimpulan.

     Teori baru yang dipeerkenalkan oleh Tongchai Winichakul ini amatlah memberi kesan serta impak yang mendalam dalam kalangan para sarjana tempatan diaman ia memberi sinar baru dalam pengkajian sejarah di Asia Tenggara ini. Selama ini para sarjana tempatan hanyalah bergantung kepada teori-teori yang dibawa oleh kalangan para sarjana barat kerana tiada penciptaan teori baru dalam kalangan para sarjana tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa konsep ini memang mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara dengan kemunculan satu konsep yang baru. Konsep ini telah memberikan satu gambaran dan pandangan yang baru terhadap dunia pengajian Asia Tenggara dan dengan konsep ‘sejarah di celah’ inilah yang dapat mewujudkan satu konsep yang dihasilkan mengikut acuan sendiri bukanlah hanya menjadi pengikut kepada teori barat sahaja. Dengan terciptanya teori oleh Tongchai Winichakul ini, secara tidak langsung ia memberi suntikan semangat dalam kalangan sarjana tempatan untuk mengkaji dan mendalam serta mencipta teori-teori lain dimana ia dapat meningkatan lagi kemajuan pengkajian sejarah di Asia Tenggara.







BIBLIOGRAFI.

Abu Talib. 2005. Tamadun Jepun. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Chitoshi Yanaga. 1966. Japan Since Perry. McGraw-Hill Book Company, Inc. USA.

Conrad Schirokauer. 1993. A Brief History of Japanese Civilization. Harcourt Brace &       Company.

H. D. Harootunian. 1970. Toward Restoration: The Growth of Political Consciousness in   Tokugawa Japan.University of California Press, Berkeley Los Angeles London.

Johannes Hirschmeier. 1968. The Origins of Entrepreneurship in Meiji Japan. Great            Britain by Oxford University Press, London. USA.


John Whitney Hall. 1968. Japan From Prehistory to Modern Times. Lowe & Brydone       (Printer) Ltd., London.

Marius B. Jansen. 1961. Sakamoto Ryoma and The Meiji Restoration. Princeton     University Press, Princeton, New Jersey.

Marius B. Jansen. The Making of Modern Japan. The Belknap Press of Harvard     University Press, Cambridge, Massachusetts London, England.


Mark Ravina. 2004. The Last Samurai: the Life and Battles of Saigo Takamori. John           wiley & Sons Inc. Canada.



[1] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.),  New Terrains in Southeast Asian History,  Athens & Singapura. 2003. Hlm. 11.
[2] O.W.Wolters. History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives. Cornell University Ithaca. New York. 1999. Hlm 207.
[3] O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Cornell University Ithaca, New York, 1999. Hlm 207.
[4] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 10.

[5] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 11.
[6] Ibid, Hlm. 11.

[7] Ibid, Hlm. 10.

[8] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 12.
[9] Ibid, Hlm. 10.

[10] Ibid, Hlm. 13.
[11]  Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 13.
[12] Ibid, Hlm. 14.
[13] Ibid, Hlm. 15.
[14] O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Cornell University Ithaca, New York, 1999. Hlm 207.
[15] Ibid, Hlm. 207.
[16] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 18.
[17] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003, Hlm. 19.
[18] Ibid, Hlm. 19.
[19] Ibid, Hlm. 19.

[20] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003, Hlm. 19.

[21] Ibid, Hlm. 20.
[22] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 20.
[23] Ibid, Hlm. 20.
[24] Ibid, Hlm. 21.
[25] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.), New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 12.
[26] Ibid, Hlm. 23.
[27] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.). New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 24.
[28] O.W.Wolters, History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Cornell University Ithaca, New York, 1999. Hlm 214.
[29] Abu Talib Ahmad & Tan liok Ee (Peny.). New Terrains in Southeast Asian History, Athens & Singapura, 2003. Hlm. 24.
[30] Ibid, Hlm. 24.

Ulasan

Catatan Popular