perkembangan bahasa melayu dari zaman purba hingga zaman klasik
kuliah hmt 313
UNIT 2
PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
DARI ZAMAN PURBA HINGGA
ZAMAN KLASIK
Hasil pembelajaran
Pada akhir
unit ini, anda diharap dapat:
·
Mengetahui
asal usul bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno.
- Memahami peranan Sriwijaya, Majapahit dan Melaka dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu
- Menjelaskan bukti pengunaan bahasa Melayu kuno dan ciri-ciri bahasa Melayu kuno.
·
Menerangkan perkembangan bahasa
Melayu klasik dalam zaman peralihan.
·
Menghuraikan perkembangan
bahasa Melayu klasik pada zaman kedatangan orang Eropah.
·
Membezakan ciri-ciri bahasa
Melayu klasik dengan bahasa Melayu kuno.
PENGENALAN
U
|
nit ini akan mendedahkan anda dengan sejarah perkembangan bahasa Melayu,
bermula dari zaman purba hingga zaman moden. Sebelum bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa
moden bahasa Melayu telah melalui pelbagai tahap perkembangannya. Untuk
memudahkan perbincangan, sejarah perkembangan bahasa Melayu dibahagikan kepada
lima tahap perkembangan, iaitu;
a)
bahasa
Melayu purba
b)
bahasa
Melayu kuno
c)
bahasa
Melayu klasik
d)
bahasa
abad ke-19 dan abad ke-20
e)
bahasa
Melayu moden
BAHASA MELAYU PURBA
S
|
ejarah perkembangan bahasa Melayu purba sukar untuk
dijejaki. Menurut Harry Judge (1991), bahasa Melayu purba ialah bahasa yang
wujud pada zaman prasejarah dan tiada bukti sejarah pada masa itu. Namun
terdapat pengkaji yang mengatakan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad
kedua Masihi, iaitu di Campa, Vietnam (Amat Jauhari Moain, 1998:93).
Bahasa
keluarga Nusantara juga dikenali sebagai bahasa Melayu purba. Bahasa Melayu
purba merupakan bahasa Melayu terawal yang digunakan oleh kelompok manusia yang
mendiami kawasan Nusantara untuk berkomunikasi sesama mereka. Kelompok–kelompok
yang menuturkan bahasa Melayu purba merupakan kelompok Melayu Deutro (Nik
Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2004:9). Bahasa Melayu purba digunakan sehingga
abad pertama sebelum mengalami evolusi yang pertama, iaitu akibat kedatangan
para pedagang dan penyebaran agama Hindu dari Kepulauan India ke Kepulauan
Melayu. Mereka memperkenalkan pengaruh bahasa Sanskrit kepada bahasa Melayu
purba dan fenomena ini menyebabkan bahasa Melayu purba menjadi bahasa Melayu
kuno dan mengalami evolusi yang pertama. Dari bahasa masyarakat yang agak
rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya menjadi bahasa sarjana yang sanggup
menyampaikan idea-idea baharu yang tinggi-tinggi.
Sebelum
kedatangan orang India ke Alam Melayu, di kawasan ini telah terdapat tulisan
atau aksara Lontara di Sulewasi Selatan, aksara Batak di Sumatera
Utara dan aksara Rencong di Sumatera Selatan. E.S.T Harahap berpendapat
bahawa orang Batak termasuk bangsa yang tua di dunia sama tuanya dengan bangsa
Assiria, Kaldea dan Mesir Tua. Hal ini menunjukkan aksara Batak atau aksara
Lontara mahupun aksara Rencong bukan penemuan daripada huruf India sama ada
Brahmi, Palava, Dewanagiri atau aksara Sanskrit (Nik Safiah Karim, 1986: 9).
Tulisan
asal orang Melayu ialah tulisan atau aksara Rencong (tulisan yang terdapat di
Sumatera Selatan). Aksara ini dicipta oleh orang Melayu berdasarkan benda yang
terdapat di alam sekitar mereka seperti ranting kayu, akar, rotan dan sungai.
Hal ini dapat dikaitkan pada penciptaan kesusasteraan Melayu yang asal, iaitu
pantun yang menggunakan pengisi alam sebagai pembayang maksud atau sampiran
sebelum menyatakan isi pantunnya.
Aksara
Rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa Kuno
(tulisan Kawi). Aksara Rencong dianggap huruf asli Bahasa Melayu. Aksara
Rencong banyak ditulis pada daun dan kulit kayu. Hal ini menyebabkan tulisan
ini tidak dapat bertahan lama, bagaimanapun aksara Rencong ini masih dapat
dilihat di Perpustakaan School Of
Oriental and African Studies, London (Darwis Harahap, 1994: 56).
Oleh
itu, sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat, bahasa
Melayu diandaikan telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati
bahasa yang ada pada batu bersurat selepas itu sudah agak tersusun pembinaan
kata dan pembinaan ayatnya. Selain itu, didapati ia mempunyai pengaruh yang
ketara sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut
menggunakan beberapa perkataan Melayu di samping askara Sanskrit.
BAHASA MELAYU KUNO
BAHASA MELAYU ZAMAN HINDU SEBELUM SRIWIJAYA
P
|
engaruh Hindu di kepulauan Melayu mula dibawa oleh
pedagang dan pelayar dalam kalangan orang India dan orang Melayu. Seawal abad
pertama, pedagang dari India dan China (Tiongkok) sentiasa melalui selat
Melaka. Lama-kelamaan
pelabuhan yang ada di kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat
persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok
seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu, para
mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk
menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini
mengakibatkan bahasa Melayu Purba ini kemudian dipanggil bahasa Melayu Kuno(Ismail Hussein, 1981:12)
Pada zaman ini,
terdapat dua bahasa utama di kepulauan Melayu, bahasa Jawa kuno dan bahasa
Melayu kuno. Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa
Sanskrit telah menyaingi bahasa Jawa yang pada peringkat awalnya menguasai
sebahagian besar kepulauan Melayu. Perkataan ”Sanskrit” berasal dari perkataan
'Samskrtabhasa' yang bermaksud 'bahasa yang sempurna'. Sifat bahasa Jawa pula
begitu kompleks dan bertata tingkat menyebabkan lama-kelamaan bahasa Jawa
semakin tersisih. Menurut Ismail Hussein (1981:8),
Melalui
pengaruh bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama.
Pengaruh itu adalah pengaruh yang sangat luas sekali.... Dari bahasa yang
agak rendah kebudayaan serta ilmu pengetahuannya, bahasa Melayu mengalami
perubahan pertama ke arah bahasa sarjana, yang sanggup menyampaikan idea baharu
yang tinggi.
|
BAHASA MELAYU ZAMAN SRIWIJAYA
S
|
ejarah pertumbuhan bahasa Melayu kuno dipercayai
berkembang melalui kelahiran kerajaan Melayu di Jambi, iaitu kerajaan Sriwijaya
yang berpusat di daerah Palembang di Sumatera Menurut catatan Cina, kerajaan
Melayu pernah mengirim utusan ke China (644M). Kerajaan Sriwijaya mulai
merosot pada abad ke-11 dan pertama kali ditakluki oleh Singhasari dan kemudian
oleh kerajaan Majapahit.
Sekitar abad ke-7
hingga abad ke-9, kerajaan Sriwijaya menguasai sebahagian besar kepulauan
Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan. Pada masa yang sama kerajaan
Sriwijaya membantu menyebarkan kebudayaan dan bahasa Melayu ke seluruh
kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan
pentadbiran kerajaan Seriwijaya. Hal ini dicatatkan oleh pedagang dan pengembara
Cina yang kerap singgah di kawasan ini malah ada yang tinggal di kawasan
kepulauan Melayu. Antaranya ialah I-Tsing dan Wu-Hing. I-Tsing mencatatkan
mengenai sebuah kerajaan yang menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa
pertuturan yang disebut sebagai Kw'un Lun
pada abad ketujuh, iaitu bahasa Melayu.
Terdapat
empat batu bersurat penting di samping
catatan pengembara dan pedagang Cina berkenaan kerajaan Sriwijaya dan
penggunaan bahasa Melayu.
Keempat-empat batu bersurat
terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah, batu bersurat Kedukan Bukit
(683M) , batu bersurat Talang Tuwo (684M), batu bersurat Kota Kapur (686) dan
batu bersurat Karang Berahi (686).
Batu
bersurat lain yang turut memberi maklumat mengenai bahasa Melayu kuno seperti
Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah, Batu Bersurat Bangkahulu dan Batu
Bersurat Pagar Ruyung. Batu
bersurat yang ditemui kebanyakannya menggunakan tulisan dari India atau tulisan
pengaruh tulisan India seperti tulisan Devanagari, Palava, Jawa Kuno, Kawi dan
lain-lain.
Manakala di Pulau Jawa, prasasti berbahasa Melayu yang
tertua bertarikh pada awal abad ketujuh Masihi dan ditemui di Sajamerta, sebuah
tempat di pantai utara Jawa Tengah. Batu bersurat lain yang ditemui di Pulau
jawa ialah di Bukateja, Dang Pu Hawang Galis, Manjusyrigraha, Sang Hyang
Wintang, Gunung Sundoro, Kebun Kopi (Jawa Barat) dan lain-lain.
BAHASA MELAYU ZAMAN MAJAPAHIT
K
|
erajaan Majapahit (1293-1500M) diasaskan oleh Raden
Wijaya menjadikan Kediri, yang terletak di bahagian timur pulau Jawa sebagai
pusat pemerintahan. Kerajaan ini pernah menguasai sebahagian besar kepulauan Jawa,
Madura, Bali dan wilayah kepulauan Melayu yang lain. Bahasa Jawa telah
digunakan sebagai bahasa pentadbiran dan urusan harian oleh kerajaan Majapahit.
Kerajaan Majapahit telah menggunakan cerita-cerita
Panji sebagai alat propaganda untuk mengagung-agungkan raja-raja Majapahit.
Cerita panji ini tersebar luas keseluruh Nusantara. Secara tidak langsung,
bahasa Jawa turut disebarkan. Namun kelebihan yang ada dalam bahasa Melayu yang
sifatnya lebih mudah menerima dan menyesuaikan telah mencabar kedudukan bahasa
Jawa. Cerita-cerita panji diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebelum
disebarkan ke seluruh Nusantara. Contoh
cerita panji, banyak perkataan Jawa diserap ke dalam bahasa Melayu. Misalnya;
adipati (raja), wedana(ketua daerah), batok(tempurung), dan berangsangan (mudah
naik angin/darah).
CATATAN DAN BUKTI
BAHASA MELAYU KUNO
B
|
ukti penggunaan Bahasa Melayu Kuno dapat dilihat
melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat, daun Lontara dan
kulit kayu. Tradisi
menulis di atas batu dipercayai bermula pada abad ke-7 hingga ke-14, iaitu
ketika kerajaan Sriwijaya menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu. Terdapat lebih
daripada 30 buah batu bersurat yang ditemui oleh pengkaji yang mewakili zaman
kerajaan Melayu kuno. Namun begitu terdapat empat buah daripada batu-batu
bersurat berkenaan yang menggunakan bahasa Melayu kuno. Batu bersurat yang
selebihnya menggunakan bahasa Sanskrit. Empat batu bersurat penting yang menjadi bukti bertulis
kewujudan bahasa Melayu kuno ialah:
Batu
Bersurat Kedukan Bukit, Palembang
Batu
Bersurat Talang Tuwo, Palembang
Batu
Bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka
Batu
Bersurat Karang Berahi, Meringin (Jambi)
Batu Bersurat Kedukan Bukit (683M)
|
B
|
atu Bersurat Kedukan Bukit ditemui di Palembang bertarikh 683 M atau 605
Tahun Saka (Zaman saka bermula pada tahun 78M). Ia dijumpai di Kedukan Bukit,
iaitu di Kaki Bukit Siguntang, sebelah barat daya Palembang. Batu bersurat ini
ditulis dalam tulisan palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan purba bagi
penyebaran agama Hindu. Ia diperolehi pada 29 November 1920 daripada sebuah
keluarga Melayu yang menetap di Kampung Kedukan Bukit. Menurut Noriah Mohamed
(1999:48), penemuan batu ini ada disebut dalam laporan arkeologi Oudheidkundig Verslag (1920). L.C.
Westenek yang menjadi Residen Palembang pada ketika itu tidak menyebut tentang
penemuan itu, namun ia disebut secara sepintas lalu oleh pengkaji yang sama
dalam artikelnya yang bertajuk Goenoeng
Mahameroe uit de Sedjarah Melajoe (1923). Krom juga mengkaji dan
menghasilkan kajian tentang batu bersurat dalam bentuk artikel yang bertajuk Hindoe-Javananshe Geschiedenis pada
tahun 1920.
Diterjemah dalam
bahasa Melayu, isi kandungan batu tersebut dapat dibaca seperti berikut:
Selamat dan bahagia, pada
tahun saka 605 hari kesebelas bulan terang bulan waisaka, baginda naik
perahu mencari kuasa sakti. Pada hari ketujuh bulan terang bulan jyesta
baginda berlepas dari muara tamwan membawa askar dualaksa banyaknya ( dua
puluh ribu) dua ratus menaiki perahu dan seribu tiga ratus dua belas bulan
terang, bulan asada dengan lega datang, membuat negeri …Srivijaya, yang
bahagia, yang berjaya, yang makmur
(Noriah Mohamed, 1999:50)..
|
Setelah ditransliterasikan
transkripsi batu ini ke dalam tulisan rumi, dapatlah dibaca seperti
berikut;
1)swasti sri sakawarsatatita
605 ekadasi su(2)klapaksa wulan waisaka dapunta hiyam nayik di (3)samvau
manalap siddhayatra di saptami suklapaksa (4) wulan jyestha dapunta hiyam
marlapas dari minana (5)tamwan mawawa yam wala dualaksa danan ko-(6)
duaratus cara disamvau danan jalan sarivu(7)tlu ratus sapulu dua wanakna
datam di mata jap (8) sukhacitta di pancami sukhlapaksa wula[n]-- (9)laghu
mudita datam marvuat wanua---(10)sriwijaya siddhayatra subhiksa-
(Noriah Mohamed, 1999:50).
|
Ismail Hussien (1992 :15) menjelaskan, isi kandungan batu ini
menceritakan tentang seorang raja yang berpangkat dapunta hiyang telah naik kapal untuk mendapatkan siddhayatra yang diterjemah sebagai
kekuatan sihir atau kejayaan. Hari lain pula, kira-kira empat minggu kemudian,
dia berangkat dari Minang Tamvan, menggerakkan tentera 20,000 orang, sebahagian
menaiki kapal, sebahagian jalan darat dan dengan sukacitanya memberikan
siddhayatra menjadi milik Sriwijaya dan menjadikannya makmur. Batu bersurat ini
mengandungi sepuluh baris ayat yang diukir di atas batu berbentuk bujur yang
bergaris lilit 80 sentimeter dan berukuran 10 sentimeter pada bahagian paling
panjang. Tulisan pada batu bersurat ini terpelihara baik, kecuali pada bahagian
tiga baris terakhir yang tidak dapat dibaca kerana telah terserpih.
Setelah dibandingkan bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu kini,
terdapat banyak perkataan yang masih digunakan sehingga sekarang, antaranya
BM Kuno
|
BM Moden
|
BM Kuno
|
BM Moden
|
Vulan
|
bulan
|
marlapas
|
berlepas
|
Nayik
|
naik
|
mamawa
|
membawa
|
samwau
|
sampan (maksudnya perahu
yang besar)
|
mala
|
bala
|
mangalap
|
mengambil (maksudnya
mencari)
|
kasa
|
(menyatakan jumlah yang
tidak terkira banyaknya)
|
Dangan
|
dengan
|
sukhacitta
|
sukacita
|
Sariwu
|
seribu
|
marwuat
|
berbuat
|
Tlu = telu
|
tiga
|
wanua
|
negeri
|
sapuluh dua = sepuluh dua
|
dua belas
|
ko
|
ke
|
wanakna
|
banyaknya
|
syri
|
seri
|
Syaka
|
saka
|
dua laksa
|
dua laksa
|
Dapunta hiyam
|
Dipertuan Hiyang
|
dangan
|
dengan
|
Dari
|
dari
|
dua ratus
|
dua ratus
|
Prasasti Talang Tuwo (684M)
|
B
|
atu bersurat ini bertarikh 684M
atau 606 tahun Saka ditemui di kawasan Talang Tuwo di Barat Palembang oleh L.C
Westenek, Residen Jambi pada 17 November 1920. Batu bersurat ini merupakan batu
pasir yang dipahat di atasnya dengan empat belas baris ayat bahagian yang
berukir berukuran 50 sentimeter hingga 80 sentimeter.
Setelah transkripsi ini ditransliterasikan, berikut sebahagian catatan
pada batu bersurat tersebut;
Svasti
Cri cakavarsatita 606 dalam dvitiya cuklapaksa wulan caitra
Sana tatkalana parlak Criksetra
ini
Niparvuat parvan dapunta hyang Cri yayanaca (-ga) ini pranidhanan
dapunta
Hyang savanakna yang nitanamdi sini
Niyur pinang hanau
rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna
Tathapi haur vuluh pattung ityevamadi.
Punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang
vualtku sucarita
Paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sasaracara
Varopayana tmu sukha di asannakala diantara margga lai
(Darwis
Harahap, 1992: 10-11).
|
Secara ringkas batu bersurat berkenaan menceritakan tentang Raja
Jayanash telah membina sebuah taman bunga dan berjanji bahawa segala apa yang
diusahakan di situ akan memberikan kebahagiaan kepada makhluk.Bahasa Melayu
kuno yang dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah:
BM Kuno
|
BM Moden
|
BM Kuno
|
BM Moden
|
vulan
|
bulan
|
nitanam
|
ditanam
|
tatkalana
|
tatkalanya
|
niyur
|
nyiur
|
nivarbuat
|
diperbuat
|
hanau
|
enau
|
savanakna
|
sebanyaknya
|
rumvia
|
rumbia
|
dngan
|
dengan
|
vuluh
|
buluh
|
nimakan
|
dimakan
|
pattung
|
betung
|
vuahna
|
buahnya
|
tlaga
|
telaga
|
tathapi
|
tetapi
|
punyana
|
Punyanya
|
haur
|
aur
|
tmu
|
temu, bertemu
|
sukha
|
suka
|
vuatna
|
Buatnya
|
niminumna
|
diminumnya
|
varang
|
Barang
|
Batu Bersurat Kota Kapur (686M)
|
B
|
atu bersurat ini bertarikh 686M ditemui oleh J. K. Van Meulan pada tahun
1892 di Kota Kapur sebuah pekan di Pulau Bangka. Ia merupakan batu bersurat di
luar palembang. Batu ini besar kemungkinan dibawa ke Bangka kerana tidak ada
batu lain yang serupa ditemui di tempat berkenaan. Batu yang diukir ini
berbentuk tiang batu, tingginya 1 meter 77 sentimeter, ukuran lebar 32
sentimeter pada bahagian tapak dan 9 sentimeter pada pada bahagian atas.
Pada awal tahun 1893
teks yang sudah dibersihkan (dibuat rubbing)
dihantar kepada Brandes dan Brandes menyarankan agar batu ini diserahkan pula
kepada muzium Betawi. Brandes menyebut tentang batu ini dalam artikel beliau
bertajuk Oudheden yang terbit dalam Encycloperdia van Nederlandsch Indie dan
menurutnya aksara pada batu bersurat ini ialah aksara wenggi yang dianggarkan bertarikh 608 tahun saka, iaitu bersamaan
dengan 686 M. Apabila Brandes meninggal dunia pada tahun 1905, Kern meneruskan
kajian terhadap batu ini dan menerbitkan hasilnya pada tahun 1913. Sebagaimana yang
dinyatakan sebelum ini hasil kajian Kern menunjukkan bahawa teks pada batu
bersurat ini menyamai teks pada batu bersurat Karang Brahi, cuma teks ini
mengandungi dua baris melebihi teks pada batu bersurat Karang Brahi (Noriah
Mohamed, 1999: 53). Batu bersurat ini telah ditransliterasikan oleh Coedes.
Walaupun catatan
asalnya panjang, namun di bawah ini diberikan contoh sebahagian catatan yang
terdapat pada batu bersurat Kota Kapur.
siddha titam hamvan vari kandra kayet in uiu
lavan tandrun luah makamatai ta
paihumpaan namuha ulu lavan tandrun luah
makmatai ta
Ndrun luah ninunu paihumpaan hakairu muah
kayet nihumpa u
nai tunai umentem bhakti
niuiun haraki unai tunai kita savanakta de
Vata mahar(d)dhika
sannidhana mamraksa yam kadatuan srivijayaa kita tuvi tandrun.
Luah vanakata devata
mulana yam parsumpahan paravis kadaci yam uram.
(Abdul Rashid Melebek dan
Amat Juhari Moain, 2005:45).
|
Daripada batu bersurat tersebut, terdapat beberapa perkataan yang sama
atau sepadan dengan perkataan dalam bahasa Melayu moden. Antaranya ialah:
BM Kuno
|
BM Moden
|
BM Kuno
|
BM Moden
|
Vari
|
beri
|
Maharddhika
|
mardaheka/merdeka
|
Kayet
|
kait
|
Kadatuan
|
kadatuan
|
Ni
|
ni
|
datu
|
datu/datuk
|
Ulu
|
hulu
|
Mulana
|
mulanya
|
Bhakti
|
bakti
|
Parsumpahan
|
persumpahan
|
Kita
|
kita
|
Yam
|
yang
|
Devata
|
dewata
|
Uram
|
orang
|
makalanit
|
maka/langit
|
nipahat
|
dipahat
|
kasihan
|
kasihan
|
Manuruh
|
menyuruh
|
desa
|
desa
|
vala
|
bala
|
vatu
|
batu
|
Drohaka
|
derhaka
|
Batu Bersurat Karang Brahi (686M)
|
Siddha
titam hamvan vari avai kandra kayet ni
Paihumpaan
namuha uiu lavan tandrun luah makamatai ta.
Ndrun luah
ninunu paihumpaan hakairu muah kayet nihumpa 7
Nai tunai
umentem bhakti niuiun haraki unai tunai kita savanakta de.
Vata
maha(d)dhika sannidhana mamraksa yam kadatuan srivijayaa kita tuvi
tandrum
Luah vanakta
devata mulana yam parsumpahan paravis kadaci yam uram
Di dalamna
bhami ajnana kadatuan ini paravis drohaka hanun samavuddhhi la.
Van drohaka
manujari drohaka niujari drohaka tahu dim drohaka tida
Ya
mar(p)padah tida ya bhakti tida ya tatvarjjava diy aku dnan di iyam
nigalarku sanyasa datua nivunuh
Ya sumpah nisuruh tapik ya malam parvvandan datu srivijaya talu
muah ya dnan.
Gotra
santanana tathapi svanakna yam vuatna jahat makalanit uram makasa
Kit makagila mantra gada visaprayoga upuh tuva tamval saramvat
kasi.
han vasikarana ityevatmadi janan muah ya siddha pulam ka iya muah
yam desa.
Na
vuatna jahat inan ini gran kadavi iya bhakti tatvarjjaya diy aku dnan di
yam ni
(Nik Hassan Shuhaimi, 1992
dalam Abdul Rashid Melebek dan Amat Juahari Moain, 2006:47)
|
B
|
atu bersurat Karang Brahi bertarikh 686M telah ditemui oleh seorang
inspektor bernama L. Berkhou pada tahun 1904. Ukuran bagi batu bersurat ini
adalah 70 sentimeter untuk tingginya dan 62 sentimeter bagi lebarnya. Sewaktu
dijumpai, batu ini digunakan sebagai batu lapik untuk membasuh kaki di sebuah
masjid di Jambi. Menurut Kern, aksara pada batu bersurat ini menyamai aksara
pada batu bersurat Canggal (732M) dan kemungkinan batu ini sezaman dengan batu
bersurat Kota Kapur.
Batu Bersurat Karang Brahi telah ditransliterasikan oleh Coedes seperti
berikut:
Daripada teks di atas boleh disenaraikan kata-kata yang sama atau hampir
sama dengan kata-kata bahasa Melayu moden. Antaranya lain ialah kata-kata yang
berikut:
BM Kuno
|
BM Moden
|
BM Kuno
|
BM Moden
|
Vari
|
Beri
|
devata
|
Dewata
|
Kayet
|
Kait
|
jangan
|
Jangan
|
bhakti
|
Bakti
|
kadatuan
|
Kedatuan
|
kita
|
Kita
|
manujari
|
Mengujari
|
tida
|
tidak
|
tathapi
|
Tetapi
|
marppada
|
berpadah
|
tuva
|
Tuba
|
dnan
|
dengan
|
|
|
CIRI-CIRI
BAHASA MELAYU KUNO
D
|
aripada batu bersurat yang diteliti oleh pengkaji, jelas menunjukkan
terdapat perkataan yang masih digunakan dalam bahasa Melayu moden. Daripada
senarai itu kita dapat membuat kesimpulan tentang ciri-ciri bahasa Melayu kuno
seperti berikut:
( a ) Terdapat kata-kata Melayu asli seperti:
pinam = pinang haur = aur
vuluh = buluh niyur = nyiur
huma = huma jahat = jahat
ini = ini di
sini = di sini
di sana = di sana
( b ) Kata-kata daripada bahasa Sanskrit
seperti:
Sakawarsa Siddha drohaka
Bhakti mantra prayoga
( c ) Terdapat awalan-awalan seperti:
mar- = ber- mam- = mem-
ni- = di- nipar- = diper-
ka- = ke- sa- = se-
( d ) Terdapat akhiran-akhiran
seperti:
- i = - i
- an = an
- na = -nya
( e ) Terdapat imbuhan apitan
seperti:
marjjahati = mar-
jahat- i manujari = maN-
ujar- i
niujari = ni- ujar- i kadatuan = ka-
datu- an
( f ) Terdapat awalan yang
tidak dipakai lagi pada masa kini seperti:
Maka + gila = makagila
Maka + lanit = makalanit
( g ) Terdapat
fonem-fonem Melayu seperti s, d, t, a, r, k, y, e, p, l, j, m, n, h, g, l, o,
u, w
( h ) Terdapat
fonem-fonem pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti dh, th, v.
( i ) Bunyi dan tulisan “b” diganti dengan bunyi
dan tulisan “w”. Misalnya “wulan”
(bulan), dan “wanyak” (banyak).( j )
Tidak terdapat bunyi “e pepet”. Bunyi ini dihilangkan atau diganti dengan vokal “a”. Misalnya “dgan” atau “dangan” bagi perkataan “dengan”.
( k )
Tidak terdapat kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
BAHASA MELAYU KLASIK
ZAMAN PERALIHAN
K
|
edatangan agama Islam ke Asia Tenggara pada akhir
abad ke-13 telah mempengaruhi corak dan perkembangan bahasa Melayu kuno. Bahasa
Melayu menerima evolusinya dengan kehadiran Islam, bahasa Melayu kuno bertukar
menjadi bahasa Melayu klasik. Asmah Hj Omar (1988:392) menjelaskan zaman
masyarakat Melayu klasik sebagai:
...zaman masyarakat Melayu yang sudah
mengenal huruf ... kegiatan penulisan/perakaman
dalam bentuk tulisan telah bertanggungjawab dalam menstabilkan sebutan
bahasa dan sebutan ini menjadi tolok (model) bagi masyarakat penutur pada
amnya.
|
Abad ke-13 dan ke-14 telah menjadi zaman peralihan
di kepulauan Melayu. Bangsa dan bahasa Melayu khususnya, dari menerima pengaruh
India yang kuat sedikit demi sedikit menerima pengaruh Arab dan Islam. Pelbagai
teori dikemukakan oleh pengkaji tentang kedatangan Islam ke kepulauan Melayu.
Kerajaan Samudera-Pasai dikatakan sebagai kerajaan terawal yang menerima Islam,
iaitu pada akhir abad ke-8. Ini tidak menghairankan kerana pelabuhan Sumatera
telah digunakan sekian lama oleh pedagang Arab yang menjalankan perdagangan
rempah ratus. Namun begitu bukti kukuh tentang kehadiran Islam di kepulauan
Melayu telah dicatatkan oleh Marco Polo yang melawat Sumatera Utara pada tahun
1292.
Penemuan
pelbagai batu bersurat dan manuskrip boleh dijadikan bukti tentang kewujudan
dan penggunaan bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dikatakan terpisah
daripada bahasa Melayu kuno apabila wujudnya tulisan jawi (Asmah Hj.
Omar:1993). Kedatangan Islam bukan sahaja membawa perubahan dari aspek tauhid
dan akidah tetapi sistem tulisan masyarakat Melayu turut bertukar, iaitu dari
tulisan Palawa kepada tulisan jawi yang berasal dari tulisan Arab. Terdapat
bukti jelas dari segi perkembangan bahasa Melayu seperti yang terdapat pada
batu bersurat berikut:
i) Batu bersurat Pagar Ruyung,
Minangkabau (1356M)- Batu bersurat pertama yang menunjukkan perkembangan bahasa Melayu
dengan pengaruh Islam. Batu bersurat ini ditemui di Pagar Ruyung. Walaupun
begitu batu ini masih ditulis dengan huruf India dan mengandungi prosa Melayu
kuno serta beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasa yang terdapat pada batu
bersurat ini menunjukkan perbezaan kata-kata yang digunakan jika dibandingkan
dengan batu bersurat zaman kuno. Misalnya:
ii)
Batu nisan Minye Tujuh, Aceh (1350M)- ditulis dalam huruf India tetapi bahasa yang
digunakan telah banyak menunjukkan perubahan. Mengandungi dua rangkap syair
bahasa Melayu kuno bercampur Sanskrit dan Arab ditulis denga huruf Kawi atau
Jawa kuno. Pertama kalinya kata-kata Arab tercatat pada batu bersurat ini. Makam ini
kepunyaan Ratu Al-Alah, puteri Sultan Malik
al-Zahir Thani. Puteri ini mangkat pada 1380 TM.Sultan Malik al-Zahir Thani
(1326-1350) ialah pemerintah negeri Islam Samudera-Pasai atau Aceh sekarang ini.
ZAMAN MELAKA DAN ISLAM
- kejatuhan kerajaan Sriwijaya
- kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam Tun Seri Lanang mencatatkan keagungan Kesultanan Melaka di dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Dipercayai sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, terdapat antara 150 hingga 200 bahasa yang diguna pakai di Melaka. Islam juga turut membawa pengaruh dari segi perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang masing-masing mengandungi 44 fasal berkaitan dengan undang-undang darat dan laut. Undang-undang ini mengandungi kesalahan dan jenis hukuman mengikut undang-undang Islam.
- Empayar Melaka telah menggunakan bahasa Melayu dalam pentadbiran dan perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Ketika itu, istana telah menjadi tempat perkembangan bahasa istana yang tinggi, dan sekali gus menjadi pusat pertumbuhan kesusasteraan Melayu seperti Hikayat Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah seperti yang tercatat di dalam buku Sejarah Melayu.
- Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru, iaitu tulisan Jawi atau abjad Arab, digunakan secara meluas di Melaka dan kepulauan Melayu yang lain. Tulisan ini juga digunakan dalam menulis ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ajaran Islam dan karya-karya yang dihasilkan pada zaman Hindu. Tulisan berbentuk agama adalah seperti ilmu tafsir, fikah dan tasawuf. Tulisan Jawi juga turut digunakan untuk menghasilkan karya berbentuk hikayat, seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W., Hikayat Para Sahabat, Hikayat Pahlawan-pahlawan Islam, Sulalatus Salatin, Undang-undang Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan sebagainya.di Samudera-Pasai, Aceh, Brunei, Patani dan Filipina
- Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.
- Martabat bahasa Melayu semakin tinggi apabila bahasa ini digunakan oleh ahli perniagaan dan mubaligh-mubaligh untuk menyebarkan agama Islam. Bahasa Melayu juga telah digunakan oleh berbagai-bagai bangsa sebagai bahasa perantaraan pada zaman Kerajaan Islam Melaka.
- Bahasa Melayu juga digunakan untuk mengembangkan Islam di tanah jajahan Melaka seperti Johor, Kedah, Terengganu, Kampar, Bengkalis dan Pulau Carimon. Kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 telah mengalih pusat perkembangan bahasa Melayu klasik ke Aceh dan kemudiannya ke Johor-Riau. Perkembangan bahasa Melayu klasik pada zaman Melaka menjadi titik tolak kepada perkembangan bahasa Melayu Moden. Penguasaan Portugis ke atas Melaka pula menjadi titik permulaan kepada perkembangan bahasa Melayu moden.
ZAMAN KEDATANGAN ORANG EROPAH
P
|
ada 10 Ogos 1511, Portugis diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque berjaya menawan Melaka. Melaka sekali lagi ditawan oleh penjajah
Belanda yang merampas dari Portugis pada 14 Januari 1641. Pada tahun 1795
Belanda menyerahkan Melaka kepada Inggeris, kerana Raja Belanda ketika itu
terpaksa melarikan diri setelah Perancis menduduki Belanda. Kehadiran orang
Eropah turut mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Walaupun pada niat
asalnya kehadiran mereka ialah menyebarkan agama Kristian namun kerana sikap
tamak mereka merebut kekayaan telah mendorong
merampas wilayah yang diduduki. Kedatangan orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan
Melaka ke tangan Portugis tidak
menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan
penyelidikan dan membuat catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.
Beberapa contoh usaha yang berkaitan dengan bahasa
Melayu telah dibuat seperti.
Penghasilan
kamus dan daftar kata dalam bahasa Melayu dikesan paling awal pada zaman
Kesultanan Melaka, iaitu dalam bentuk daftar
kata Melayu-Tionghua. Secara umumnya, perkamusan Melayu pada peringkat ini
mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:
- Penyusun yang terdiri daripada orang bukan Melayu.
- Kamus yang dihasilkan berupa Daftar Kata dan Dwibahasa.
- Disiplin Leksikrografi yang longgar.
CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
P
|
ada umumnya bahasa Melayu klasik yang digunakan dalam
hasil-hasil persuratan Melayu mempunyai ciri-ciri persamaan antara satu karya
dengan karya yang lain disebabkan zaman yang sama. Corak dan ragam bahasa
Melayu klasik mempunyai beberapa ciri penting yang membezakannya dengan bahasa
Melayu kuno atau bahasa Melayu moden. Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ini
ialah:
- Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Penulis memasukkan kata-kata yang tidak membawa makna dalam penulisan menjadikan bahasa yang digunakan meleret-leret. Misalnya,”Adalah seorang saudagar di negeri istanbul: maka ia pergi belayar. Hatta, beberapa lamanya sudah ia pergi itu, maka peninggalannya isteri saudagar pun bermukahlah dengan kalandar. Sebermula, adapun akan saudagar itu ada ia menaryh seekor burung bayan.” (Hikayat Bayan Budiman)
- Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang. Struktur ayat pasif ini terdiri daripada awalan di- atau ter-. Contoh “Syahadan dengan berkat Bismillah, ditikam raja akan Ferhad seperti menikam air juga adanya, suatu pun tiadakan akan kenakan dirinya. Maka raja pun terlalu akan hairannya dengan dukacita, maka disuruh oleh raja masuk penjara…(Hikayat Khoja Maimun)
·
Menggunakan kosa kata klasik
seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul (bersedih)
·
Banyak menggunakan perdu
perkataan (kata
pangkal ayat) seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun, arakian setelah
sudah dan sebagainya. Contoh "Hatta beberapa
lama Sultan Malikul Tahir dalam negeri Pasai
itu, maka dianugerahkan Allah taala akan baginda anak dua orang
laki-laki, yang tua bernama Sultan
Malikul Mahmud dan yang muda bernama Sultan Malikul Mansur.”(Russell Jones,
1997: 20).
·
Banyak menggunakan partikel pun dan lah . Misalnya: "
Adapun akan Tun Manda, telah besarlah, berumah sendirinya. Maka oleh Pateh Adam
diemasinya segala penunggu pintu Seri Nara Diraja, katanya pada penunggu pintu
itu, 'Berilah aku masuk dengan empat puluh orang perai ini juga.'(Sejarah
Melayu,1975:205)
·
Terdapat bentuk perulangan kata tunjuk (itu, sana), kata
penegas (-lah,-nya) dan kata hubung (dan, yang, atau) yang ketara.
Ini disebabkan laras lisan digunakan oleh penulisnya.
·
Menggunakan aksara Jawi, iaitu
aksara yang
dipinjam daripada bahasa Arab yang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan
seperti .چ (cha)
merupakan ciptaan orang Melayu yang hanya didapati dalam bahasa Melayu dan
tidak dijumpai di huruf Arab yang sejatinya.
·
Telah menerima pelbagai jenis
kosa kata Arab dan
Parsi dalam pelbagai bidang bahasa
seperti alam bidang ilmu keagamaan,
undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan,
falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
·
Frasa dan ayat pengaruh Arab
terutama dalam kitab-kitab klasik
Melayu seperti frasa
ketahuilah
olehmu (dari
terjemahan I’lamL)
maka
kemudian daripada itu (dari Amma ba’du)
Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada
terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
- Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqa’id al-Iman dan lain-lain.
PETIKAN-PETIKAN CONTOH
P
|
erkembangan bahasa Melayu klasik dapat dilihat
jelas dalam persuratan. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya berbagai-bagai
jenis contoh persuratan yang menggunakan bahasa Melayu Klasik. Sebagai contoh,
hikayat, surat, syair, hukum kanun dan kitab.
Kesempatan orang Melayu belajar agama di negara
Arab dan apabila mereka kembali ke tanah air, mereka banyak menterjemahkan buku
agama ke dalam bahasa Melayu dalam usaha menyebarkan kefahaman dan pengetahuan
agama Islam. Mereka juga menyedari bahawa kesusasteraan merupakan cara yang
mudah untuk menyampaikan fahaman keagamaan kepada masyarakat. Oleh yang
demikian, ada di antara mereka yang giat menulis hikayat. Dari sini lahirlah
cerita Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Muhammad mengajar
anaknya Fatimah, Hikayat Nabi Yusuf, Hikayat Nabi Ibrahim, Hikayat Nabi Daud,
dan hikayat nabi yang lain. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan
Hikayat Nur Muhammad yang menggunkan bahasa Melayu klasik.
Berikut dikemukakan beberapa contoh petikan
penggunaan bahasa Melayu klasik dalam persuratan.
Alkisah diceterakan oleh
yang empunya cetera ini, sekali peristiwa ada seorang raja di sebuah
negeri, Mada’in namanya. Raja itu bernama Kobat Syahril. Negeri terlalulah
luas dan maha besar. Adpun raja itu terlalu adil dengan murahnya,
bangsawan lagi budiman dan dermawan. Baginda dikasihi oleh segala menteri
dan hulubalang; segala rakyat isi negeri Mada’in itu amat kasih akan raja
itu, sebab adil dan murahnya. Seorang
pun raja-raja tiada dapat melalui titahnya, dan tiada dapat mengikut
kelakuannya. Segala negeri di dalam
tanah Arab itutakluk di bawah perintahnya.
|
Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu daripada
karya kesusasteraan Parsi yang terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Hikayat ini
amat penting sebagai sumber atau bahan kajian dalam kita mengkaji perkembangan
bahasa Melayu klasik. Hal ini kerana, hikayat ini dapat menerangkan serba
sedikit tentang gaya bahasa Melayu Klasik yang digunakan untuk menghasilkannya.
(A. Samad Ahmad, 1987:1). Lama-kelamaan beberapa perkataan Parsi diserap ke
dalam bahasa Melayu, seperti istana,
dewan, askar, syahbandar, nobat,
nafiri, rebab, saudagar, nakhoda,
kelasi, gandum, dan anggur.
Hukum Kanun Melaka
|
H
|
ukum Kanun Melaka ini pada asalnya sebuah undang-undang yang tidak
bertulis. Undang-undang ini diwujudkan bertujuan untuk melindungi kerajaan,
rakyat dan negeri Melaka. Hukum Kanun ini mula ditulis semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Shah (1489-1511 M). Sebelum itu, undang-undang ini terlebih dahulu telah
dilaksanakan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah yang telah memerintah
Melaka pada tahun 1446 hingga 1456 M. Oleh sebab itulah, undang-undang ini
hanya dianggap wujud selepas tahun 1489 M (Anas Haji Ahmad, 1982:180).
Hukum Kanun atau
undang-undang ini wujud kesan pengaruh agama Islam yang ada pada ketika itu.
Dalam hal ini, hampir semua undang-undang atau peraturan yang terdapat di dalam
Hukum Kanun ini adalah berdasarkan kepada undang-undang Islam.
a)
Mengapakah bahasa Melayu menjadi pilihan kerajaan Seriwijaya dan kerajaan
Melayu Melaka.
b)
Sejauh manakah kedatangan Islam ke Alam Melayu dikatakan menjadi titik
tolak kepada perkembangan bahasa Melayu. Jelaskan
|
RUMUSAN
● Bahasa Melayu Purba ialah
bahasa yang wujud pada zaman prasejarah dan tiada bukti sejarah pada masa itu.
● Bahasa Melayu purba merupakan
bahasa Melayu terawal yang digunakan oleh kelompok manusia yang mendiami
kawasan Nusantara untuk berkomunikasi sesama mereka. Kelompok–kelompok yang
menuturkan bahasa Melayu purba merupakan kelompok Melayu Deutro.
● Aksara Rencong dianggap huruf
asli bahasa Melayu. Huruf Melayu ini lebih tua berbanding dengan aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Aksara Rencong banyak ditulis pada daun dan
kulit kayu. Tulisan ini dijumpai pada 1892 di sebatang tiang batu di Kota
Kapur, Bangka Barat (Batu Bersurat Kota Kapur)
● Kedatangan para pedagang dan
penyebar agama Hindu bersama bahasa Sanskrit telah membawa perubahan kepada
bahasa Melayu Purba, kemudian dipanggil bahasa Melayu Kuno
●
Melalui bahasa Sanskrit, bahasa Melayu mengalami
evolusinya yang pertama dan pengaruh itu adalah pengaruh yang sangat luas
berbanding dengan bahasa atau kebudayaan yang lain dalam sejarahnya.
●
Sejarah
perkembangan bahasa Melayu kuno dipercayai berkembang melalui kelahiran
kerajaan Melayu di Jambi, iaitu kerajaan Sriwijaya.
●
Bahasa
Melayu turut menerima pengaruh bahasa Jawa terutamanya melalui cerita-cerita
panji.
●
Empat batu bersurat yang penting membuktikan
penggunaan bahasa Melayu kuno, iaitu
·
Batu bersurat Kedukan Bukit (683M)
·
Batu bersurat Talang Tuwo (684M)
·
Batu bersurat Kota Kapur (686)
·
Batu bersurat Karang Brahi (686)
● Bahasa Melayu kuno memiliki ciri khusus seperti
ditulis dengan huruf Pallava dan banyak kata pinjaman bahasa Sanskrit. Terdapat penggunaan awalan seperti mar- (ber-), mam-(mem-),
ni-(di-), nipar-(diper-), ka-(ke-), dan sa- (se-) dan ciri-ciri lain.
●
Abad ke-13 dan
ke-14 telah menjadi zaman peralihan di kepulauan Melayu dengan kedatangan agama
Islam telah mempengaruhi bahasa Melayu kuno dan menukarkannya kepada satu
evolusi baru yang dinamakan bahasa Melayu klasik.
●
Bahasa Melayu
klasik dikatakan terpisah daripada bahasa Melayu kuno apabila wujudnya tulisan
jawi. Sebelum kehadiran Islam tulisan Melayu kuno ialah tulisan Rencong dan
Palawa.
●
Pada zaman ini
empat buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu klasik
dijumpai, iaitu:
·
Batu Bersurat
Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M)
·
Batu Nisan di
Minye Tujuh, Acheh (1380 M)
·
Batu nisan
Malik al-Saleh (1297M)
·
Batu Bersurat
Terengganu – dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh
sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303
M hingga 1387 M. Batu bersurat ini ditulis dalam tulisan Jawi.
●
Selepas
kejatuhan Sriwijaya, Melaka telah mengambil alih peranan bukan sahaja sebagai
pusat perdagangan tetapi turut menjadi pusat perkembangan bahasa Melayu.
●
Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut adalah bukti penting penggunaan bahasa Melayu
dalam pentadbiran kerajaan Melayu Melaka.
●
Kejatuhan
Melaka pada 1511 dan kehadiran orang Eropah seperti Portugis, Belanda, Sepanyol
dan Inggeris turut mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu seperti menerbitkan
risalah dalam bahasa Melayu untuk menyebarkan agama Kristian.
KATA KUNCI
aksara
batu
bersurat
cerita
panji
batu
bersurat Talang Tuwo
|
Majapahit
batu
bersurat Kedukan Bukit
Sriwijaya
batu
bersurat Talang Tuwo
|
PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan perbezaan bahasa Melayu purba dengan
bahasa Melayu kuno.
2. Mengapakah bahasa Jawa sukar berkembang berbanding
dengan bahasa Melayu?
3. Bincangkan kelainan antara bahasa Melayu klasik
dengan bahasa Melayu moden.
RUJUKAN
Abdul Rashid Melebek
dan Amat Juhari Moain (2006) Sejarah
bahasa Melayu. KL: Utusan Pub.& Dist.
Abdullah Hassan (2006). Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu 1-V1. Kuala Lumpur:
DBP
Asmah Haji Omar (1998). Susur
galur bahasa Melayu. KL:DBP
Ahmad Adam (1994). Isu bahasa dan
pembentukan bangsa. Kuala Lumpur: DBP
Awang Sariyan (1995). Ceritera bahasa. Kuala
Lumpur:DBP
Darwis Harahap
(1992). Sejarah pertumbuhan
bahasa melayu. Pulau Pinang :
Penerbit USM.
Ensiklopedia Bahasa Utama
Dunia. (1998). KL:DBP.
Ismail
Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan
bahasa kebangsaan kita. KL:DBP
Nik Safiah Karim et.al, (2004).
Tatabahasa Dewan: edisi semakan. KL:DBP
Noriah Mohamed (1999). Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu
Lama. Pulau Pinang:
USM.
Slametmuljana
(1975). Asal bangsa dan bahasa Nusantara. Jakarta: Balai Pustaka.
sangat berguna, terima kasih doa takdir
BalasPadamsama-sama
PadamSetahu saya ada 3 teori tentang tulisan rencong ni.
BalasPadam1) Tulisan rencong merupakan turunan tulisan kawi yang mana kawi merupakan turunan tulisan pallava
2) Tulisan rencong dicipta sendiri orang2 melayu / peribumi asia tenggara berdasarkan pemerhatian pada ranting-ranting kayu dan alam semulajadi sebelum kedatangan pedagang2 dari india yang membawa sekali agama hindu, bahasa Sanskrit dan tulisan pallava
3) Tulisan rencong dan lain2 tulisan kaganga dari sumatera berasal terus dari tulisan phoenicia yang mana tulisan phoenicia ini lebih tua daripada tulisan kawi, pallava dan brahmi.
Saya rasa ketiga-tiga teori ni saling berkait antara satu sama lain. Mula-mula sekali bahasa yang digunakan pada zaman prasejarah adalah bahasa melayu purba. Apa yang kita tau bahasa melayu purba ni tak ada rekod bertulis. Pada masa yang sama, tulisan rencong dikatakan tulisan asli melayu yang digunakan sebelum kedatangan pedagang-pedagang india ke kepulauan melayu. Sebenarnya, tulisan ini asalnya tulisan melayu yang diubahsuai daripada tulisan phoenicia kerana sejarah hubungan perdagangan antara semenanjung dan sumatera dengan asia barat sejak sekian lama (sejak zaman berzaman sebelum masihi). Kemungkin besar bahasa melayu purba ditulis dengan tulisan rencong tapi dalam jumlah yang terhad dan pada bahan yang cepat luntur / musnah. Oleh kerana itu, tak ada rekod bahasa melayu purba secara bertulis yang dijumpai. Mungkin kerajaan-kerajaan melayu terawal yang muncul pada abad pertama dan kedua masihi ada menggunakan tulisan rencong tetapi pada masa tersebut, bahasa melayu telah berubah daripada bahasa melayu purba kepada bahasa melayu kuno. Tulisan rencong tidak digunakan secara meluas sebaliknya tradisi lisan (dari mulut ke mulut) yang lebih popular. Dengan kedatangan pedagang-pedagang dari india dan tulisan pallava menyebabkan tulisan rencong terus tenggelam ditambah lagi dengan perubahan bahasa melayu hasil pengaruh dari bahasa sanskrit. Tapi masih ada segelintir orang melayu yang menguasai tulisan ini dan menurunkannya kepada generasi kemudiannya.
Bahasa melayu kuno kemudiannya hanya mula ditulis pada abad ke 7 masihi dengan tulisan pallava. Tulisan pallava kemudiannya berevolusi menjadi tulisan kawi dan kemudiannya tulisan rencong muncul semula di sumatera semasa zaman srivijaya. Tulisan ini diubahsuai bunyi dan sistem ejaannya berdasarkan bunyi dan ejaan tulisan kawi kerana populariti tulisan kawi, bahasa melayu kuno dan anutan agama hindu oleh orang melayu. Tulisan rencong ini dan variasi tulisan2 kaganga yang lain terus berkembang di sumatera dan digunakan serta masih wujud sehingga kini di sumatera tetapi tidak wujud di semenanjung kerana telah lenyap sejak zaman awal tulisan pallava lagi. Tulisan rencong, rejang, lampung dan lain2 tulisan kaganga yang ada sekarang adalah dalam bentuk terbaru dan terakhir dan tidak sama 100% dengan bentuknya yang asal semasa mula2 diubahsuai daripada tulisan phoenicia.
terima kasih atas perkongsian pandangan.
Padam