ASAL USUL BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
KULIAH HMT313
UNIT 1
ASAL USUL BAHASA DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU
Hasil pembelajaran
Pada akhir
unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan
etimologi istilah Melayu.
2. Menjelaskan
asal-usul bangsa dan bahasa Melayu.
3. Membezakan
pendirian para sarjana berkenaan dengan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu.
4.
Memahami dan mengetahui rumpun keluarga bahasa Austrik.
5.
Mengenal pasti rumpun Austronesia dan rumpun bahasa Melayu
6.
Menyenaraikan persamaan ciri-ciri bahasa yang ada dalam rumpun bahasa
Melayu
.
PENGENALAN
U
|
nit ini akan memerihalkan sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Perbincangan asal-usul bangsa dan bahasa Melayu akan memfokuskan konsep Melayu
dan etimologi istilah Melayu. Teori dan hipotesis tempat asal bangsa dan bahasa
Melayu yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan sarjana tempatan akan
dibincangkan Di dalam unit ini anda juga akan didedahkan dengan sejarah asal-usul
rumpun bangsa dan bahasa Melayu. Unit ini akan mendedahkan konsep dan memahami perkaitan
di antara filum, rumpun dan keluarga bahasa.
Kita juga akan menyelusuri rumpun bahasa Austronesia dan keluarga bahasa
yang berada di bawah bahasa tersebut.
Asal usul keluarga bahasa Nusantara khususnya bahasa Melayu dan dialek yang
terdapat dalam bahasa Melayu turut dibincangkan.
PENGERTIAN MELAYU
B
|
angsa Melayu merupakan bangsa termuda di antara
bangsa-bangsa lain di dunia. Sebelum membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan
apa itu bahasa Melayu, terlebih dahulu kita perlu memahami asal-usul perkataan
‘Melayu’.
·
Catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan
ditulis sekitar tahun 644 Masihi yang menyatakan bahawa ada utusan yang
mempersembahkan hasil bumi kepada pemerintah Tiongkok yang datangnya dari
kerajaan Mo-lo-yeu. Nama bagi
kerajaan Mo-lo-yeu itu berasal dari
nama sebuah sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebut, iaitu sungai
Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai sudah menjadi
kebiasaan dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan,
Sarawak, Selangor, Perak, Siak, Terengganu dan Inderagiri. Berdasarkan cerita,
air sungai tersebut begitu deras arusnya, selaju orang berlari. Melayu yang
dimaksudkan adalah sama dengan pengertian dalam bahasa Jawa, iaitu lari. Hal ini boleh dipadankan
dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
·
Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib
Buddha mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu
merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 tahun Masihi (Darwis
Harahap,1992:13). Mereka menggunakan bahasa tempatan, iaitu bahasa Melayu yang
disebut oleh I-Tsing sebagai Kw'un Lun di Sriwijaya sebagai bahasa
perdagangan dan pemerintahan pada abad ke tujuh.
·
Mengikut Zuber Usman[u1] , perkataan Melayu berasal daripada perkataan
‘Himalaya’ yang telah disingkatkan kepada ‘Malaya’,dan kemudian menjadi Melayu.
Perkataan ‘Himalaya’ berasal daripada perkataan ‘Hima’ dan ‘alaya’. Hima’
bererti salji atau salju, sedangkan ‘alaya’ bererti tempat. Dengan itu himalaya
bermaksud tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi.
·
Mengikut Slametmuljana[u2] , kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan
Sanskrit. Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang
Utara Selat Melaka, perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya, iaitu ‘Malaya’ manakala di seberang sebelah
Selatan mengalami perubahan bunyi kepada ‘Melayu’.
·
Terdapat juga pengkaji berpendapat perkataan melayu
berasal daripada perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika berlaku
penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di
sempadan Sumatera Barat. Di kawasan tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu
prasasti Amoghapasa sebagai peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang
dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud “Ekspedisi Melayu”, iaitu penyerangan dan
seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.
Istilah Melayu boleh digunakan dalam pengertian
yang luas dan juga sempit. Dalam pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara
tradisional disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu. Kamus Dewan (2006:1014)
mendefinisikan Melayu merujuk kepada
nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung Malaysia.
Kajian UNESCO(1972) mencatatkan;
- bangsa Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama
- bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, mempunyai ketinggian sederhana penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu dari Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Islands) di Lautan Pasifik berhampiran dengan Republik Chile di timur, kemudian dari kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di selatan. Peta berikut menunjukkan wilayah penyebaran bahasa Melayu
Takrifan ini dapat disimpulkan bahawa apa yang
dimaksudkan sebagai Melayu itu dari segi penentuan taraf kewarganegaraan,
penduduk yang menjadi rakyat negara Melayu berkenaan boleh menjadi sesiapa
sahaja selain rakyat Melayu sendiri. Pengertian Melayu dari segi suku bangsa bermaksud
mereka ini mestilah berketurunan suku Melayu dari segi darah dagingnya. Agama
Islam tidak menjadi syarat.
Di Malaysia orang Melayu
itu mestilah beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Hal ini
dinyatakan dengan tegas dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dalam perkara
160(2) yang menakrifkan
* orang Melayu sebagai seorang yang beragama
Islam
* bertutur bahasa Melayu
* mengamalkan adat istiadat Melayu
* lahir sebelum hari Merdeka sama ada di
Persekutuan
atau di Singapura, atau pada hari Merdeka dia
bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
|
Dari segi penakrifan antropologi, Syed Husin
Ali [u3] menjelaskan bahawa orang Melayu itu dari segi
lahiriah;
* lazimnya berkulit sawo matang,
* berbadan sederhana besar serta tegap dan
* selalu berlemah lembut serta berbudi
bahasa.
|
TEORI ASAL-USUL BANGSA
DAN BAHASA MELAYU
A
|
sal usul orang-orang Melayu masih kabur kerana
sejarah kuno Asia Tenggara dan wilayah Melayu masih banyak yang belum
diselidiki. Asal usul bangsa dan bahasa Melayu dipercayai berasal dari utara
Asia Tengah yang menggunakan bahasa Austronesia .Encyclopedia Britannica mencatatkan bahawa "bangsa Melayu
adalah kelompok yang berasal dari Yunan dan telah merantau di antara tahun 2500
S.M. hingga tahun 1500 S.M. Mereka bertaburan mendiami dari Malagasi hingga ke
pulau Hawaii di lautan Pasifik. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek dari
rumpun bahasa Austronesia dalam keluarga bahasa Melayo-Polynesia". Di sini
jelas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat[u4] sendiri telah mengakui tentang wujudnya bangsa
Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang besar, iaitu lautan
Pasifik dan lautan Hindi. Secara umumnya terdapat dua teori mengenai asal usul
bangsa Melayu, iaitu teori Yunan dan
teori Nusantara.
TEORI YUNAN ATAU TEORI PENGHIJRAHAN (DARI LUAR
NUSANTARA)
R
|
amai sarjana Barat dan sarjana tempatan yang
mempercayai bangsa Melayu berasal dari luar kepulauan Melayu, iaitu Yunan yang
terletak di Tanah Besar Asia. Teori ini lebih popular dan kadang kala dinamai
Teori Affinities Gendang Dongsong yang dikemukakan oleh H. Kern dan R.H
Geldern. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang ke Kepulauan Melayu
menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan orang
Melayu Negrito, Melayu Proto dan diikuti Melayu Deutro.
Penghijrahan dari Yunan ke selatan dikatakan berlaku
kira-kira 2500 tahun SM. Perpindahan Melayu Proto yang menjadi nenek moyang
Orang Asli dan Melayu Deutro kira-kira 1500 tahun SM yang menjadi nenek moyang
orang Melayu.
Sebelum
perpindahan orang Melayu, di Kepulauan Melayu (Nusantara) ini sebenarnya telah
ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ahli sejarah
mengandaikan orang Melayu Negrito telah ada sejak 8000 tahun SM di Tanah
Semenanjung. Di Kedah sebagai contoh, pada 5000 tahun SM, iaitu pada Zaman Paleolit
dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menjadi induk orang
Negrito, Sakai, dan Semai. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu
berdasarkan data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan.
- Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria) seorang ahli prasejarah yang membuat kajian ke atas kapak-kapak tuan (beliung batu) di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawady, Sungai Salween, Sungai Yangtze dan Sungai Hwang telah dibawa oleh orang-orang Asia Tengah ke pulauan Melayu ini. Beliau juga berpendapat bahawa “orang-orang zaman neolitik (orang darat Mon-Khmer) yang membawa kebudayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu” (Ismail Hussein, 1984:2). Teori ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.
- Hendrick Kern (1889) seorang sarjana Belanda telah mengkaji beberapa perkataan yang digunakan seharian, antaranya tebu, nyiur, buluh, bambu (awi), mentimun, jelatang, tuba, talas, pisan (punti), pandan, ubi, padi, ikan yu, gurita, udang, ikan pari, penyu, buaya, tuna, nyamuk, lalat, babi, asu (anjing), kutu, aalawa, lisa, lab-laba, langau, besi dan wangkang.Perkataan-perkataan ini digunakan di pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik.hingga ke Pulau Pass di Amerika sama dengan perkataan-perkataan yang terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea. Beliau merumuskan bahasa Melayu adalah berasal daripada satu bahasa induk yang ada di Asia
- J.R Logan (1848) telah mengkaji tentang adat resam yang sepunya antara penduduk-penduduk di tanah pergunungan di antara negeri Assam, India dengan kepulauan Hindia Timur sejak pertengahan abad yang lalu. Berdasarkan hasil kajian, beliau telah membuat rumusan bahawa penduduk di Alam Melayu ini berasal dari Assam India. Berdasarkan adat resam yang sama. J.R. Logan juga merupakan orang yang mula-mula menggunakan perkataan Indonesia untuk daerah Alam Melayu, iaitu mendahului A. Bastian.(Darwis Harahap, 1992 : 2)
- John Reinhold Foster (1776):telah menulis sebuah buku yang berjudul 'Voyage Around the World'. Dalam bukunya beliau menyentuh tentang kesamaan bentuk kata antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal dari bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia purba. Bahasa ini dituturkan oleh penduduk kepulauan Hindi atau kepulauan sebelah utara yang berdekatan dengan benua Asia.
- Asmah Hj Omar(1988) turut menyokong teori ini. Namun begitu, proses migrasi atau perpindahan mereka tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu jalan. Ada yang melalui jalan darat (tanah Semenanjung), ada yang melalui jalan laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yang melalui arah timur, iaitu melalui Laut China Selatan.
- Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa dan Abd Hamid Mahmood (Sarjana Malaysia) dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu (1997) menyokong teori bahawa penutur-penutur bahasa Melayu datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam beberapa gelombang pergerakan manusia. Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M. Masyarakat Austronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan lautan Pasifik.
- Ismail Hussein (1966) dalam bukunya Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita bersetuju bahawa bangsa Melayu berasal dari golongan Austronesia di Yunan yang kemudiannya bergerak dalm dua puak yang besar, iaitu Melayu Proto (2500 SM) dan Melayu Deutro (1500 SM). Faktor perhubungan dan geografi telah menyebabkan bahasa yang asalnya satu berkembang di dalam lingkungan yang tersendiri. Bahasa awal inilah yang dinamakan bahasa Melayu Proto atau Melayu Kuno.
- Slametmuljana (1975), turut menyokong teori migrasi yang dikemukakan oleh sarjana Barat. Perpindahan bangsa dari tanah asalnya ke Austronesia telah berlaku berpuluh abad yang lampau, namun tambah beliau tidak boleh kita beranggapan bahawa pada waktu perpindahan gelombang yang pertama dari benua Asia, wilayah Austronesia ini tanpa penduduk
TEORI NUSANTARA
T
|
erdapat beberapa sarjana yang mengemukakan
pandangan bahawa bangsa Melayu tidak datang dari mana-mana sebaliknya telah
mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama. Berikut pandangan dan hujah
mereka yang menyokong teori ini.
- John Crawford (1848) seorang sarjana Inggeris membuat kajian tentang perbandingan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Lampung, bahasa Melayu dengan bahasa Sunda, bahasa Melayu dengan bahasa Madura, bahasa Melayu dengan bahasa Bali, bahasa Melayu dengan bahasa Bugis dan juga dengan beberapa bahasa di Indonesia Timor, Pulau Roti dan Pulau Sawu. Perbandingan perkataan tersebut juga beliau lakukan di antara bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisanya, Campa, Formosa, dan beberapa bahasa lain di Lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi di Pulau Madagaskar. Beliau menyimpulkan bahasa Melayu dan bahasa Jawa menjadi induk bagi semua bahasa tersebut. Kedua-dua bahasa ini dinamakan 'Malayan'. Hujah ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Beliau juga berpendapat bahasa Jawa ialah bahasa yang tertua dan menjadi bahasa induk kepada bahasa-bahasa lain.
- P.W. Schmidt (1906): yang membuat kajian perbandingan bahasa berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer serta bahasa-bahasa di Nusantara. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. (Asmah Hj. Omar, 28-29). Pendapat beliau telah di sokong oleh K.Hilmly (1980) yang menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa.
- Sutan Takdir Alisjahbana seorang ahli bahasa Indonesia menamakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yang tinggal di Asia Tenggara seperti di negara Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia merupakan bangsa Melayu. Penduduk-penduduk ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yang sama. Mereka turut dikatakan bukan hanya mempunyai persamaan dari segi warna kulit tetapi turut mempunyai persamaan dari segi saiz bentuk badan. Manusia kuno seperti Homo Soloinensis dengan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut, iaitu berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
·
Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abdul Rahman (ATMA,UKM) , menegaskan bahawa orang Melayu dan bumiputera bukanlah
pendatang, sebaliknya sudah berada di Semenanjung sejak 35,000 tahun lalu.
Dengan mengemukakan bukti kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni,
beliau menolak teori migrasi diguna pakai sejak 1930-an dan mengemukakan teori
evolusi atau perubahan. Antara
faktor yang menyebabkan berlakunya evolusi ialah perdagangan jalan darat dan
juga perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar. Orang Melayu dan
bumiputera sebenarnya berasal daripada satu baka sahaja dan yang membezakan
orang Melayu dengan bumiputera pada hari ini adalah anutan agama. Beliau
menambah tidak pernah berlaku dalam sejarah orang Melayu dan bumiputera di
pesisir Selat Melaka yang mereka itu tiba di kawasan ini mengikut gelombang
Proto Melayu, Deutro-Melayu atau Melayu. Hasil penyelidikan arkeologi dan
analisis bukti arkeologi di pesisir Selat Melaka juga menunjukkan kemunculan
tiba-tiba barang baru di zaman Neolitik adalah disebabkan perdagangan antara
kawasan, bukan melalui perpindahan penduduk atau migrasi.
Apakah
teori yang paling popular berkaitan dengan asal usul orang Melayu?
Kemukakan alasan yang menyokong hujah anda.
Jelaskan mengapa agak sukar untuk kita
mengesan asal usul bangsa Melayu
Definisikan
makna Melayu mengikut kefahaman anda.
|
TEORI YANG DITERIMA
UMUM
M
|
encari tanah asal bangsa dan bahasa Melayu agak
sukar dan sehingga kini masih kabur. Namun begitu pendapat yang menyatakan asal
bangsa dan bahasa Melayu dari Tanah Besar Asia atau lebih dikenali dengan Teori
Yunan diterima umum dan lebih popular. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah
seperti berikut:
1. Kapak Tua yang ditemui di Asia Tengah dan di
Kepulauan Melayu menunjukkan adanya proses migrasi penduduk daripada Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada adat resam
yang diamalkan oleh suku Naga di daerah Assam yang terletak berhampiran dengan
sempadan India dengan Myanmar.
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di
Kemboja, iaitu bahasa Cham. Ini mengukuhkan kepercayaan penduduk di Kemboja
mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Secara
tidak langsung hal ini menunjukkan pertalian
bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja dan sekaligus pertaliannya dengan
dataran Asia Tengah atau Yunan.
Berdasarkan
Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu
menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan orang Melayu
Negrito, Melayu Proto dan diikuti Melayu Deutro. Sebelum perpindahan penduduk
dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang
kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ahli sejarah mengandaikan orang Melayu
Negrito telah ada sejak tahun 8000 SM di Tanah Semenanjung. Mereka tinggal di
dalam gua dan sumber pencarian mereka adalah berburu binatang. Alat perburuan
mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu
Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman
Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan
orang Negrito, Sakai, dan Semai. Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu
berdasarkan data arkeologi yang ditemui di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang
Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal
berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir
penuh, serta saiz badan yang pendek.
Perpindahan
orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM.
Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai
dengan kemahiran bercucuk tanam.Kedatangan Melayu-Deutro menyebabkan kelompok
Melayu-Proto berundur ke kawasan pedalaman iaitu memasuki hutan, lembah dan
kawasan-kawasan pergunungan. Walaupun kelompok ini telah melarikan diri ke
kawasan pedalaman, namun kelompok ini masih wujud sehingga kini dan keturunan
mereka dikenali sebagai orang asli yang terdiri daripada orang asli Negrito, Senoi,
Jakun dan Temuan. Petempatan Melayu-Proto ini telah terpisah-pisah. Namun
begitu, bahasa yang dituturkan oleh mereka telah berkembang dan melahirkan
dialek-dialek dan bahasa yang berlainan.
Perpindahan
orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang
kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai
dan mempunyai kemahiran berlayar. Golongan Melayu-Deutro pula dikatakan
mempunyai peradaban lebih tinggi daripada Melayu-Proto. Golongan ini mempunyai
kemahiran dalam bidang tertentu seperti membina petempatan dipesisiran pantai
dan turut tinggal menetap disamping mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
bidang pelayaran. Dengan kemahiran yang dimiliki, mereka telah membuka
petempatan baru dan seterusnya terus berkembang di kawasan tersebut.
Encyclopedia
Britannica mencatatkan bahawa "bangsa Melayu adalah kelompok yang berasal
dari Yunan dan telah merantau di antara tahun 2500 S.M. hingga tahun 1500 S.M.
Mereka bertaburan mendiami dari Malagasi hingga ke pulau Hawaii di lautan
Pasifik. Mereka bertutur dalam pelbagai dialek dari rumpun bahasa Austranesia
dalam keluarga bahasa
Melayo-Polynesia" Di sini
jelas membuktikan bahawa sarjana-sarjana barat sendiri telah mengakui
tentang wujudnya bangsa Melayu yang bertaburan di sekitar dua buah lautan yang
besar, iaitu lautan Pasifik dan lautan Hindi.
|
Jika benar bangsa Melayu
ini sememangnya berasal dari kepulauan Melayu, sebelum itu dari manakah asal
mereka? Bicangkan bersama rakan anda.
|
RUMPUN BAHASA MELAYU
M
|
enurut Asmah Haji Omar (1988), bahasa mempunyai
perkaitan kekeluargaan diantara semua bahasa-bahasa yang terdapat di dunia. Perkaitan kekeluargaan tersebut
boleh dianologikan kepada perkaitan antara kekeluargaan manusia. Demikian dalam
bahasa juga ada perkaitan yang dekat dan yang jauh. Jika sesebuah bahasa
tersebut mempunyai banyak ciri-ciri yang sama antara mereka akan menganggotai
kelompok yang lain yang mempunyai anggotanya sendiri. Walau bagaimanapun,
antara kedua-dua kelompok itu masih mempunyai perkaitan.
Berdasarkan perkaitan
tersebut bahasa dikelaskan dalam kelompok yang diberi nama-nama khas
berdasarkan lama-waktu masing-masing. Lama-waktu tersebut ialah umur bahasa
tersebut yang dikira samasa bahasa itu berpecah dari induknya. Dengan
berdasarkan lama-waktu bahasa tersebut yang mempunyai perkaitan, kekeluargaa,
bahasa-bahasa di golongkan dalam rumpun, keluarga, dan subkeluarga.
Terdapat tiga konsep
penting yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum kita menyelusuri susur
galur sesuatu bahasa, iaitu;
·
Filum
|
Kelompok bahasa yang menjangkau masa lebih 5,000 tahun.
|
·
Rumpun
|
Sekelompok bahasa yang
mempunyai tempoh masa antara 2,500 hingga 5,000 tahun
|
·
Keluarga
|
Sekelompok bahasa yang
kurang daripada 2,500 tahun
|
Sesuatu bahasa yang sedikit menyimpang atau
menunjukkan sedikit kelainan juga disebut sebagai bahasa sekeluarga. Sesuatu
keluarga bahasa boleh terdiri daripada beberapa bahasa yang dipanggil
subkeluarga bahasa berdasarkan tempat dan nama bahasa tertentu.
Rumpun bahasa
Austronesia
|
|
Rumpun bahasa Tibet
|
|
Berikut
beberapa contoh kata-kata bilangan dari satu sampai sepuluh dalam beberapa
bahasa Austronesia.
Bahasa
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
7
|
8
|
9
|
10
|
Proto-Austronesia
|
esa/isa
|
duSa
|
Telu
|
sepat
|
lima
|
enem
|
pitu
|
walu
|
siwa
|
sa-puluq
|
Aceh
|
sa
|
duwa
|
Lhee
|
peuet
|
limöng
|
nam
|
tujôh
|
apan
|
sikureueng
|
plôh
|
Bali
|
sa
|
dua
|
Telu
|
empat
|
lima
|
enem
|
pitu
|
akutus
|
sia
|
dasa
|
Jawa kuno
|
sa
|
rwa
|
Telu
|
pat
|
lima
|
nem
|
pitu
|
wwalu
|
sanga
|
sapuluh
|
Jawa baru
|
siji
|
loro
|
Telu
|
papat
|
lima
|
nem
|
pitu
|
wolu
|
sanga
|
sepuluh
|
Sunda
|
hiji
|
dua
|
Tilu
|
opat
|
ima
|
genep
|
tujuh
|
dalapan
|
salapan
|
sapuluh
|
Tagalog
|
isá
|
dalawá
|
Tatló
|
ápat
|
limá
|
ánim
|
pitó
|
waló
|
siyám
|
sampû
|
Malagasy
|
iráy
|
róa
|
Télo
|
éfatra
|
dímy
|
énina
|
fíto
|
válo
|
sívy
|
fólo
|
Minangkabau
|
ciék
|
duo
|
Tigo
|
ampék
|
limo
|
anam
|
tujuah
|
dalapan
|
sambilan
|
puluah
|
Melayu
|
satu
|
dua
|
Tiga
|
empat
|
lima
|
enam
|
tujuh
|
apan
|
sembilan
|
sepuluh
|
Bahasa
Melayu menjadi bahasa kebangsaan di empat buah negara Asia Tenggara.
1. Indonesia
2.
Malaysia
3.
Brunei
4.
Singapura
|
Peta penyebaran bahasa Melayu di Asia Tenggara
Bahasa Melayu yang digunakan di Indonesia
dikenali sebagai ‘Bahasa Indonesia’. Di
Malaysia bahasa Melayu turut di kenali sebagai ‘Bahasa Malaysia’ dan di Singapura dan Brunei sebagai Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan.
Selain di luar kawasan Selat
Melaka, dialek-dialek Melayu juga ditemui digunakan di sepanjang pantai
bahagian selatan dan barat Borneo, di wilayah paling selatan Thailand dan di
Kepulauan Mergui di Burma. Kreol yan berasaskan bahasa Melayu ditemui digunakan
bukan sahaja di kalangan penduduk yang asalnya bertutur dalam bahasa Cina di
Negeri-negeri Selat lama bekas British Malaya, tetapi juga di berbagai-bagai
pelabuhan di bahagian timur Indonesia dan di Pulau Krismas dan Pulau Cocos di
Lautan Hindi. Di dalam tiga negara yang lain perkadaran penduduk yang bertutur
dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut: Malaysia 45 peratus (35 peratus
bertutur dalam bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasa India dan 10 peratus dalam
bahasa peribumi bukan bahasa Melayu), Singapura 15 peratus (70 paratus dalam
bahasa Cina, 10 peratus dalam bahasa-bahasa India) dan Indonesia 7 peratus (90
peratus dalam bahasa-bahasa peribumi bukan bahasa Melayu, 3 peratus dalam
bahasa Cina) (Bernard Comrie; terjemahan Aishah Mahdi...[et al]..1998: 56).
Bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan
di Malaysia, Kalimantan, Indonesia,
Brunei, Singapura dan Selatan Thailand tetapi turut menjangkau dari kepulauan
Formosa hinggalah ke Madagaskar. Antara faktor yang menyumbang kepada
penyebaran bahasa Melayu ialah faktor
perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan. Peta berikut menunjukkan
wilayah penyebaran bahasa Melayu.
Sebaran keluarga bahasa Melayu-Polinesia
(Austronesia) (sumber: Ismail Hussein,
1995)
Di Malaysia,
bahasa Melayu menyebar, berkembang dan membentuk beberapa dialek yang kebetulan
ditandai dengan persempadanan negeri. Maka wujudlah apa yang disebut dialek
Utara (Kedah dan Utara Perak), dialek Pulau Pinang, dialek Perak, dialek Johor,
dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang, dialek Kelantan, dialek
Terengganu, dialek Negeri Sembilan, dialek Sarawak dan dialek Sarawak. Di luar
Malaysia misalnya di Brunei dialek Brunei dan dialek Kedayan dan di Indonesia
dialek Jakarta atau lebih dikenali dialek Betawi
Beberapa contoh
penggunaan dialek yang terdapat di Malaysia.
Dialek
|
Perkataan
|
Bahasa Standard
|
Catatan
|
Johor
|
leba, bemain
|
lebar, bermain
|
Pengguguran konsonan /r/
|
Kedah
|
cayaR, hampiaR
|
cair, hampir
|
Penggantian /r/ dalam lingkungan/R/
|
Selangor
|
itam
|
hitam
|
Pengguguran konsonan h
|
Selangor
|
habes
|
habis
|
Penukaran vokal /i/ kepada /e/
|
Melaka
|
bakaw, tikaw
|
bakar, tikar
|
Penukaran konsonan /r/ kepada /w/
|
Perak
|
bileq, tumboq
|
bilik, tumbuk
|
Penukaran konsonan /k/ kepada /q/
|
Sarawak
|
alus, ampas
|
halus, hampas
|
Pengguguran vokal /a/
|
Sarawak
|
pulo, dango, pande
|
pulau, dangau, pandai
|
Diftong aw dan ay dalam bahasa baku sejajar
dengan /o/ dan /e/
|
Kedah
|
kambin, kucin
|
kambing, kucing
|
Konsonan nasal
|
Kelantan
|
ssano, jjale
|
ke sana, berjalan
|
Pemanjangan konsonan
|
Kelantan
|
saloh, tane
|
salah, tanam
|
Penyengauan
|
Terengganu
|
paka, bala, jalong
|
pakai, balai, jalan
|
Pengguguran vokal /i/ dan bunyi nasal
|
Terengganu
|
paka, gula,pisa
|
pakai, gulai, pisau
|
Diftong /ay/ sejajar dengan vokal /a/
|
Ng. Sembilan
|
bubo, jalo
|
bubur, jala
|
Pengguguran konsonan /r/
|
Ng Sembilan
|
nogori, ilang
|
negeri, hilang
|
Penggunaan vokal /o/
|
Beri contoh lain
dialek bahasa Melayu yang anda
ketahui dalam dialek yang anda tuturkan.
|
Rumusan
a. kapak tua yang ditemui di Asia Tengah dan di
Kepulauan Melayu menunjukkan adanya proses migrasi penduduk daripada Asia
Tengah ke kepulauan Melayu.
b. adat resam bangsa Melayu mirip kepada adat resam
yang diamalkan oleh suku Naga di daerah Assam yang terletak berhampiran dengan
sempadan India dengan Myanmar.
c.
Bahasa
Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja, yang berasal daripada dataran
Yunan dan secara tidak langsung hal ini menunjukkan pertalian bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja dan
dataran Asia Tengah atau Yunan.
4. Teori Nusantara dikemukakan oleh sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir
Alisjahbana dan Nik Hassan Shuhaimi Nik
Abdul Rahman. Namun begitu teori ini kurang popular.Antara hujah pendukung
teori ini;
a.
Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun
yang tinggi pada abad kesembilan belas dan hal ini menunjukkan orang Melayu
tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
b.
Persamaan yang berlaku antara bahasa Melayu dan
bahasa Champa
c.
adalah satu
fenomena "ambilan"
d.
Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan
adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut
yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
e.
Bahasa di Nusantara mempunyai perbezaan yang ketara
dengan bahasa di Asia Tengah.
KATA KUNCI
Konsep
Melayu Filum Dialek
Teori
Yunan Keluarga
bahasa Austronesia
Teori
Nusantara Rumpun bahasa Bahasa Nusantara
PENILAIAN KENDIRI
1.
Apakah yang anda fahami dengan istilah Melayu dan
asal usul bangsa dan bahasa Melayu.
2.
Bincangkan faktor-faktor yang memungkinkan bahasa
Melayu mudah diterima oleh masyarakat Nusantara?
3.
Mengapakan bahasa Nusantara dikatakan mempunyai
keluarga bahasa yang paling besar berbanding keluarga bahasa lain yang terdapat
dalam rumpun Austronesia?
4.
Jelaskan faktor-faktor yang membantu penyebaran
bahasa Melayu.
RUJUKAN
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006. Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Pub.& Dist.
Abdullah Hassan (2006). Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu 1-V1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad
Adam (1994). Isu bahasa dan pembentukan bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Haji Omar
(1998). Susur galur bahasa Melayu.
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Darwis Harahap (1992). Sejarah pertumbuhan
bahasa Melayu. Pulau Pinang :
Penerbit USM.
Ensiklopedia Bahasa Utama Dunia. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Karim et.al, (2004). Tatabahasa Dewan: edisi semakan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Noriah Mohamed (1999). Sejarah
Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau Pinang: USM.
Slametmuljana (1975). Asal bangsa dan bahasa
Nusantara. Jakarta: Balai Pustaka.
Ulasan
Catat Ulasan