KAMUS PELBAGAI BAHASA/ TRILINGUAL DICTIONARY



KAMUS TRILINGUAL/PELBAGAI BAHASA
Nisbah penyusunan kamus pelbagai bahasa atau trilingual adalah amat kecil berbanding dengan kamus dwibahasa ataupun kamus ekabahasa. Sehingga abad ke-20, beberapa buah kamus pelbagai bahasa telah disusun. Di Indonesia, antara kamus yang bersifat trilingual ialah Dictionaire Malai, Hollandais et Francais ( Kamus Melayu, Belanda, dan Perancis) yang disusunan oleh C. J.P Elout pada tahun 1825, A Vocabulary of English Languanges ( dua ribu kosa kata Inggeris, Bugis, dan Melayu) susunan Th. Thomsen pada tahun 1833, Nederduitsch-Maleish en Soendash Woordenboek ( Kamus Belanda, Melayu dan Sunda) susunan A. de Wilde pada tahun 1841, Maleisch-Holland-Sch-Atjechsche Wordenlijst (Daftar kata Melayu-Belanda-Acheh) susunan P. Ariens pada tahun 1880, Minangkabaush-Maleisch-Olanda (Kamus Minangkabau-Melayu-Belanda) susunan J. C. Toorn pada tahun 1891, Kamus Asing-Indonesia-Arab, susunan Abdullah Nuh pada tahun 1955, Kamus Indonesia-Inggeris-Belanda, susunan L. Bons pada tahun 1957.
Di Malaysia, antara kamus bersifat trilingual ialah Perbendaharaan Kata Inggeris-Melayu-Dayak susunan William Chalmers pada tahun 1861, Perbendaharaan Inggeris-Melayu-Melano (Sarawak) susunana John Tamat pada tahun 1867, English-Sulu-Malay Vocabulory susunan Cowie pada tahun 1893, Kamus Tiga Bahasa: Bahasa Inggeris-Melayu-Arab, susunan Mustapha A.R. Mahmud pada tahun 1939, Kamus Berguna Bahasa Melayu-Inggeris-Tionghoa, susunana Lee yu kai pada tahun 1960, Kamus perkataan Seerti (B. Melayu-Inggeris-Tionghoa) susunan Yip Siew Cheng pada tahun 1963, Kamus Tiga bahasa Federal (B. Malaysia-Cina-Inggeris) susunan Abd. Aziz Rahman pada tahun 1987, Kamus Tribahasa (B. Melay-Cina-Inggersi), susunana Chong Swee Huat pada tahun 1988.
Daripada senarai kamus tribahasa, Kamus Triglot Vocabulory-English, Malay, Chinese (Hok-kien,  Hok-ka, Character) mempunyai sifatnya yang tersendiri, walaupun tidak diketahui nama penyusunnya. Kamus ini menggunakan ejaan Rumi dan takrifan makna kata Melayu diberi aksara (Hanyu), Hokkien (Fujian) dan Hakka. Ia amat laris berdasarkan rekod cetakannya yang kelima pada keluaran tahun 1907sebanyak 11,000 naskah sudah dicetak.
Seperti Kamus Melayu-Cina yang tergolong dalam kamus dwibahasa, Kamus Melayu-Cina-Inggeris ini juga mendapat sambutan yang baik. Sebahagian daripadanya merupakan kamus edisi murid-murid. Rekod ulang cetak dan sirkulasinya sangat tinggi. Antara kamus yang terkenal abad ini ialah ialah Kamus Berguna Bahasa Melayu-Tionghoa-Inggeris yang telah disusun oleh Lu Po Yeh. Bentuk Kamus itu sederhana, tetapi mempunyai keistimewaannya tersendiri. Oleh itu, ia mendapat sambutan yang baik sehingga berkali-kali diulang cetak. Setelah Lu Po Yeh meninggal dunia ia disunting semula oleh Chong Swee Huat pada tahun 1987 serta diberi nama baru sebagai Kamus Tribahasa. Sepanjang tahun 1960-an, Lim Huan Boon bersama-sama pelajar-pelajarnya menyusun Kamus Melayu-Cina-Inggeris dengan judulnya Kamus Bahasa Melayu Kecil dari tahun 1960 hingga 1971. Kamus yang dihasikan Lim bersama-sama pelajar-pelajarnya  telah diulang cetak sebanyak dua kali. Pengedaran kamus itu berterusan buat beberapa masa selepas itu.
Laris arau tidak sesuatu kamus bergantung kepada dua faktor iaitu isi kandungan dan masa penerbitannya. Sambutan hangat terhadap kamus kecil yang dihasilkan oleh Lim bersama-sama pelajar-pelajarnya itu  disebabkan oleh faktor masa kerana lowongan kamus yang tertinggal di antara pembaca-pembaca Cina itu membawa kesempatan baik kepada penyusunannya. Sayangnya, kamus itu mengalami nasib yang sama dengan Kamus Melayu-Tionghoa hasil susunan Lim yang lain, sehingga tidak pernah disemak kembali atau dipinda dengan seperlunya setelah diterbitkan.
Pada tahun 1973, muncul Kamus Seri Ejaan Bersama selaras dengan pengisytiharaan Sistem Ejaan Bersama Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Peristiwa ini menyebabkan kamus Lim diketepikan oleh pembaca. Pembaca mencari kamus lain yang didapati lebih baik dan sesuai dengan peredaran zamannya. Selain itu , di pasaran tempatan terdapat juga Kamus Am terbaru Bahasa Malaysia, susunan Cheng Song Huat dan Tan Ah Leong (1977) yang juga Kamus Bahasa Malaysia-Tionghoa, susuanan oleh Lee Shao Long dan Jia Tai (1981). Walaupun isinya sederhana tetapi ia tidak asing bagi pengguna dalam masa kebelakang ini. Sementara itu, antara kamus pelbagai bahasa yang paling baru ialah Kamus Perdana susunan Cheng Song Huat (1997) dan Kamus Padu Terkini susunan Lai Cheng (1999).
Seterusnya Kamus Melayu-Inggeris-Cina dan Kamus Cina-Melayu-Inggeris. Kamus kategori ini kurang mendapat sambutan pembaca, maka kurang menarik minat penerbit jika dibandingkan dengan Kamus Melayu-Inggeris-Cina yang telah diperkenalkan tadi. Sehingga kini hanya terdapat beberapa kamus kategori itu dalam pasaran. Kamus Cina-Melayu-Inggeris merupakan kamus yang paling lemah kedudukannya seolah-olah tidak menarik minat penyusun dan penerbitnya.
Seterusnya, disebabkan oleh perkembangan pesat bidang teknologi di Malaysia, maka wujudlah kamus online trilingual iaitu e-alQamus Online yang diperkenalkan pada pengguna. E-alQamus  Online ini adalah perisian perkamusan tiga bahasa yang dibangunkan khusus untuk memudahkan pengguna internet yang sentiasa merujuk kepada buku sebagai bahan rujukan bahasa. Kamus ini menggandungi tiga bahasa iaitu bahasa Arab-Inggeris-Melayu.
    e-alQamus Online diperkenalkan bagi membolehkan golongan guru, pelajar dan individu menguasai Bahasa Arab dengan mudah dan singkat. e-alQamus Online bukan sahaja boleh digunakan untuk mencari makna perkataan dengan lebih berkesan dan cepat, malah ia lebih interaktif dan bermanfaat.  Kemudahan ini juga sangat membantu pelajar-pelajar di semua peringkat terutamanya yang terlibat dengan program j-QAF, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama serta sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
e-alQamus Online amat sesuai sebagai sumber rujukan di Pusat Sumber sekolah, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, Makmal j-QAF serta di rumah kerana ia dapat membantu pengguna mencari makna dengan lebih cepat dan tepat.
Namun demikian, kamus tribahasa ini kurang mendapat sambutan berbanding kamus dwibahasa dan ekabahasa. Sepanjang tradisi penyusunan kamus yang bermula sejak abad ke-15, kamus tribahasa hanyalah berjumlah sebanyak 16 naskah.
RUJUKAN
Ibrahim Ahmad. (1992). Jurnal Dewan Bahasa November: Perkembnagan Perkamusan Melayu. Kuala  
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yang Quee Yee. (2000). Perkamusan Melayu Susunan Masyarakat Cina di Malaysia. Diambil pada 4,
Ibrahim Ahmad. (2005). Perkamusan Melayu: Teori dan Amali. Universiti malaya: Penerbit
Universiti Malaya.

Ulasan

Catatan Popular