TUHAN ITU APA



                                                            



  
CERPEN: TUHAN ITU APA

Hari ini aku mengerti mengapa Tuhan menurunkan hujan membasahi bumi. Hari ini aku mengerti mengapaTuhan menjadikan tanah ini tandus.  Mungkin sengaja untuk mengingati diriku yang kealpaan. Mungkin. Tapi aku sendiri tidak tahu mengapa aku dicampak di suatu sudut yang gersang tanpa ada sesiapa yang mempedulikan aku. Aku ini siapa barangkali pada pandang mereka? Manusiakah atau binatang. Aku pernah menyumbangkan tenaga baktiku pada nusa tapi ini yang dibalasnya. Kuharapkan madu yang dihulurkan rupa-rupanya disimbahi hempedu. Kuharapkan susu yang dihulurkan tapi dibalas dengan tuba. Silapnya siapa? Aku atau mereka.
 Hari ini aku mengerti mengapa Tuhan menurunkan hujan membasahi bumi yang tandus ini. Hari ini aku mengerti mengapa Tuhan menjadikan pelangi di atas awan yang tinggi. Hakikatnya aku ini manusia yang jahil, egois, dan terlalu optimistik sehinggakan aku menidakkan kenyataan daripada seorang kanak-kanak yang suci murni hatinya. Yang masih belum terpalit kekotoran akibat kemelut yang diciptakan oleh manusia dewasa ini. Kekadang kenyataan daripada seorang kanak-kanak mampu menyentak minda seorang intelektual mahupun seorang negarawan yang unggul apatah lagi hati seorang manusia yang bergelar ayah. 
Di suatu petang, aku melihat seorang budak lelaki merengek -rengek disisiku. Langsung aku tidak mengendahkannya. Lalu datang wanita berumur dalam lingkungan 30-an ke depanku. Kukira wanita itu akan memarahiku kerana tidak mengendahkan telatah satu-satunya putera kami. Sebaliknya wanita itu hanya tersenyum manis padaku. Lantas hatiku luluh seperti helaian daun yang gugur pada musim luruh. Dengan segera kupeluk dan kucium anak kecil itu. Telapak tangannya kugenggam erat. Kehangatan tubuhnya mengalir dalam tubuhku juga. Isteriku hanya menjadi pemerhati setia. Kekadang dia memalis ke belakang mungkin menyeka air matanya daripada jatuh membasahi pipinya yang mulus. Aku tidak menegurnya.
Wangian kanak-kanak itu mulai hilang dalam deria bauku. Susuk kecilnya mulai terpadam dalam mindaku. Telatah nakalnya barangkali sudah terhapus dari ingatanku. Sekarang yang berdiri didepanku adalah seorang lelaki dewasa yang cukup matang dalam perkiraanku.
Hakim.
 Dia membesar dengan penuh kasih sayang daripada ibunya. Namun, kasih sayang daripada aku bagaikan satu titik air hujan sahaja. Sikapnya agak dingin denganku. Tapi isteriku selalu menasihatinya supaya memahami akan kesibukanku dalam mendidik anak bangsa. Aku sering berpesan kepadanya cermin bangsa terserlah melalui adab dan tatasulisa anak bangsanya.
Hana, isteriku ingin benar melihat Hakim mendapat segulung ijazah sebelum dia menghembuskan nafasnya. Akhirnya aku menghantar Hakim ke Universiti Oxford dalam bidang kedoktoran. Isteriku hanya menyetujui sahaja. Tapi Hakim tidak bersetuju akan cadangan itu. Bagi Hakim buat apa belajar jauh-jauh sedangkan ilmu boleh dicari di mana-mana dan selagi kaki masih berpijak di bumi Tuhan. Selagi nafas masih menghirup udara milik-Nya.
“Abah, buat apa menuntut ilmu di rantau orang sedangkan tanah yang aku pijak ini sudah menjanjikan sejuta ilmu di dada. Abah boleh saja menempatkan aku di mana-mana universiti tempatan.”
“Bukan begitu maksud abah. Abah ingin kau belajar di negeri orang kerana teknologi mereka dalam bidang berubatan begitu canggih. Negara ini sudah jauh ketingggalan. Abah tidak ingin kau jadi seperti bapa saudara kau yang belajar di tanah air ini tapi akhirnya orang tidak pandang padanya. Sekarang ini terlampau banyak lulusan graduate di sini. Begitu sukar untuk mendapat pekerjaan. Tapi seandainya abah menghantar kau belajar di Universiti Oxford. Hidup kau akan cerah.”
“Ah, Abah terlampau menyanjungi negara orang! Mengapa dibiarkan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri? Apa Abah sudah lupa yang abahlah yang mendidik anak bangsa  kita? Sekarang Abah cuba menafikan keupayaan sisitem pendidikan ini. Aku rasa Abah masih boleh berfikir. Kenapa Abah mencipta pragmatisme kolot ini?”
                Selama setengah jam kami anak-beranak bertikam lidah. Aku cuba memaksanya untuk memenuhi permintaanku. Akhirnya dia terpaksa mengalah apabila melihat air mata ibunya menitis di wajahnya saat isteriku mengucup dahinya.
Sudah empat tahun Hakim meninggalkan tanah air bagi menuntut ilmu di rantau orang. Dia selalu juga menghubungi ibunya tapi bukan aku. Aku cuba memahaminya . Aku sedaya-upaya cuba memahaminya. Mungkin dia masih marahkan aku akan peristiwa dahulu.

Petang yang hening itu seakan-akan mengkhabarkan aku satu berita yang aku tak mampu merungkaikannya dengan hanya merasai tiupan angin itu. Isteriku semakin uzur. Kanser perutnya sudah sampai tahap tiga. Berkali-kali aku cuba menelefon Hakim tapi tak berjawab. Aku bimbang jika Hana pergi tanpa sempat melihat wajah Hakim. Aku bimbang andai Hakim melupai kami. Sudah lebih dua bulan kami suami isteri tidak menerima sebarang perkhabaran dari Hakim. Anak itu tiba-tiba menyepi. Mungkin dia menyalahkan aku kerana tidak pergi ke sana bagi meraikan hari konvokesyennya. Tapi aku rasa dia masih boleh berfikir. Aku tidak mungkin ke sana kerana keadaan Hana makin tenat. Aku juga tidak mungin ke sana kerana dia tidak pernah meminta aku ke sana. Tidak pernah bertanya khabar padaku. Aku tidak tahu. Akhirnya petang yang hening bersama-sama angin yang lembut membawa isteriku ke alam baru. Sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dia sempat berpesan padaku.
“Hargai apa yang ada abang. Buat apa mengejar yang jauh sedangkan yang dekat tercicir.Hakim…” Ayat itu tergantung. Dan sampai ke hari ini aku masih belum mengerti apa yang dikhabarkan oleh Hana.
Aku tahu betapa deritanya dia kerana tidak sempat melihat wajah Hakim. Aku tahu betapa deritanya dia kerana tidak sempat mendengar suara manja anaknya. Adakah ini semua salah aku? Aku masih ingat kata-kata Hakim. Bicaranya masih segar dalam mindaku. Rentak bibirnya yang lincah masih terpampang di mataku. Aku cuba untuk menafikan kenyataan itu dulu. Namun segala-galanya sudah terhidang didepan mata. Segala –gala yang aku takutkan selama ini sudah bertukar menjadi mimpi ngeri yang takkan mampu kuusir. Hanya waktu sahaja yang boleh membawanya pergi meninggalkan aku.
“Abah. Aku hormat abah kerana abah adalah suami kepada ibu. Aku hormat abah kerana tanpa abah aku ini bukan sesiapa. Aku masih ada perasaan hormat pada abah kerana abahlah yang menyantunkan anak bangsa kita. Tapi abah terlupa. Jauh di sudut hati abah yang paling dalam abah sudah kehilangan aku. Anak abah. Aku tidak ingin menyalahkan abah tapi hati ini tak lari daripada mengatakan abahlah puncanya.” Lama suasana menyepi akhirnya aku putuskan untuk menyepi juga.
 Aku tenung wajah puteraku dalam-dalam. Aku masih belum mengerti apa yang ingin dikhabarkannya padaku. Ataukah dia sudah lama ingin menjerit padaku? Ingin meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya yang paling dalam. Dia masih menyepi. Hingusnya mula meleleh seperti anak kecil yang amat aku sukai baunya.
“Aku kira abah masih belum mengerti akan kata-kataku.” Dia memandang tajam ke arahku.
“Atau abah buat-buat lupa atau pura-pura tidak tahu.” Dia menduga sebelum sempat aku menyampuk. Akhirnya aku mengangguk. Aku akhirnya menundukkan keegoaanku pada anakku.
“Abah terlampau sibuk mendidik anak orang lain sedangkan anak sendiri terkapai-kapai mencari hala tuju. Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Apa abah sudah lupa tanggungjawab abah sebagai seorang bapa? Apa abah sudah lupa tanggungjawab abah sebagai seorang ketua keluarga?  Apa abah juga lupa beban yang sedang abah tanggung? Aku anak abah.Aku kenal Tuhan bukan kerana abah tapi kerana ibu dan kawan-kawan aku. Aku kenal alam ini juga pun bukan kerana abah tapi kerana ibu. Abah siapa dalam hidup aku? Hanya sekadar tunggul kayu yang menjadi pemerhati telatahku. Aku kira abah sudah lupakan aku. Tapi yang pasti aku anak abah.”
Kata-kata Hakim yang terakhir itu menghenyak aku ke suatu sudut yang entah aku tidak tahu yang mana utara dan yang mana selatan, yang mana barat dan yang mana Timur. Ya, Hakim masih anak aku. Anak aku daripada hasil cinta aku dan Hana. Aku hanya mendiamkan diri. Menyepi. Peristiwaku bertikam lidah dengannya masih terngiang-ngiang di cuping telingaku. Masih jelas kerut dahinya menahan amarah padaku. Tapi peristiwa itu telah lama dibawa pergi oleh angin lalu. Telah lama dibawa pergi oleh hembusan angin bayu. Namun wajah kecil Hakim masih jelas dalam benakku.
Dua tahun selepas pemergian Hana hidupku seakan tiada hala tuju. Mujurlah aku masih punya akal. Masih mampu menyumbangkan ideaku pada nusa. Selama dua tahun ini aku tidak pernah mendengar khabar daripada Hakim. Aku juga tidak cuba untuk menghubunginya. Lagipun dia juga tidak pernah menghubungiku. Keegoaan hatiku membataskan segala-galanya. Menjadi tembok China antara aku dan Hakim.
Petang itu, aku melabuhkan punggungku di bawah sepohon pokok rambai. Tenang sekali. Tempat inilah yang masih tinggal sebagai kenangan antara aku dan Hana. Kami selalu minum bersama-sama di bawah pohon rambai. Tapi itu dulu. Semuanya telah berakhir sekarang.
                Deringan telefon mematikan lamuanku. Tertera nama Hakim di skrin telefon bimbitku. Agak lama aku menunggu untuk menggangkatnya. Akhirnya aku putuskan untuk menjawabnya.
“Hello.” Ucapku pelahan.
“Emm…Abah Hakim ni. Aku akan berkahwin abah.” Telefon bimbit yang dipegangku hampir terlerai daripada genggaman tanganku.
“Dengan siapa?” Aku menyoal.
“Perempuan Inggeris.” Jawabnya ringkas.
“Islam?” Aku menyoal.
“Bukan.” Dengan pantas Hakim menjawab.
“Tapi dia akan memeluk islam setelah berkahwin dengan kau kan?” Aku menduga.
“Tidak.” Sepatah Hakim menjawab.
Jawapan itu semacam menghentak kepala aku dengan bangunan konkrit seripu tingkat. Menghenyak aku ke dasar laut paling dalam. Melemaskan tubuhku dalam sungai yang airnya terlampau kotor. Ya, mimpi aku sudah bertukar menjadi realiti. Dia bukan lagi seperti yang aku harapkan. Segala-galanya sudah hancur. Semuanya kerana aku.
“Apa kau sudah lupa pada Tuhan. Berkahwin dengannya sama seperti kau meninggalkan agamamu. Abah didik kau dengan iman, Hakim. Abah hantar kau belajar tinggi-tinggi, biar dapat berbakti pada nusa tapi kau rupa-rupanya kau menjadi anai-anai dalam senyap. Meruntuhkan agama yang sudah lama abah semai dalam dada kau. Abah tidak ajar kau semua itu. Kenapa kau sanggup lukai hati ibumu Hakim.” Aku menjerkahnya.
“Abah kata aku sudah lupa pada Tuhan. Tuhan itu apa? Kalau Tuhan itu ada dunia ini takkan dipenuhi dengan api kemarahan. Takkan dipenuhi dengan dendam kesumat. Takkan juga bumi ini dibasahi dengan darah manusia yang tak berdosa. Dan takkan juga ada manusia seperti abah dalam dunia ini yang membiarkan anaknya terkapai-kapai sendirian mencari hala tujunya. Membiarkan anak kecil itu keseorangan dalam mengenal dirinya sendiri tanpa panduan daripada seorang manusia bergelar bapa.”
“Kau seorang yang berpelajaran tinggi mampu berfikir,bukan. Abah kira darjah kepandaian kau sudah tinggi daripada Abah. Sudah cukup matang dalam membuat pilihan. Sudah cukup pandai menganalisis segala teori dan praktikalnya dari sudut manusia yang berintelek tinggi. Sudah tahu timbal balik dari langkah atau perbuatan yang kau dilakukan.”
“Ah, sudahlah abah.” Talian diputuskan begitu sahaja oleh Hakim.
Kaki sudah tidak mampu berdiri lagi. Tanganku sudah tak mampu lagi kugenggam. Fikiranku tiba-tiba menjadi serabut. Mataku tiba-tiba berpinar. Akalku seakan telah mati. Tapi aku masih dapat merasai kepahitan ini di dalam hatiku yang paling dalam. Ya, perit. Anak yang selama ini aku sanjung rupa-rupanya menidakkan agama yang aku semai dalam dadanya.
Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan. Peribahasa yang diungkapkan oleh Hakim enam tahun dulu kembali menerjah ingatan aku. Menangis air mata darah sekali pun aku takkan mampu mengubahnya. Aku takkan mampu mengundurkan masa agar kembali ke masa lalu. Ya, silap aku. Aku sibuk mendidik anak orang lain mengenal tulis baca, mengenal siapa pencipta alam ini. Aku sibuk dengan tanggungjawab aku di luar. Pada hakikatnya tanggungjawab aku di rumah terbengkalai. Aku serahkan tanggungjawab mendidik anak pada isteriku yang juga sibuk menguruskan keperluan aku.
Hari demi hari masa berlalu dengan begitu pantas. Daun yang berguguran dulu kini kembali dengan pucuk-pucuk yang masih segar dan sejuk di pandang mata. Air sungai tidak sederas dahulu. Yang pasti aku masih menunggu kepulangannya. Ya, kepulangan Hakim. Akalku tidak secergas dahulu. Bicaraku juga tidak selincah dahulu. Dulu, jarang yang mampu mematahkan ucapankan. Kini segala-galanya sudah berubah. Sepatah aku mengeluarkan pendapat, beripu-ripu patah datang menggoncang hujahku. Anak zaman sekarang sudah mula berfikiran diluar kotok. Tidak seperti aku waktu aku di usia mereka hanya mengikut sahaja telunjuk daripada orang tua. Dunia sekarang sudah jauh berbeza. Sudah mampu merentasi sempadan. Dalam kesibukkan mereka mengejar dunia mereka telah melanggari sempadan yang ditetapkan  oleh Tuhan. Mereka juga telah menidakkan kekuasaan Tuhan. Mereka berfikir terlampau kritis sehingga mereka mengatakan islam itu bukan pilihan mereka tapi disemai dan ditabur dalam sanubari mereka sehinggakan mereka tidak diberi peluang bertanya Tuhan itu apa?
Aku merasainya. Mereka juga merasainya. Salah siapa sebenarnya. Jari telujuk ini mahu ditunding ke arah siapa? Yang pasti bila jari ini menunding ke arah seseorang , empat jari lagi akan menunding ke arah diri sendiri.
Kelibat Hakim yang dulunya bagai bayang-bayang kini menjelma dalam bentuk jasad dan roh. Aku bukan lagi berada dalam teratakku tapi aku berada di sebuah tempat yang berbentuk segi empat yang dipenuhi  batu-bata. Aku seperti berada di awan-awangan. Gelak ketawa, tangisan dan sesekali jeritan kanak-kanak perempuan menerjah ke cuping telinga tuaku. Bau kanak-kanak itu mengingatkan aku pada bau badan Hakim. Wangi. Bunyi kenderaan terngiang-ngiang di telingaku. Bingit sekali. Bagaimanakah anak zaman sekarang mampu betah tinggal dalam suasana ini? Aku sudah lama nyanyuk. Doktor telah mengesahkan aku mengidap menyakit dementia tahap kritikal. Yang peliknya aku masih ingat cara untuk solat. Aku juga masih tahu membaca dan menulis. Aku juga masih ingat pada Tuhan.  Cuma ingatan aku agak lemah.
Aku sendiri tidak tahu bila dan bagaimana aku boleh berada di sini. Yang aku ingat, aku sedang berbual-bual dengan Hakim tentang perkahwinannya selepas itu aku sudah tidak ingat apa-apa . Pagi masih segar. Burung-burung tak lagi berkicau galak seperti dahulu dan yang  kedengaran hanyalah bunyi-bunyi mesin ciptaan manusia. Aku bersyukur pada Tuhan kerana masih diberi kesempatan untuk aku perbetulkan kesilapan aku. Aku bersyukur pada Tuhan kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di buminya walau hakikatnya udara ini tak sesegar dahulu lagi. Mentari cuba sedaya-upaya untuk menembusi kabus tebal agar sinarnya dapat dirasai oleh wajah senjaku. Kakiku sudah tidak mampu berdiri tegak lagi. Aku hanya duduk di kerusi roda yang di tolak oleh pembantu rumah berbangsa Inggeris. Kekadang anak kecil itu juga sering menolak aku ke sana-sini. Biasanya dia akan menolak aku ke balkoni. Mengerti sekali anak kecil ini bahawa aku tidak suka hidup dalam ruang empat segi itu.
“Papa mana, sayang?” Soalku.
“Entah.” Dia menggelengkan kepalanya. Kepala kecilnya itu di lentokkan ke arahku. Manja sekali. Sesekali rambut keperang-perangannya tersentuh wajahku.
“He has emergency in hospital.” Sampuk pembantu rumah itu dari arah belakang.
“Elly, let go. You need learn.” Ucapnya lagi.
Belajar? Adakah Hakim meneruskan tradisiku. Jangan Hakim. Jangan kau rosak masa depan anakmu yang baru ingin mengenal Tuhan. Walau pada hakikatnya kau sudah menidakkan-Nya dalam hatimu. Benarkan dia bertanya Tuhan itu apa?
“No. Please let me with my grandpa.”
“Ibumu mana sayang?” Aku menyoalnya. Kerana sudah agak lama aku tidak melihat wajah wanita yang berambut keperang-perangan itu di rumah ini.
“Entah.” Anak kecil itu masih menggelengkan kepalanya.
“Pernah kamu bertanya pada Papamu di mana mamamu?”
“Pernah. Tapi papa kata itu urusan orang dewasa. Elly tidak boleh masuk campur.”
“Atuk, Kenapa Tuhan jadikan kita ini manusia?”
“Sebab dia nak suruh kita jaga alam ini dengan sebaik mungkin. Bukankah satu-satunya makhluk yang mempunyai akal itu ialah manusia.” Aku menjawap dengan tenang. Walau aku tahu anak kecil itu tidak puas hati dengan jawapan itu.
“Tapi kalau Tuhan suruh kita jaga alam ini kenapa ada manusia seperti papa? Bukankah Elly juga sebahagian dari alam ini. Perlu dijaga dan dirawat dengan baik.” Duga anak kecil itu. Benar Elly kau sebahagian daripada alam ini. Kau tidak salah. Yang salah adalah datukmu dalam mendidik ayahmu.  Aku memandang wajah anak kecil itu dengan pandangan yang penuh simpati. Aku mengusap lembut rambutnya yang berwarna keperang-perangan
Mengapa ada manusia seperti papa.Itu kata-kata yang diucapkan oleh cucuku.
 Mengapa ada menusia seperti abah. Dan iniah kata-kata Hakim yang diucapkan untukku dulu.
“Tuhan itu apa?” Akhirnya pertanyaan daripada Elly menyentak naluri hatiku. Tuhan itu apa? Pertanyaan itu persis sekali dengan pertanyaan Hakim waktu dahulu.
Tuhan itu apa? Otakku cuba diperah seboleh mungkin. Aku tidak mahu melepaskan peluang ini. Dulu aku tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan untuk cuba menjawab persoalan itu. Tapi hari ini rupa-rupanya Tuhan masih sayangkan aku. Masih memberi peluang untuk aku menjawapnya.
“Elly, Tuhan sentiasa ada. Dia terlampau dekat dengn kita. Walupun kita sering menjauh tapi Dia setiasa mendekat. Tuhan itulah yang menciptakan kita semua. Cuba Elly lihat langit. Tiada tiang bukan. Tapi mengapa langit mampu berdiri tegak?” Aku menyoalnya.
“Emm… sebab Tuhan yang menahannya. Bukankah Tuhan itu berkuasa ,Atuk.” Dia mentertawakan Aku. Gembiranya hati hanya Tuhan saja yang tahu. Walaupun aku tidak mampu menjawapnya dengan bernas dek kerana akalku sudah mula tumpul. Namun bagi kanak-kanak seusia sebelasan tahun itu sudah cukup memadai.
Sudah pukul 2 pagi kelibat Hakim masih belum muncul di dalam kondominum mewah itu yang terletak di jalan Damansara. Aku masih setia menunggunya. Aku ingin memperbetulkan segalanya. Sungguh.Walaupun mataku ingin terkatup rapat aku cuba menguatkan diriku untuk bertahan.  Aku rasa aku mungkin tidak lama lagi di dunia ini. Aku rasa aku mungkin akan dijemput mengadap Illah. Sebelum Tuhan memanggilku ke daerah sana aku perlu menyelesaikan masalah yang aku lakukan segak puluhan tahun dulu. Aku tidak ingin nanti Hakim, Hana dan anak kecil ini menyalahkan aku di depan-Mu, Tuhan. Penantian aku tidak si-sia. Ahkirnya pintu utama kondo mewah itu dibuka luas. Kelibat Hakim yang kusut masai aku cuba dekati. Dia memandangku dengan perasaan curiga.
“Abah ingin katakan sesuatu pada kau.” Aku memulakan bicara. Hakim menolak kerusi rodaku ke meja makan. Dia melabuhkan pungggungnya disisiku.
“Apa, abah?” Dia menyoalku. Walaupun penat dia masih ingin mendengar kata-kataku. Syukur dia masih punya hati. Hatinya masih belum mati.
“Abah tidak ingin masuk campur tentang masalah rumah tangga kau. Di mana isterimu nak?”
Aku lihat Hakim hanya membungkam. Dia merauk rambutnya yang hampir menutupi matanya.
“Sudah kembali ke negara asalnya. Dia kurang sesuai tinggal disini agaknya.”
“Atau kau sebenarnya terlampau sibuk dengan urusanmu?” Aku menduga.
“Bagaimana dengan Elly? Adakah kau juga akan mengulangi kesilapan abah?”Aku mencerlung ke arahnya agar kata-kata itu meresap dalam hatinya.
“Tahukan kau nak, Elly bertanyakan tentang siapa tadi.” Hakim menggelengkan kepalanya.
“Tentang Tuhan itu apa.” Aku menjawap soalan yang aku ujarkan sendiri tadi.
 “Abah tidak pandai didik kau. Abah juga tidak pasakkan keimanan dalam hati kau dengan teguh. Sekarang inilah padah yang terpaksa abah terima. Maafkan Abah. Abah takut suatu saat nanti kau akan menyesal seperti Abah. Tapi abah masih beruntung kerana Tuhan masih memberikan Abah ruang dan peluang untuk berubah. Kau anak abah dan abah tetap abah kau yang selama-lamanya. Jadi kau tidak boleh membiarkan Elly keseorangan dalam mengenal dirinya dan dalam mengenal pencipta alam ini. Adakah kau ingin Elly merasai perasaan yang kau sendiri alami. Abah tahu itu memang perit. Elly anak kau, cucu abah?” Aku usap lembut rambut Hakim. Dia hanya memdiamkan diri. Namun, aku tahu jauh di sudut hatinya dia memikirkan tentang kata-kataku. Dia masih mendiamkan diri. Terus dia menolak kerusi rodaku masuk ke kamar tidurku.
 Aku benci kamar ini. Sesungguhnya aku tidak suka hidup di ruangan kosong empat segi ini. Aku melihat Hakim berlalu pergi meninggalkan aku. Dia langsung tidak berpaling ke arahku.
                Pagi it seperti biasa hanya aku dan Elly sahaja yang bersarapan. Hakim sudah lama ke tempat kerjanya. Hari ini aku merasakan sesuatu yang aneh. Sesuatu yang pernah aku rasa saat kehilangan Hana. Angin di balkoni itu membisikkan satu suara. Tapi aku tak mampu menembusi frekuansinya. Lalu aku biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.
                Bom…. Satu letupan kuat mengegarkan seluruh kondo mewah itu. Asap dan debu memenuhi ruang itu. Aku tidak medengar apa-apa kecuali bunyi hempakan-hempakan sisa runtuhan. Aku cuba mencari Elly namun aku tak mampu. Akhirnya mataku terkatub rapat.
Sedar-sedar sahaja aku berada di hospital tempat Hakim bekerja. Namun, mataku kembali terkatup rapat tanpa sesiapa disisi aku.
“Perhatian kepada Dr. Hakim. Sila datang ke Wad no.9 dengar segera.”
Hakim masih sibuk merawat mangsa runtuhan. Angka yang terkorban masih belum diketahui kerana ramai lagi mangsa yang tidak ditemui. Kejadian ini merupakan bencana yang terburuk pernah terjadi di negara ini. Kudrat illahi tiada siapa mampu menahannya. Pengumuman tadi kembali menyapa halwa telinganya. Terus Hakim bergegas meluru ke wad no.9.
Dunia waktu itu bagai terhenti saja. Entah. Hakim sendiri tidak pasti.
“Dr. Hakim, anak Dr sedang kritikal.” Tubuh kecil yang terlentok di atas katil itu diperhatikannya. Kelu lidah tidak terkira. Darah merah mengalir deras dari rekahan tenggorak anaknya. Hakim cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya. Namun takdir sudah mengatasi tadbir. Terduduk Hakim seketika. Semalam dia masih melihat Elly bergelak ketawa dengannya. Semalam dia masih melihat anaknya sedang tidur dipangkuan abahnya. Hari ini dia kehilangan anak yang selama ini dia tidak endah akan kewujudannya. Menangis air mata darah sekalipun anaknya tidak mungkin akan kembali semula ke dunia. Menjerit dan meraung sekalipun anak kecil itu takkan di hidupkan semula. Terimalah hakikat itu bahawa anaknya telah mati biarpun hakikat itu terlalu pahit untuk ditelan.
“Abah…” bisik hati kecil Hakim.  Dia mencari abahnya. Akhirnya dia menemui abahnya terlantar koma .
“Dr.Hakim.” Panggil seorang jururawat sambil menghulurkan beberapa lembaran kertas yang terbakar.
“Kertas ni digenggam kemas oleh En. Hassan ketika dia dimasukkan ke wad ICU.” Beritahu jururawat itu. Hakim menyambutnya pelahan. Hanya sebahagian saja yang mampu dibacanya.
Hakim, abah tahu abah salah dalam mendidik kau. Abah terlampau mementingkan urusan lain sehingga menidakkan hak kau sebagai anak abah. Abah sudah khilaf Hakim. Sebelum abah menjejak kaki ke alam lain abah harap kau maafkan abah. Abah ingin perbetulkan kesilapan yang pernah abah lakukan pada kau. Abah  menyesal hakim. Sesungguhnya abah tidak ingin nasib yang sama menimpa cucu abah.  Dia masih kecil , masih belum mengerti apa-apa. Dan kau sebagai ayahnya perlu mendidik dan membelai dia. Hakikatnya abah tidak pernah melakukan hal itu pada kau. Tapi jangan kau terlalu bodoh mengikut jejak abah. Abah tahu elly ketandusan kasih sayang seorang ibu dan bapa.
Satu hal yang abah ingin berpesan pada kau kembalilah pada Tuhan kerana hanya Dia tempat kita berjumpa nanti. Abah faham mengapa kau menidakkan agama yang telah abah semai dalam dada kau. Sebabnya abah tidak memberi peluang langsung pada kau untuk bertanya Tuhan itu apa. Namun satu hari Elly bertanya pada abah soalan itu` Tuhan itu apa?’ Tersentah abah, abah tidak tahu ingin meenjawapnya dek kerana tumpulnya akal pemikiran abah. Yang pasti Tuhan itu ada. Cuba kau lihat Abah kau lihat Elly dan cubalah kau tenung dirinya nescaya kau akan tahu Tuhan itu ada. Dia terlampau dekat sehingga kau tidak merasai kehadiran-Nya. Tapi percayalah Hakim, Tuhan itu ada. Jangan sesekali kau menafikannya sedangkan penciptaan manusia pertama itu dicipta olehnya. Adam dan Hawa dijadikan berpasangan kerana  untuk menunjukkan manusia ini perlukan teman. Abah tidak pernah ambil tahu urusan rumah tangga kau. Dimana isteri kau? Abah tidak peduli kerana setiap kali abah ingin mengingatkan kau abah pula yang terlupa.
 Kata-kata kau dulu masih tersemat kukuh dalam hati abah. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan. Maafkan abah. Carilah Tuhan, Hakim. Nescaya kau akan mendapat nikmat yang tak terhingga. Biar perit sekalipun ujian yang terpaksa kau bayar didunia ini kerana maharnya teralu manis di sana. Elly perlukan kau dalam mengenl Tuhan itu apa. Kembalilah pada Tuhan, Hakim. Biar ibumu tersenyum di alam sana kerana dia tidak pernah gagal dalam mendidikmu. Yang gagal adalah abah. Abah kamu. Sekali lagi ayah menundukkan keegoan abah. Maafkan abah.
Berjurai air mata Hakim saat membaca setiap lembaran itu. Hanya tinggal empat muka surat lagi yang tidak dapat dibacanya kerana sudah terbakar. Tuhan itu apa? Ya, selama ini Hakim menidakkan adanya Dia. Tapi abah segala-galanya telah terlambat. Dia tidak mungkin dapat mendidik Elly menjadi anak yang solehan kerana dia telah dijemput sang pencipta. Dia juga tidak lagi mampu memberitahu Elly Tuhan itu apa. Segala-galanya telah terlambat abah. Dia sudah gagal memdidik anaknya menjadi manusia kerana dia adalah robot yang mencipta jurang antara manusia. Menjadi peranti teknologi antara dua insan.
Akhirnya aku sedar dari koma. Aku diberitahu oleh seorang jururawat bahawa aku koma selama seminggu. Saat aku sedar Hakim berada disisiku. Nasib baiklah Tuhan tidak mengambil lagi ingatanku. Walaupun samar-samar aku masih ingat pada Hakim. Aku masih mengenali bau peluhnya.
“Elly mana? Aku menyoalnya. Aku lihat Hakim membisu saja.
“Kenapa?” Aku menyoal lagi.
“Dia sudah pergi mengikut neneknya.” Pelahan sekali suara Hakim. Kenyataan itu terpaksa ditelan juga kerana ia sudah takdir Tuhan yang mampu melintasi tadbir yang diatur oleh manusia kerdil ini.
“Innalillah…” Ucapku pelahan. Aku sudak tidak mampu menitiskan air mata. Jauh sekali untuk meraung sekuat hatiku. Jasad dan rohku sudah tidak berupaya lagi untuk membenarkan aku melakukan hal yang sedemikan. Aku peluk erat tubuh Hakim dan membiarkan dia menangis di bahuku.
Sekarang aku mengerti kata-kata yang diucapkan oleh Hana dulu. Ya, kita perlu menghargai apa yang ada didepan mata. Nanti apabila ia telah hilang dari pandangan kita baru kita menyesal. Namun menyesal waktu itu sudah tidak ada gunanya.
“Aku sudah gagal abah. Aku gagal menjadi ayahnya yang baik pada Elly. Aku gagal menjadi anak yang baik pada abah. Dan aku paling  gagal menjadi hamba Tuhan yang baik.
“Kau tidak gagal Hakim. Kau masih diberi peluang dan ruang untuk berubah. Kau masih bernafas Hakim. Carilah Dia Hakim. Abah sudah lama maafkan semua kesalahan kau. Kita semua tak ingin ini berlaku. Tapi tuhan uji kita agar kita tahu cinta kita padanya berada pada tahap mana.
“Aku gagal dalam mendidik Elly abah.”
“Buat apa kau ingin kenang apa yang sudah tidak ada. Kau boleh saja didikk abah. Bukankan penyakit abah ini seakan-akan menjadi kanak-kanak kecil yang baru ingin mengenal dunia.”
Aku mengucup dahinya kemas. Ya Tuhan menurunkan huajn membasahi bumi kerana dia ingin mengatakan bahawa dia ada. Dengan hujan segala rahmat Tuhan melimpah. Bumi yang gersang jangan disangka tiada air.
                Tamat….



Ulasan

Catatan Popular