puisi hari ini kau bukan sesiapa

puisi dari seorang kakak
cc: Nor Azlina Asyikin Othman

Hari ini kau mungkin bukan sesiapa
Duduk dikerusi menulis yang kau hafal atau sedikit yang kau faham dari dalam bilik darjahmu..
Mungkin kau bukan pelajar pintar yang nama dijulang dimana2
Mungkin bukan anak seorang yang berkuasa
Yang bisa kau dapatkan semuanya dengan mudah sekali
Mungkin cita-citamu tidak setinggi yang lainnya
Mungkin kau belum berfantasi masa depanmu seperti apa yang kau mahu
....
Hari ini kita bukan sesiapa
Tapi belum tentu esok juga kita masih sama seperti hari ini..


Ulasan

Catatan Popular