sulalatussalatin- Alih bahasa (klasik-standard)



Bab 3: Melantik Orang Besar-besar Kerajaan
Setelah kemangkatan Sultan Ahmad, Raja Muzaffar iaitu anak kepada Sultan Mahmud ditabalkan menjadi raja.  Sultan Mahmud kemudiannya membina sebuah negeri di Kopak. Manakala Raja Muzaffar dihantar belajar dengan mualim bersama-sama dengan anak-anak pembesar yang lain.Tempat Raja Muzaffar mengaji telah dihamparkan tikar kemudiannya diletakkan permaidani dan di atas permaidani itu terdapat peterana. Raja Muzaffar duduk bersebelahan dengan anak Tun Fatimah iaitu Tun Terang. Sultan Mahmud syah kemudiannya melantik Tun Khoja Ahmad sebagai Bendahara, Tun Abu Ishak sebagai Perdana Menteri, Tun Hamzah sebagai Penghulu Bendahara, Tun Mai Ulat Bulu kekal sebagai Temenggung Seri Udani, Tun Biajid Rupat dan  Tun Umar sebagai Menteri, Tun Mahmud sebagai Ketua Tentera. Tun Biajid Rupat kemudiannya berkahwin dengan Tun Cendera Panjang dan dikurniakan anak lelaki yang bernama Tun Dollah dan Tun Hassan. Tun Hassan mempunyai anak yang bernama Tun Ping, Tun Muyubah, Tun Cina dan Tun Munah. Tun Ping pula berkahwin dengan Megat Biajid dan memperoleh seorang anak bernama Tun Esah. Tun Esah pula melahirkan anak bernama Megat Dollah. Megat Dollah pula berkahwin dengan Tun Mir dan mempunyai anak bernama Tun Tipah. Tun kadut pula berkahwin dengan Tun Jalak dan mempunyai anak bernama Tun Aminah. Tun Aminah berkahwin dengan Tun Seri Lanang.  Laksamana Khoja Hassan meninggal dunia dan dikebumikan di Bukit Pantar. Kemudian Hang Nadim menjadi Laksamana dan berkahwin dengan anak Hang Tuah serta mempunyai anak yang bernama Tun Mat ali. 
Bab 6: Raja Abdullah Ditawan Peringgi
Setelah Raja Abdullah mendengar Melaka telah tewas di tangan Peringgi, baginda berkata mudah-mudahan Peringgi akan memulangkan Melaka kepadanya. Pegawainya memberitahu bahawa Peringgi berada di Unggaran. Baginda kemudiannya menyuruh para pegawai agar bekerjasama dengan Peringgi  supaya jajahan Melaka diserahkan kembali kepada baginda. Pegawai Kampar bertanyakan Raja Abdullah pilihan mana yang harus dipilih kerana Peringgi tidak menawan apa-apa pun. Tambahan pula, Peringgi merupakan musuh Raja Menawar iaitu ayahanda kepada Raja Abdullah. Seterusnya, Raja Abdullah beserta pegawainya pergi ke Selat Unggaran. Kemudian, Raja Abdullah meminta seorang hamba untuk pergi ke kapal milik Peringgi.  Setelah hamba raja tersebut menghampiri kapal milik Peringgi kedengaran suara agar hamba raja tersebut jangan menghampiri kapal itu. Hamba raja tersebut mengatakan bahawa dia diperintahkan oleh Raja Abdullah untuk berjumpa dengan ketua kapal itu. Hamba raja itu menyampaikan pesanan Raja Abdullah kepada Peringgi. Kemudian, Peringgi  memberitahu hamba raja itu bahawa dia mengundang Raja Abdullah berjumpa dengannya. Hamba raja itu kemudiannya menyampaikan pesanan Peringgi itu kepada Raja Abdullah. Walaupun Raja Abdullah ditegah oleh pegawai yang lain, namun baginda tetap berjumpa dengan Peringgi. Peringgi bertanyakan tujuan Raja Abdullah ingin berjumpa dengannya. Raja Abdullah menjawab bahawa mereka ingin berbaik-baik dengan Kapitan Mor dan meminta dikembalikan semula jajahan Melaka kepadanya. Ketika Raja Abdullah sedang leka berbual, sauh dilepaskan. Raja Abdullah kemudiannya ditangkap. Pengikut Raja Abdullah ingin mengejar kapal milik Peringgi malangnya telah dibedil. Akhirnya tiada sesiapa yang berani mengejar Peringgi. Raja Abdullah yang ditangkap itu  dibawa ke Melaka kemudiannya dihantar ke Goa.
Bab 10: Dari Bintan ke Kampar
Pada waktu asar, orang besar-besar, hulubalang dan orang asli berkumpul mengadap Sultan Mahmud. Nara Busana iaitu Orang Asli Cedan mempersilakan Sultan Mahmud naik ke tempatnya. Setia Raja memberitahu Sultan Mahmud bahawa kerana Peringgi beliau turut menuju ke Kerimun. Setelah mendengar semua percakapan orang asli itu, baginda turun dari tempatnya diiringi oleh Bendahara, menteri serta hulubalang. Kemudiannya, mereka menaiki kapal menuju ke Kampar. Setelah sampai ke Kampar mereka disambut oleh pegawai Kampar. Baginda diberitahu oleh pegawai Kampar tentang hal Raja Abdullah ditangkap Peringgi. Sultan Mahmud Syah berasa hairan mendengar berita tersebut. Sultan Mahmud Syah kemudiannya menetap di Kampar. Isteri baginda kemudiannya mangkat dan dimakamkan di situ. Selama 40 hari Raja Abdullah berkabung dan tidak mempunyai nobat. Selepas 40 hari, Bendahara mula memperkenalkan nobat seperti adat kebiasaanya.

Ulasan

Catatan Popular