perbezaan kata sempurna/penuh oleh nik safiah dan asmah



Maka kata sempurna dalam bahasa Melayu dibahagikan ke dalam golongan-golongan berikut :
1. Benda dengan subgolongan nama,ganti nama dan bilangan.
2. Karyaan dengan subgolongan kerja dan sifat serta subgolongan masing-masing.
3. Adverba dengan subgolongannya.

PERBANDINGAN UTAMA GOLONGAN KATA

NIK SAFIAH et.al (2008)

ASMAH HAJI OMAR(2009)
KATA NAMA
BENDA
i. Kata Nama
ii. Kata Ganti Nama
iii. Kata Bilangan
KATA KERJA
KARYAAN
i. Kata Kerja
ii. Kata Sifat
KATA ADJEKTIF
ADVERBA
KATA TUGAS



Golongan Kata Nama
Nik Safiah et.al (2008)
Asmah Haji Omar (2009)

Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

Kata nama dipecahkan seperti berikut :

Kata Nama Khas
Kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf  besar. Terbahagi kepada dua iaitu :
   Kata Nama Khas Hidup
-       -Manusia : Nina, Hani
-Bukan manusia: Lassie,Putih.

a.      Kata Nama Khas Tak Hidup
Contohnya : Kuala Lumpur, Proton Saga, Pasir Mas, Brunei, Gunung Jerai,

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada dua jenis, iaitu

a.       i. Kata nama am konkrit (yang membawa konsep kebendaan)
Contohnya : tangan, pekerja, rumah, kereta, sungai, kambing, lautan

ii. Kata nama am abstrak (yang membawa konsep mujarab atau bukan kebendaan)
Contohnya : mimpi, roh, idaman, kedamaian, perpaduan serapan


Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terbahagi kepada dua iaitu :
a.      kata ganti nama tunjuk
-       kata ganti nama tunjuk umum
contohnya : ini, itu
-       kata ganti nama tunjuk tempat
contohnya : sini, situ

b.      kata ganti nama diri
-       kata ganti nama diri tanya
contohnya : siapa, apa, mana
-       kata ganti nama diri orang

Manakala kata ganti nama diri orang terbahagi kepada
a.      kata ganti nama diri orang pertama
contohnya : saya, aku, beta, kita, patik, kami

b.      kata ganti nama diri orang kedua
contohnya : saudara, kamu, awak, kau, engkau, anda


c.       kata ganti nama diri orang ketiga
contohnya : ia, dia, beliau, mereka
-nya







































 Kata benda yang berfungsi pada subjek dan objek ayat. Ia merujuk pada sesuatu    yang bernyawa,tak bernyawa,konkrit dan abstrak. Ia dipecahkan :
 Kata Nama Khas dan Am.
i. Kata nama khas adalah nama orang,badan-badan tertentu,undang-undang,tempat,bangsa dan bahasa. Dalam tulisan huruf pertamanya huruf besar. Contoh, Tabung Haji, Sungai Siput.
ii. Kata nama am kata yang tidak merujuk kepada nama-nama secara khas dan tidak ditulis dengan huruf besar.Contoh,kertas,pensel,kaawan.
Kata Nama Bernyawa Dan Tak Bernyawa
i.Kata nama bernyawa.Contoh, polis ,lembu, pokok
ii. Kata nama tak bernyawa.Contoh, meja ,kerusi, buku
Kata nama manusia dan bukan manusia.
i. Kata nama manusia terdiri daripada kata nama khas dan am.
ii. Kata nama bukan manusia terdiri daripada kata nama am.

Kata Nama Konkrit dan Abstrak
i. Kata nama konkrit ialah benda yang boleh dilihat,sentuh,hidu, dengar .Contoh, air, angin,wangian
ii. Kata nama abstrak kata nama yang tak dapat dilihat,hidu,sentuh, dengar. Contohfikiran,perasaan,kebahagian.
Kata Nama Berhitungan dan Tak Berhintungan.
i. Dihitung dengan/tanpa penjodoh bilangan.Contoh, pensel,kereta ,baju.
ii. Dihitung hanya menggunakan kata ukuranseperti kilo,kati,ela.
Kata Nama Institusi dan Bukan Institusi.
i.Institusi. Contoh ke sekolah, ke kementerian.
ii. Bukan institusi. Contoh kepada sekolah, kepada kementerian
Kata Nama Ukuran
Contoh, orang ekor,pokok, kuntum
Kata Nama Waktu
Contoh, pagi, siang, malam.
Kata Nama Tempat
Contoh, hulu,hilir,pinggir,seberang.
Kata Nama Warna.
Contoh, biru,merah,hijau
Kata Nama Kumpulan ( Hipernim)
Contoh, buah ( epal,limau,kelapa)
Kata Nama Bangsa dan Bahasa
i.Bangsa- Melayu,Cina, India.
ii. Bahasa- bahasa Malaysia, bahasa Iban.
Kata Nama Gelaran
i. Gelaran kekeluargaan- Pak Ali,abang, Anjang.
ii. Gelaran pergaulan- Encik,Puan, Cik.
iii. Gelaran pergaulan tak sengaja-Tuan,Haji
iv. Gelaran warisan- Raja,Wan,Tengku.
v. Gelaran kurniaan- Datuk,Tun,Datin
vi. Gelaran keagamaan- Haji, Hajah
vii. Gelaran olokan- Si Badul, Si Luncai.
viii. Gelaran kegerunan- Sang Belang,Sang Bedal.
ix.Gabungan gelaran- Pak Haji,Cik Nik.
ixx. Rujukan kehormat- Yang Maha Mulia.

 Kata Ganti Nama
 Kata ganti nama ialah kata yang berdiri di tempat kata nama. Terbahagi kepada :
 i. Kata Ganti Nama Diri
ii. Kata Ganti Nama Tunjuk
 iii. Kata Ganti Nama Tanya.
Kata Ganti Nama Diri.
i. Ganti nama diri manusia (diri pertama,kedua, ketiga)
ii. Konteks sosiolinguistik-meliputi taraf social seseorang.
iii. Ganti nama bahasa diraja-beta,patik,tuanku.
iv. Ganti nama biasa
- Hormat-saya,tuan,puan.
-Neutral- saya,anda, saudari
-Kasar/intim- dia,aku,kamu.
v.  Konteks nahu.- diperinci menurut bentuk dan fungsinya.
vi. Ganti nama kendiri- sendiri,kendiri.
vii. Ganti nama diri bukan manusia- ia,ianya.
viii.Bentuk klisis(lemah)- ku,kau,mu.
Ganti Nama Tunjuk.
- ini, itu
Ganti Nama Tanya.
apa,siapa,mana,berapa?

 Kata Bilangan
- Termaktub ciri jumlah di dalamnya
 i. Kata bilangan kardinal.
 - Kata nombor ( kata yang melambangkan nombor).Contoh,setengah,sesuku,sebelas ,dua.
- Kata kuantiti ( Jumlah yang tidak nyata) Contohnya, segenap,sekalian,separuh,suku.
ii. Kata bilangan ordinal.( kata yang melambangkan urutan dalam jumlah)Contoh, pertama,kedua,ketiga.


GOLONGAN KATA KERJA
NIK SAFIAH et.al (2008)
ASMAH HAJI OMAR (2009)
kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.
-kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :
i.kata kerja aktif
-       kata kerja aktif tak transitif
-       kata kerja aktif transitif
ii.kata kerja pasif

Kata kerja aktif tak transitif
-kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
-dibahagi kepada subgolongan, iaitu:

i.kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
-       kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut.
Contohnya: Semua orangpulang.

ii. kata kerja aktif tak transitif berpelengkap
-       kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Contohnya: Keadaan bapanya beransur baik.


Kata kerja aktif transitif
-kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
-       contohnya:
 Saya telah menjawabsurat itu.
Kami membaiki kereta itu.
Kata kerja pasif
-kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
-       Contonya:
Surat itu telah saya jawab.
      Kereta itu telah kami baiki.
Merupakan dibawah subgolongan karyaan. Merupakan kata yang berfungsi pada prediket dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada:
i. Kata kerja leksikal
ii. Kata kerja bantu.
Kata Kerja Leksikal(kata kerja umum)
i. Kata kerja perbuatan
-Perbuatan sengaja- ( dilakukan dengan penuh sedar)Contohnya,membuka ,memberi,mengambil.
- Tak sengaja ( kebalikkan daripada perbuatan sengaja)Contoh,tertidur,terambil,terkeluar.
- Perbuatan kendiri ( berlaku/dilakukan pada diri sendiri) contoh,tidur,mandi,bersolek.
-Perbuatan luar kendiri( dilakukan pada orang lain/benda lain).Contoh,mencukur ,menyolek.
-Perbuatan menyebabkan(berlakunya sesuatu peristiwa/keadaan)Contoh,bunuh,basuh,membersihkan.
Perbuatan tak menyebabkan. Contoh, mati,marah,berbaring.
-Menghasilkan.Contoh,masak,buat,tumbuk
- tak menghasilkan.Contoh buka,tutup,makan.
-Perbuatan saling. Contoh, bersalam,berbual,berpelukan
-menyaling. Contoh, menegur,memeluk,memaki.
-Perbuatan dengan upaya biasa.Contoh -memasak,menari,melompat.
- Upaya luar biasa. Contoh, tergamak,terangkat.
-Perbuatan seketika. Contoh berdering,berlari,memandang
--Perbuatan berterusan. Contoh berdering-dering,berlari-lari.
- Perbuatan tabiat ( ciri dalam kehidupan pelaku)Contoh, berjual,bekerja,berabdi.
- Bukan tabiat.Contoh, menjual,mengerjakan,mengabdikan.
- Perbuatan gerak. Contoh, pergi,datang,terbang,bawa.
-Perbuatan bukan gerak.Contoh, duduk,tidur,hinggap.
-Perbuatan memanfaatkan.Contoh,masakkak,tuliskan,beri.
-Perbuatan yang tidak mendokong makna’manfaat’.Contoh,masak,bawa,tulis.

ii. Kata Kerja Keadaaan
- Kata kerja peristiwa. Contoh,mati,hidup,sakit.
- Kata kerja kepunyaan.Contoh,ada,punya,mempunyai.
- Kata kerja pemerian. Contoh, menjadi,merupakan,terdiri.
Kata Kerja Bantu.( iaitu kata kerja yang membantu kata kerja leksikal)
i. Kata kerja aspek (merujuk pada proses perbuatan atau keadaan) Contoh, sudah,telah,sedang,belum,mahu.
ii. Kata kerja madolitas ( membantu dan memberi ciri suasana kepada perbuatan/keadaan)Contoh, mahu,hendak,boleh, dapat,mesti,wajib,mungkin,enggan,perlu.



GOLONGAN KATA ADJEKTIF
NIK SAFIAH et.al(2008)
ASMAH HAJI OMAR ( 2009)
Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
-kata adjektif dibahagikan kepada 9 jenis iaitu:
i. Kata adjektif sifatan @ keadaa
-memberi pengertian sifatan atau keadaan.
Contohnya: baik, lemah, gopoh, sihat, pandai, berani, takut.

ii.Kata adjektif warna
-membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya : merah, biru, putih

iii. Kata adjektif ukuran
-membawa pengertian ukuran.
Contohnya: panjang, pendek, besar, kecik, tebal, nipis

iv. Kata adjektif bentuk
-membawa pengertian rupa bentuk.
Contohnya: bulat, lurus, buncit, leper, lekuk, bujur, bengkok.

v. Kata adjektif waktu
-membawa pengertian konsep masa.
Contohnya: baharu, lama, awal

vi. Kata adjektif jarak
-membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang k.nama
Contohnya: jauh, rapat, hampir,

vii. Kata adjektif cara
-membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam.
Contohnya: cepat, selalu, laju, deras, lincah, jelas.

viii. Kata adjektif perasaan
-membawa pengertian konsep perasaan.
Contohnya: rindu, benci, cinta

ix. Kata adjektif pancaindera
-membawa maksud konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera.
- Deria rasa
Contohnya: sedap,masin
- Deria pandang
Contohnya:cantik,segak
-Deria dengar
Contohnya: lunak,garau
-Deria bau
Contohnya:harum,busuk
-Deria sentuh
     Contohnya:kasar,licin
Merupakan subgolongan dari golongan karyaan dan mempunyai persamaan dengan kata kerja tak transitif kerana kedua-duanya tidak mengambil objek.
- Ia dapat dibahagikan kepada 15 jenis.
i. Kata Sifat Tabii.
- Memberi percirian pada tabiat/perangai  manusia. Contoh, baik,jahat,nakal.
ii. Kata sifat Warna
- menerangkan tentang warna dan tidak pernah berdiri sendiri. Contoh, merah,biru,hijau.
iii. Kata sifat ukuran
- merujuk ukuran benda bernyawa atau tidak. Contoh, kecil,gemuk,panjang,pendek.
iv. Kata sifat bentuk
- memberi keterangan  tentang sesuatu bentuk. Contoh, bulat,leper,bengkok.
v. Kata sifat indera
- menerangkan ciri sesuatu berdasarkan pancaindera rasa,dengar, bau,sentuh. Contoh manis,hodoh,bising,wangi,kasar.
vi. Kata sifat gabungan indera
- mempunyai ciri 2 indera atau lebih. Contoh, tenteram (gabungan dengar dan pandang),kotor ( gabungan pandang,sentuh,bau).
vii. Kata sifat waktu diwakili oleh kata sifatlama,baru,segera
viii. Kata sifat jarak menerangkan jarak antara antara 2 titik dari penutur kepada yang dirujuknya.Contoh, jauh,dekat,hampir.
ix. Kata sifat kecepatan merujuk pada daya cepatnya sesuatu gerak. Contoh, cepat,lambat,laju,deras.
x. Kata sifat kuasa tenaga- boleh berfungsi sebagai kata adverba. Contoh, segar, kuat,lemah,lesu.
xi. Kata sifat taraf merujuk pada taraf seseorang dalam masyarakat. Contoh, ternama,terkenal, masyhur.
xii. Kata sifat suhu membawa makna sejuk panasnya keadaan alam dan jasmani.Contoh,panas,hangat,dingin.
xiii. Kata sifat emosi merujuk perasaan yang muncul disebabkan sesuatu yang berlaku. Contoh,gembira,riang,dukacita.
xiv.Kata  kerja akaliah membawa makna penerapan fikiran atau akal.Contoh,cerdik,pintar,pandai.
xv.Kata sifat akhlak mengambarkan perangai seseorang menurut peraturan agama dan kesusilaan. Contoh, tulus,jujur,bersih,amanah.

GOLONGAN KATA TUGAS
NIK SAFIAH et.al (2008)
ASMAH HAJI OMAR (2009)
Kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif.
-kata tugas dapat dikelompokkan  kepadaempat kelompok yang berikut :
1.K      kata penyambung ayat
-ial        kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

a)             Kata hubung
-kata hubung gabungan
Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau    lebih yang sama tara sifatnya.Contohnya: dan, lalu, serta, sambil, atau, malahan
-kata hubung pancangan
Jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.Kata hubung pancanganterbahagi kepada 3 jenis iaitu:
i- keterangan
Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.Contohnya:kerana, agar,semasa, ketika, untuk, apabila, kalau dll.
ii- komplemen
Berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap apda klausa utama.
Contohnya ada dua iaitu: bahawa danuntuk.
iii- relatif
Berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.
Contohnya: yang
2. Kata praklausa
-sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, yang terdiri daripada :
i. Kata seru
Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.
Contohnya: aduh, aduhai, ah, amboi, cih, cis, eh, nak, oh, wah, dan wahai.
ii. Kata tanya
Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Contohnya: mengapa, bagaimana, berapa, bila, apa, siapa, mana.
iii.Kata perintah
Bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.
Contohnya: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap.
iv.Kata pembenar
Perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.
Contohnya: ya, benar, danbetul.
v. Kata pangkal ayat
Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Contohnya: hatta, maka, adapun, arakian, sebermula, alkisah
3.            Kata prafrasa dan pascafrasa
-sejumlah perkataan yanghadir sebelum dan sesudah empat frasa tersebut.
i. Kata bantu (sebelum frasa)
Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
Kata bantu di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:
-Kata bantu aspek
Menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini atau masa hadapan.
Contohnya: telah, sudah, baru, pernah, masih, mula, belum, akan, sedang.
-Kata bantu ragam
Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.
Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, dapat, boleh.

ii. Kata penguat
Perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.Ada 3 jenis kata penguat iaitu:
-Kata penguat hadapan
Perkataan yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif.
Contohnya : terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang.
-Kata penguat belakang
Perkataan yang terletak di belakang frasa atau kata adjektif.
Contohnya:  sekali, benar, betul, nian.
-Kata penguat bebas
Perkataan yang terletak di hadapan atau pun di belakang frasa atau kata adjektif.
Contohnya: amat, sangat,dan sungguh.
iii. Kata penegas
Sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Terdapat dua jenis kata penegas iaitu :Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya.
Contohnya, -kah, -tah, -lah

-       Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu subjek atau predikat.
Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi danmemang.
iv.Kata naïf
Perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat.Contohnya : bukandan tidak.
v. Kata pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.Terdapat dua cara iaitu,

-       Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah.
-Secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.
vi. Kata sendi nama
Perkataan yang terletaknya di hadapan frasa nama.Contohnya: di, bagi, laksana, antara, untuk, dalam, sampai, pada, kepada, dari, daripada, ke, bagai, akan, oleh, dll.
vii. Kata arah
Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.Contohnya: atas, bawah, tepi, belakang, hadapan, tengah, sudut, sisi, luar, utara, selatan, dll.

viii. Kata bilangan
Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.Jenis kata bilangan ialah :
-       Jumlah yang tentu.Contohnya, dua, sejuta, seribu, tiga, sepuluh, dll
-       Bilangan tak tentu.Contohnya, semua, para, beberapa, seluruh, banyak, sedikit dll.
-       Himpunan.Contohnya, beribu-ribu, berguni-guni, bertiga-tiga, dll.
-       Pisahan. Contohnya masing-masing, setiap, tiap-tiap.
-       Pecahan. Contohnya setengah, dua pertiga, dll.
ix. Kata adverba
Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat.Contohnya, selalu, sentiasa, esok, dan sering kali.
4. Kata pascakata
-satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Antara bentuk kata demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunyadan datangnya.
i. Kata penekan
Bentuk yang memberikanpenegasan kepada katayang bergabung dengannya.
Contohnya: Lapisan ozonsesungguhnya semakin menipis.
ii. Kata pembenda
Bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.
Contohnya: Lajunya ialah 100km sejam.
Kata adverba ialah kata yang berfungsi pada ajung ayat dalam struktur subjek-predikat-objek-anjung.Kata adverba boleh dibahagikan kepada 29.
1. Adverba tempat menerangkan di mana peristiwa/perbuatan itu berlaku.  Contoh; situ,sini,sana,luar.
2.Adverba arah yang menyatakan dari mana atau ke mana bergeraknya sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh; pergi- Dia sudah pergi sekolah.
3. Adverba waktu iaitu kata/frasa/klausa yang menjawab pertanyaan bila sesuatu peristiwa itu berlaku. Contoh; sekarang,kini dulu,kelak
4.Adverba alat menjawab pertanyaan dengan apa sesuatu itu dilakukan. Contoh; dengan pisau,dengan kereta.
5.Adverba penyertaan menjawab dengan siapa sesuatu itu dilakukan. Contoh; dengan ,bersama.
6.Adverba gaya menerangkan bagaimana atau dengan gaya yang bagaimana sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh; perlahan-lahan,cepat.
7.Adverba muasal menjawab dari apa sesuatu itu disempurnakan. Contoh; dari kulit,dari marmar.
8. Adverba manfaat menjawab pertanyaan untuk siapa,kepada siapa atau dari siapa sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contoh; kepada adik,untuk tetamu,dari rumah.
9. Adverba durasi menerangkan jangka waktu yang terus-menerus yang menjadi konteks sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh; sentiasa,sebentar,sekejap.
10. Adverba kekerapan menerangkan berapa kali sesuatu perbuatan/peristiwa berlaku. Contoh; selalu,kadang-kadang.
11. Adverba perbatasan menunjukkan batas atau hadnya sesuatu perbuatan/peristiwa. Contoh menggunakan gabungan antara hanya atau Cuma dengan sahaja.
12. Adverba perhinggaan menerangkan tempat atau waktu berakhirnya perbuatan/peristiwa.Contoh sampai mana,hingga bila,sampai bila.
13.  Adverba cara menunjukkan cara atau kaedah sesuatu perbuatan. Contoh; begini,begitu,demikian.
14. Adverba permulaan menunjukkan permulaan perbuatan/peristiwa. Contoh; sejak,semenjak,mulai.
15. Adverba kesungguhanmempersungguhkan sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh betul-betul,benar-benar,sama sekali.
16. Adverba musabab hanya didukung oleh klausa yang ditandai kata hubungsebab,kerana,oleh sebab,oleh kerana.
17.Adverba tujuan menyatakan tujuan sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh; agar,supaya,untuk.
18. Adverba syarat menyatakan syarat yang dikenakan untuk berlakunya sesuatu perbuatan. Contoh; jika,kalau,andaikata,seandainya.
19. Adverba tolak ansur menyatakan 2 keadaan yang menjadikan konteks berlakunya sesuatu perbuatan/peristiwa.Contoh;sungguhpun,meskipun,walaupun.
20.Adverba kiasan adalah adverba yang mengkiaskan sesuatu perbuatan itu kepada perbuatan/peristiwa lain. Contoh; seperti,laksana,umpama,semacam.
21. Adverba pemastian mempunyai fungsi untuk memastikan sesuatu perbuatan yang belum berlaku. Contoh; pasti,tentu,tentu sekali.
22.Adverba kejauhan menerangkan jarak jauhnya sesuatu perbuatan itu dari titik permulaan sampai ke titik penghujungnya.Contoh; dua batu,lima kilometer
23.Adverba pemakinan menerangkan keadaan /sifat yang mengalami peningkatan dari pelbagai-bagai aspek. Contoh; makin,semakin.
24.Adverba tanya ialah kata /frasa tanya,bukan kata ganti tanya dan yang memerlukan sebagai jawapan kata/frasa yang berfungsi sebagai adverba.Contoh; sampai bila?,untuk siapa? berapa orang?
25.Adverba mentara menunjukkan adanya perbuatan yang lain yang menjadi konteks perbuatan utama. Contoh; sementara,sambil.
26.Adverba rujukan menerangkan rujukan yang menjadi konteks berlakunya sesuatu perbuatan.Contoh; menurut,mengikut,berhubung dengan.
27. Adverba perbandingan ialah subgolongan adverba yang menerangkan kata sifat.Adverba ini didukung oleh bentuk kata dan juga rangkai kata.
28. Adverba agentif ialah adverba yang menunjuk kepada pelaku perbuatan.Contoh ;oleh Ahmad.
29. Adverba anafora adalah merujuk pada pernyataan dalam ayat sebelumnya.Contoh;oleh itu,lagi pula, namun.


Ulasan

Catatan Popular