BAB 1: PENGENALAN PENGAJARAN MIKRO

*PRINSIP PENGAJARAN MIRKO-OMARDIN ASHAARI


BAB 1: PENGENALAN PENGAJARAN MIKRO

Pengertian pengajaran miko
Pengajaran mikro adalah untuk mempraktikan sebahagian kecil daripada keseluruhan kegiatan sesuatu pengajaran. Pengajaran mikro juga merupakan satu kaedah latihan mengajar yang dilakukan secara praktik dan telah dipermudahkan pencapaiannya. Di samping itu, pengajaran mikro juga merupakan satu teknik latihan untuk membantu guru-guru pelatih menjadi lebih berkesan dan berwibawa dalam bidang pengajaran.

Pengertian pengajaran
Ee Ah Meng (1989) pengajaran merupakan suatu system aktiviti yang ditujukan kepada pelajar untuk mendapatkan perubahan gerak balas.
Asmah hj Omar (1989) pengajaran merupakan proses komunikasi yang meliputu segala kegiatan dan keadaan yang menimbulkan dan menghasikan tindak balas

Pengertian pembelajaran
Pembelajaranmerupakan perubahan tingkah laku yang tetap dan berlaku hasil pengalaman dan latihan yang diteguhkan oleh guru.

Proses pengajaran
Glaser (1962) menyatakan bahawa proses pengajaran merangkumi 4 komponen. Antaranya ialah objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan juga penilaian. Proses pengajaran melibatakan perancangan, penyampaian dan penilaian.

Saiz kelas
Bilangan pelajar yang terlibat dalam pengajaran mikro adalah kecil dan seseorang guru itu akan mengajar sekumpulan kecil pelajar yang terdiri daripada 6 hingga 10 orang daripada sebuah kelas yang terdiri daripada 30 hingga 40 orang pelajar.

Tempoh pengajaran
Dalam pengajaran mikro tempoh pengajara dipendekkan tidak seperti kelas biasa bagi sesuatu pelajaran yang memerlukan masa hingga 30 minit. Pengajaran mikro memerlukan masa yang singkat iaitu antara 5 hingga 10 minit. Jelas bahawa pengajaran mikro memerlukan konsep pengajaran yang ringkas dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu kemahiran yang diperluas dan diperbesar penekanannya. Dalam pengajaran mikro seorang guru pelatih terpaksa menguasai semua kemahiran mengajar secara serentak. Mereka juga perlu menumpukan perhatian kepada kemahiran yang akan digunakan sebagai amalan mereka dalam bilik darjah kelak. Perkara yang ditegaskan dalam pengajaran mikro adalah cara mengurangkan tekanan dan masalah yang akan dihadapi dalam suasana pengajaran.

Perkembangan sejarah
Pengajaran  mikro dicipta oleh pencipta teknik-teknik latihan perguruan untuk mengatasi masalah yang terdapat dalam proses pendidikan guru pada masa itu untuk mengurangkan masalah pengajaran dalam kelas biasa. Konsep pengajaran mikro juga dapat membantu guru-guru yag kurang berpengalaman untuk meninggikan kefahaman dan kecekapan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro mula digunakan dalam tahun 1963 di Stanford University, California, Amerika Syarikat. Beberapa orang pengawai dan penyelidik yang diketuai oelh Dwight Allen dari Pusat penyelidikan dan pekembangan Pengajaran university itu telah mencipta pendekatan untuk latihan perguruan. Pengajaran mikro direka untuk menyediakan guru-guru pelatih terhadap latihan mengajar sebelum meraka dihantar ke sekolah untuk pengajaran praktis. Kaedah pengajaran mikro dipilih kerana pengajaran merupakan aktiviti yang rumit dan mencabar. Bagaimanapun perkembangan pengajaran mikro adalah berdasarkan amalan latihan mengajar secara berkumpulan yang pernah dicipta oleh kumpulan penyelidk daripada Stanford University. Pada hakikatnya, teknik pengajaran mikroyang dicipta itu adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga pengajar yang berkesan dengan corak pengajaran yang lebih teratur. Teknik pengajaran mikro ini. Didapati amat berguna oleh para pendidik dan mendapat pengiktirafan. Pengajaran mikro tersebar luas melalui perbincangan, syarahan dan bahan-bahan bercetak di Negara itu.Teknik ini digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan Great Britain. Dalam tahun 1968, lebih 50 peratus daripada pulas latihan perguruan menggunakan teknik ini.

Aktiviti pengajaran
Guru-guru pelatih diajar mengenai komponen-komponen kemahiran pengajaran dan didedahkan kepada kemahiran yang lain. Pengajaran bakal guru itu dirakam dan dinilai oleh pensyarah pembimbing. Pensyarah pembimbing akan membuat kritikan membina terhadap kekurangan pengajaran bakal guru berkenaan untuk memperbaiki kelemahan mereka dan seterusnya mempertingkatkan kecekapan pengajaran mereka

Kelebihan pengajaran mikro.
1.       Guri pelatih dapat mempraktikan kemahiran-kemahiran mengajar dalam keadaan yang hampir sama dengan bilik darjah.
2.       Pengajaran mikro membolehkan mereka melaksanakan dan mewujudkan pengajaran dalam keadaan yang sempurna dan terkawal
3.       Pengajaran mikro dapat menngurangkan kerumitan dan masalah pengajaran biasa dalam bilik darjah dari segi saiz, isi pengajaran dan peruntukan masa.
4.       Pengajaran mikrodapat memberi maklum balas terhadap prestasi pengajaran guru dengan serta-merta terhadap pelaksanaan dan perlakuaan mereka. Guru-guru pelatih dapat menyaksikan kembali tindak tanduk yang dilakukan mereka semasa mengajar melalui rakamana video yang digunakan.
5.       Pengajaran mikro yang dijalankan oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan dan university dapat menjimatkan masa. Penguasaan kemahiran pengajaran boleh dicapai dalam masa yang singkat.


Masalah pengajaran mikro

1.       Masalah kekurangan bilik darjah, ruang dan kelengkapan peralatan adalah amat ketara
2.       Sesi pelaksanaan pengajaran mikro sebaik-baiknya memerlukan alat teknologi pendidikan seperti kamera, perakam video, televisyen dan lain-lain lagi. Peralatan ini bukan sahaja mahal dan rumit tetapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk penjagaan dan penyelenggaraan.
3.       sikap

Ulasan

Catatan Popular